Monday 31 December 2012

Serius Cool - Cosplay Demon Hunter Diablo III (12 Gambar)


Cosplayer Korea

Korea Selatan memang gila dengan mana-mana permainan yang dihasilkan oleh Blizzard. Jadi tidak mengejutkan cosplay Demon Hunter dari permainan komputer Diablo 3 Korea Selatan ini sangat terperinci dan realistik. Ini memang cosplayer yang penuh dedikasi!



Serius - #WhatDTech Episod 3


Episod 3

Ini episod terakhir rancangan #WhatDTech. Enjoice.......



Serius Cool - Balai Menanti Penumpang Kelas Pertama Turkish Airlines (10 Gambar)


Dayyum Swag

Nampaknya Turki bukan sahaja mempunyai masjid moden yang cantik. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Attaturk Istanbul terdapat balai menanti bagi penumpang kelas pertama yang tak kurang hebatnya. Ia dilengkapi panggung mini, taman mini, bilik membaca, ruang santai serta perpustakaan yang boleh digunakan pelanggan sementara menunggu giliran masuk ke dalam pesawat. Balai menanti ini sebesar 3000 meter persegi ini sememangnya cantik dan membuatkan Golden Lounge Malaysia Airlines nampak macam teratak biasa sahaja!



Serius WTF - Bapa Tidak Mathali : Pukul Anak Kerana Kentut


Sila kembirikan diri

Ini kisah bangang dari Florida. Seorang bapa kini ditahan atas kesalahan mencederakan tiga orang anak beliau berusia diantara 6 dan 12 tahun. Austin Davis (32) kini menanti untuk dibicarakan selepas gambar lebam yang teruk pada tubuh anak beliau diserahkan kepada pihak berkuasa. Austin dikatakan memukul tiga orang anak beliau selepas salah seorang daripada mereka kentut di dalam kereta yang dipandunya. Bapa UNMITHALI ini naik berang dan marah apabila ketiga-tiga anaknya tidak mahu mengaku kentut. Ketiga-tiga kanak-kanak ini kemudian dipukul dengan tali pinggang kulit pada bahagian kaki sehingga lebam teruk.

Apabila ditemuramah oleh pihak polis, ketiga-tiga anak Austin berkata bapa mereka seorang pemarah dan mereka kerap dipukul walaupun atas kesalahan yang kecil. Jadi kepada mereka yang belum menjadi bapak tetapi mempunyai anger management yang tak terkawal..... sialalah jangan buat anak dulu kerana nanti kesian anak menjadi mangsa marah tak tentu pasal anda. Ok? Jangan pasal kentut pun anak menjadi boxing bag tak berbayar.


Laporan asal NewsJournalOnline
 

Serius LOL - #OhMyEnglish : Bukti Kualiti Kolej Swasta Semakin Sampah?


#OhMyEnglish

Kalau iklan dah macam ini punya teruk, bolehkan kita serkap jarang cakap kolejnya pun pasti takde kualiti?

Thanks @adliazaddin

Serius Cool - Katil Angkasawan Rekaan Bapa Yang Mithali (11 Gambar)


Awesome dad!

Kami semasa kecil ada menyimpan hasrat mahu menjadi angkasawan. Kami suka tengok rancangan Dr Fad dan hadiah kepada pemenang ialah seminggu di Space Camp Cape Canaveral. Masalahnya di Malaysia tak ada space camp maka kami conteng katil dan meja kami untuk kelihatan seperti sebuah space shuttle. Good times. 

Jeremiah Gorman ialah seorang bapa yang mithali dan mahu anak beliau menjadi angkasawan seperti Syed Muzapfar. Maka beliau menggunakan barangan elektronik terbuang untuk membina "katil kapal angkasa" untuk anak beliau. Sangat cool ini bapak. When I have a kid I will do the same. Dengan itu kami berharap anak kami akan menjadi angkasawan sebenar dan bukannya pelancong angkasa.


Serius Cool - BASE Jump Dari Menara Kuala Lumpur


Wicked

BASE jumping ialah akronim dari penerjun berani mati yang melompat dari Bridge, Antennas, Spans dan Earth. Mereka perlu membuka payung terjun secepat mungkin sebelum terhempas ke muka bumi. Setiap tahun di Menara KL diadakan acara BASE jump yang dihadiri penggemar sukan extreme ini. Di bawah ialah video penerjunan mereka sepanjang acara diadakan. One word..... Cool and menakutkan. 


Serius Kreatif - Arca Dari Mentega (11 Gambar)


Macam-macam

Mentega biasanya digunakan didalam makanan. Buat kek mesti ada mentega. Nak makan toast lebih sedap jika ada metega. Tetapi bagi pasangan suami isteri Jim Victor dan Marie Pelton yang berasal dari Pennsylvania USA, mentega ialah medium yang digunakan oleh mereka untuk menghasilkan arca.  Mereka sudah mengggunakan mentega sebagai bahan binaan arca mereka sejak 11 tahun yang lalu dan sudah memenangi beberapa anugerah seni. Kami kihni mendapat idea untuk menghasilkan arca menggunakan dodol dan tempoyak. Art..... ini baru art. 



Serius Fakta - 18 Fakta Menakjubkan Mengenai Tubuh Manusia


Woah!

Fakta yang menakjubkan tentang tubuh manusia. Sesungguhnya sungguh menarik tubuh kita yang dicipta oleh tuhan yang esa. Paling menakjubkan bagi kami ialah fakta mengenai kulit kulup yang dipotong selepas bersunat. Woah!


Friday 28 December 2012

Serius Klasik - Adab Menggunakan Telefon Circa 1917 (10 Gambar)


Woah!

Dulu semasa telefon masih lagi baru, ada adab-adab penggunaanya. Kinda like adab menggunakan internet sekarang. LOLzy juga siri adab-adab telefon ini


Serius Konsep - Istanbul Camlica Mosque : Masjid Cengkerang Siput (18 Gambar)


Masjid Cengkerang Siput

Istanbul Camlica Mosque ialah sebuah konsep masjid moden yang dicadangkan dibina di Istanbul Turki. Ianya mampu memuatkan 30 000 jemaah di dalam ruang solat sebesar 45 506 meter persegi. Masjid ini kelihatan seperti kulit kerang dan sangat berbeza dari rekaan masjid konvensional. Camlica direka oleh firma rekaan SN Architechs. Rekaan dindingnya pula dihiasi oleh corak Turki Othmaniah tradisional. Sangat cool!



Serius - Kegilaan Boxing Day Sale Di London (16 Gambar)


Damn!

Boxing Day Sale ialah acara tahunan yang dinantikan mereka yang mencari the best bargain in town. Semasa kami student dahulu memang kami nantikan Boxing Day Sale yang memberikan potongan harga barangan sehingga 80%. Dapat beli benda branded pada harga tak masuk akal. Di bawah ialah gambar orang ramai yang sanggup beratur dari awal pagi dalam cuacar sejuk di tengah kota London. Crazy.. but to be honest I miss this.

Banyaknye melayu!

IN B4 "kapir punya holiday muslim yang belanja lebih"


Serius - Trailer Dokumentari The Act Of Killing Yang WTF


Ganas!

Sebuah dokumentari tentang skuad pembunuh Indonesia yang melakukan pembunuhan ahli komunis secara pukal pada tahun 1965. Sangat surreal



Serius Genius - Kotak Tisu Untuk Peminat Hentai (3 Gambar)


Genius!

Orang lelaki tak suka membeli kotak tisu. Tapi kami pasti jika kotak tisu ini dipasarkan ianya pasti dibeli pada kadar segera. Genius! Sesuai untuk kesemua perverts


Serius Kreatif - Poster Iklan Science World Yang Menarik (15 Gambar)


Fakta!

Science World ialah sebuah pusat sains yang terletak di British Columbia Kanada. Bagi mempromosikan diri mereka, Science World bekerjasama dengan firma Rethink bagi menghasilkan poster iklan di tempat awam di bawah. Sangat cool! Inilah cara yang bagus untuk menarik minat umum! Genius!


Wednesday 26 December 2012

Serius LOL - Komen Aplikasi 1Malaysia Paling LOL Di Google Play


HAHAHA!

Hahahaha ah aha. Sarcasm spotted

Thanks @KucingPutih



Serius Hot - Wirawati Angkatan Tentera Norway (10 Gambar)


Nice Blondies

Kami pernah paparkan awek tentera dari Korea Utara dan juga Vietnam. Hari ini mari enjoice awek tentera dari negara TERBAIK dunia (mengikut ranking) iaitu Norway. Do Norway kaum hawa dapat menyertai active service ketenteraan sejak 1938. Selepas perang mereka dihadkan kepada bidang-bidang awam. Tetapi pada tahun 1995, undang-undang hak sama rata diluluskan di Norway dan sekali lagi kaum wanita dibenarkan menyertai tentera sebagai ahli tentera aktif. Norway juga merupakan negara pertama yang membenarkn wanita menjadi anak kapal selam mereka. Ketika ini Norway mempunyai 3 kapten kapal selam wanita. RESPECT.  Di Malaysia setahu kami tak boleh lagi but kalau kami salah sila beri maklumat di ruangan komentar. 


Serius LOL - Video Random WTF Hari Ini


Random..

Aku tak tahu kenapa aku layan video ini tetapi........ aku sekarang pressure ..

Thanks @Wikitommy




Serius Neko - Rumah Steampunk Mesra Neko Hari Ini (10 Gambar)


Comel!

Kami suka kucing tetapi kondo kami tidak membenarkan kami membela kucing. Tapi jiran kami selamba bela anjing. Jadi kami nak bela kucing jugak tak pedulik! Tapi sebelum itu kami nak sediakan sebuah kondo yang mesra kucing. Rumah di bawah ialah sebuah rumah di San Francisco yang dilengkapi Cat Tunnel System bertemakan steampunk. Ianya direka oleh firma rekaan Because We Can. Kucing belaan pemilik firma ini kini dapat enjoice main dalam paip. So damn cute neko!



Serius Fakta - Fakta Mengenai Hello Kitty


Kitty Facts



Monday 24 December 2012

Serius VS - Muka Seleb Terkenal Dengan VS Tanpa Mekap (12 Gambar)


Ohmai!

Ini semua...... ilusi! NOOOOOOOOOOO



Serius - Pekerjaan Sampingan Extreme Dua Orang Guru (9 Gambar)


Not bad..

Siang hari mereka menjadi cikgu.... cuba teka apa pekerjaan sambilan mereka yang extreme!


Serius - Gambaran Hari Kiamat Oleh Steve McGhee (10 Gambar)


Visual kemusnahan alam

Kiamat Mayan tidak berlaku dan kini ianya menjadi jenaka. Apa yang pasti kiamat pasti berlaku dan kita harus serius bersedia dengan dunia akhir zaman yang kita diami sekarang. Steve McGhee menghasilkan gambaran hari kiamat versi beliau. Harapannya bila kiamat berlaku kami dah mampos.


Serius Cool - Nothing Else Matters Edisi Harp : Rock Harpak?


Nice!

Winning juga lagu Metallica ada versi harp

Serius Cool - Macross : Edisi Lego (10 Gambar)


Win!

Sesiapa yang membesar di akhir 80an dan awal 90an pasti mempunyai soft spot kepada siri kartun Macross/Mospeada. Siapa yang pada waktu itu memiliki figura aksi Macross adalah dianggap beruntung. Patung Macross Valkyrie yang boleh berubah-rubah ini was the Xbox360 of it's day. Kawan-kawan pasti jelly jika anda memilikinya

Kalaui mahu beli figura aksi ini sekarang bersedialah membelanjakan lebih RM600 untuk patung berskala 1:48. Sangat mahal! MaxVF1 ialah seorang peggila Macross dan Lego. Beliau menggabungkan dua benda paling diminati beliau dan menghasilkan patung aski Macross VF-1J yang boleh berubah-rubah bentuk di bawah menggunakan Lego. Sangat menakjubkan! Do want!


Serius Kreatif - Iklan Kondom Bertemakan Kiamat (6 Gambar)


Hahaha...

Nice job Durex. 


Sunday 23 December 2012

Serius Konsep - Ambulan VTOL : Terbang Bak Pepatung (8 Gambar)


Emergency

Skyway ialah sebuah ambulan yang mampu pergi kemana-mana bagi memberikan bantuan kecemasan. Umum kita ketahui jalan raya di Malaysia sesak dengan kenderaan dan ini mengakibatkan ambulan lambat tiba ke kawasan kemalangan. Selepas itu mahu ke hospital juga sukar kerana kesesamakan yang sama. Daniel Dobrogorsky merasakan sebuah pesawat kecil dengan kemampuan terbang secara menegak mampu menyelesaikan masalah ini.

Konsep yang cool tetapi kita semua tahu pesawar sebegini masih belum ada secara komersil. Kalau komersil pun tak ada macamana nak digunakan sebagai pesawat kecemasan. Ye tak?

Serius Cute - Patung Plushies Diablo 2 (8 Gambar)


Nice!

Diablo 2 bukanlah game yang boleh dikatagerikan sebagai comel ataupun kid friendly. Ianya game yang penuh dengan keganasan dan simbol kesetanan. Dah nama pun DIABLO. Tetapi patung plushies Diablo,Tyrael dan lembu secret cow level. So much win. Ianya rekaan Arixyxtic dan kalau berminat sila beli dari lama beliau.



Serius - Harta Mewah Diktator Tunisia Dilelong Kepda Umum (14 Gambar)


Makkal Sakhti!

Zine El Abidine Ben Ali ialah bekas Presiden Tunisia yang diterajang keluar oleh kuasa rakyat Januari 2011 yang lalu. Beliau dan isteri kini diberi suaka politik oleh kerajaan jahanam Saudi Arabia yang memang dari dulu gemar memberikan perlindungan kepada bekas diktator beragama Islam yang zalim kepada rakyat. I dunno what the hell is wrong with the Saudis. They should return these dictators back to their homeland to face justice.

Anyways harta milik Zine El Abidine Ben Ali dilelong kepada rakyat Tunisia minggu lalu. Barangan seperti kereta mewah, kasut berjenama, kot bulu dan barang kemas dilelong dan kerajaan Tunisia berharap dapat menjana EURO 10 Juta dari lelongan harta despot Zine El Abidine Ben Ali

Screw em. 


Serius WTF - Miss Venezuela : Cantik Tetapi Jawapan Bodoh


What the?

Jawapan tak masuk akal dan tak paham gua. Sungguhpun jawapan yang diberikan Irene Sofia Esser bangang, ia tidak menghalang beliau dari memenangi tempat ke tiga. Yeah, pertandingan ratu cantik adalah bullshit, Beauty with brains my dick!





Serius Seleb - Rupa Isteri Psy Gangnam (2 Gambar)


Oppa Waifu Style


Tahukah anda Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang (34) sudah berkahwin? Berliau bernikah dengan Yoo Hye-yeon pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak kembar perempuan. Tahukah anda Psy mendapat royalti sebanyak USD 8 Juta hasil dari berbillion video Gangnam beliau di Youtube. Paling lol ialang Psy datang dari keluarga super kaya dan sebenarnya tak memerlukan langsung kareer sebagai seorang pemuzik. Lucky guy!


Serius Konsep - Lukisan Konsep The Avengers (13 Gambar)


Nice!

I am just gonna leave this heare. The Avengers ialah antara filem kegemaran kami tahun ini. Ianya tidak perfect tetapi sebagai seorang pambaca komik, kami rasakan ianya jauh lebih best dari Dark Knight Rises. Di bawah ialah lukisan konsep untuk filem Avengers oleh Andy Park. Cool beans!



Saturday 22 December 2012

Serius LOL - Prank Hari Kiamat Yang Terbaik


HAHAHAHA!

Oh my god nice!

Thanks @Amanfirdaus




Serius Cool - Ritz Carlton Hong Kong : Hotel Tertinggi Dunia (16 Gambar)


Woah!

Ritz Carlton Hong Kong ialah hotel tertinggi di dunia. Ia terletak diantara tingkat 102 dan 118  International Commerce Center di Hong Kong. Tingkat tertinggi hotel ini terletak hampir 490 meter dari permukaan bumi. Impressive. Kalau ada duit memang kami nak melawat hotel ini. Tapi apa kan dan daya kami hanya blogger miskin makan pasir. 



Serius Cool - Ithrone : Pemegang Iphone Game of Thrones (5 Gambar)


Seven Hells! This is cool

It is known that Game of Thrones ialah siri TV yang best. Since Winter Is Coming adalah perlu bagi semua warga Westeros maya untuk memiliki iThrone di bawah. Ianya sebuah dock untuk peranti iPhone. Sangat beans! Ianya dijual pada harga USD 69.90 (RM 210) dan boleh dibeli disini. Ingat ye, sekiranya anda seorang Greyjoy anda harus membayar the Iron Price untuk menmbeli iThrone. Beli sekarang For The Night Is Long and Full of Terrors.

Thanks @Piratz

Friday 21 December 2012

Serius Fakta - 10 Pemain Bolasepak Dengan Gaji Tertinggi Di Dunia


Kaya!

Siapa sangka Messi bukan pemain bolasepak dengan gaji terbesar!



Serius WTF - Iklan Krismas Kedai Keranda


So wrong!


Oh mai..... so wrong 



Serius Konsep - C-Thru : Helmet Futuristik Untuk Kegunaan Ahli Bomba (9 Gambar)


Macam splinter cell..

Pekerjaan sebagai ahli bomba bukanlah pekerjaan yang mudah. Setiap kali melawan kebakaran mereka bersabung nyawa untuk memastikan harta benda dan nyawa dapat diselamatkan. Antara masalah yang dihadapi oleh ahli bomba seluruh dunia ialah kesukaran melihat apa yang ada di depan mereka apabila asap terlalu tebal. Kami tahu ada ahli bomba yang membawa alat Forward Looking Infra Red (FLIR) apabila memasuki kawasan kebakaran. Masalahnya alat FLIR ini harus dipegang. Jika asap tebal nak tengok tangan sendiri pun tak nampak apakan pula skrin FLIR yang dipegang.

C-Thru Smoke Diving Helmet ialah konsep helmet dengan paparan FLIR terbina dalam pada visor helmetnya. Ianya buah firkiran Omer Haciomeroglu dan diharap dapat memudahkan tugas ahli bomba ketika "menyelam" kedalam kekabutan asap. Ini ialah sebuah konsep yang kami rasa boleh dihasilkan kerana sekarangpun sudah ada helmet paparan terbina dalam yang digunakan oleh juruterbang pesawat pejuang, Ada baiknya jika teknologi ketenteraan ini dapat digunapakai untuk kegunaan awam. Sudah pasti banyak nyawa dapat diselamatkan jika C-Thru menjadi realiti!

Serius Klasik - Ferrari Bernilai RM36 Juta (10 Gambar)


Sexy beast!

Ferrari memang sinonim dengan prestij perlumbaan dan kereta yang hampir kesemuanya jatuh ke dalam kategori klasik. Kereta-kereta awal rekaan Enzo Ferrari kini menjadi buruan pengumpul kereta kerana nilainya yang semakin meningkat. Antara kereta yang mempunyai nilai termahal di pasaran ialah Ferrari 250 TR. In fact dua kereta yang memegang rekod nilai lelongan paling tinggi ialah Ferrari 250 TR. Tahun lalu sebuah prototaip Ferrari 250 TR dilelong pada harga USD 16.4 Juta ( RM 49.2 Juta) Kereta di bawah ialah salah sebuah dari 22 Ferrari 250 TR yang dibuat diantara 1957 dan 1958. Ianya pemegang rekod lelongan kedua tertinggi dengan nilai USD 12 Juta (RM 36 Juta). What a sexy beast!




Serius LOL - Restoran Seluar Dalam Di Kepong


Cisqo!

Sebuah restoran di Taman Desa Jaya Kepong, KL

Serius Cool - Idea Rumah Kayu Moden Dari Costa Rica (10 Gambar)


Nice

Rumah kayu semakin pupus di negara kita kerana digantikan oleh rumah-rumah batu. Ini adalah kerana kayu kini sebuah bahan binaan yang mahal. Ini adalah agak menyedihkan kerana rumah kayu lebih sesuai untuk negara tropika seperti kita. Di Costa Rica ada idea rumah kayu moden yang kami rasakan sangat cool jika dibina di Malaysia. Siap dengan wall to wall bookshelf. Sangat beans. Bila kami menjadi millionaire nanti kami akan tiru konsep rumah ini 100% kerana tak ada lagi rumah sebegini. 

In b4 "senang nak rompak Obegemok in the future lidis"


Serius LOL - Epic WTF Of The Day


Pelesit Jalan Raya!

Video yang random ... epic WTF!

Thanks @Maskawaih for the LOL

Serius Kreatif - Pakaian Wanita Diperbuat Daripada Belon (9 Gambar)


Pop pop!

Lady Gaga pernah memakai baju yang diperbuat daripada daging. Hari ini mari lihat baju yang diperbuat daripada belon. Ianya rekaan pereka fesyen Jepun  Rie Hosokai. Nampak menarik tapi bahaya. Kalau meletup terus menjadi nudista.



Serius Indo - Pekerja Indonesia Demo Bantah Kehadiran Tenaga Kerja Tanpa Izin Di Negara Mereka


LOLLLLLLL IRONI!

Kita sedia maklum terdapat jutaan warga Indonesia yang bekerja di negara kita. Ada yang hadir secara sah tetapi lebih banyak lagi hadir secara haromz. Kini mereka menjadi buruh, tukang cuci, tukang sapu, pembuat air, pak gad dan penjaga warong di Malaysia. Banyak kali pihak berwajib dan rakyat Malaysia mahu kehadiran mereka dibendung kerana mengambil kerja yang sepatutnya milik rakyat Malaysia.

Kini berlaku ironi tahap dewa apabila pekerja kilang Huawei di Indonesia melakukan demo aman menentang kehadiran tenaga kerja tanpa izin dari China di kilang mereka. Mereka berdemo dan meminta Kementerian Tenaga Buruh masuk campur dan menghalau kehadiran pendatang tanpa izin ini dari mengambil kerja mereka. Huawei dikatakan menggaji 1200 warga China di kilang milik mereka disini tetapi 1000 daripada mereka dikatakan hadir tanpa izin oleh wakil kesatuan buruh. Mereka hadir menggunaka pas pelawat tetapi bekerja secara tetapi di kilang ini. Pekerja kilang dari Indonesia pula hanya diberikan kontrak kerja sementara tanpa medical benefit maupun elaun makanan seperti yang diberikan kepada PATI dari China ini

Wakil kesatuan buruh berkata mereka mahu amalan Huawei yang berat sebelah dan tidak adil kepada pekerja kilang warga Indonesia ini dimansuhkan. 

So LOL in so many ways!


Laporan asal Kaskus

Thursday 20 December 2012

Serius WTF - Minyak Wangi Berdoa? : Pewangi Paling Islamik


What the?


Alhamdulillah. Kini ada minyak wangi dengan kandungan sangat Islamik! NOT! 

Thanks @Papaskizo for the LULZ

Serius Cool - Pameran Diorama LEGO Di Bangsar Village (31 Gambar)


Lego Wonderland!

Di Bangsar Village ada sebuah pameran diorama LEGO yang menarik. Terdapat dua diorama besar bertemakan bandar dan peperangan zaman pertengahan. Terdapat juga diorama dari filem seperti Avengers, Batman dan Zombie. Kalau ada masa datanglah ke Bangsar Village untuk melihat sendiri dengan mata kepala anda.



Serius Cool - Kompilasi Video-Video Cool 2012


Win!

Ada quite a few yang kami tak pernah tengok. Selamat tinggal 2012!

Serius - Lagi Kisah Cinta Sebenar : In Sickness And In Health (11 Gambar)


Fucking ninjas cutting onions under the table

Kisah cinta Taylor Morris dan Danielle Kelly  pasti membuatkan anda mendapat manly tears. Pasangan suami isteri ini mula berpacaran di bangku sekolah. Selepas graduasi Taylor menyertai Tentera Laut sebagai pemusnah bom. Ketika dalam operasi menghapuskan bom IED di Aghanistan ,Taylor kehilangan kaki dan tangan beliau dalam sebuah letupan. Danielle kekal bersama beliau dan membantu Taylor untuk menjalani rehabilitasi. Akhirnya mereka berkahwin. Bless you guys!


Serius Cool - Mari Lihat Kubu Bawah Tanah Hari Kiamat Versi Amerika (18 Gambar)


Preppers

Semalam kita melihat pod penyelamat diri untuk hari kiamat edisi China. Hari ini mari lihat kubu tahan nuklear yang dijual di Amerika Syarikat. Ianya dijual pada harga hampir USD30 000 (RM 90000) sebuah dan dilengkapi dengan kemudahan asas rumah atas tanah biasa. Kubu sebegini dibeli oleh mereka yang percaya kiamat akan berlaku apabila berlaku ledakan nuklear ala FallOut. Macam-macam betul. Mari lihat rupa dalaman dan bagaimana kubu bawah tanah ini dibina!

Dah bersedia untuk esok?


Serius Cool - Diorama Angry Birds Space Di Singapura (8 Gambar)


Nice!

Diorama gergasi Angry Birds Space ini terletak di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura. Cool beans! Mungkin di KLIA, MAB boleh meletakkan diorama gergasi permainan Upin dan Ipin.



Serius LOL - Iklan Perkhidmatan Mencuci Rumah Yang Menarik


Teknik Baru

Iklan yang semetinya berjaya mendapatkan perhatian 

Thanks @Mohd_Jamil for the link


Serius LOL - Undang-Undang Inzal Wanita


Hahahaha....

Tahukah anda inzal wanita ialah perniagaan serius?

Thanks @MohdHaffiszul  for the lul




Serius Cool - Ducati Monster S4R Edisi Paolo Tesio (13 Gambar)


Woahhhhhhhhh!!

Ducati Monster S4R ialah sebuah motor berkuasa tinggi yang memang cukup dikenali rider pelesit jalan raya seluruh Malaysia. Mazidul Akmal yang bukan rider pelesit jalan raya pun tahu Ducati Monster S4R is sex on two wheels. Tahukah anda motosikal yang mula dikeluarkan sejak 1993 dan menjalani beberapa evolusi ini ialah motosikal terlaris dikeluarkan oleh Ducati. In fact lebih dari separuh jualan motosikal Ducati terdiri dari keluarga Monster. Versi terkini yang terjual ialah S4R 795 dengan enjin 803 CC.  Ianya dikeluarkan untuk pasaran Asia dan dipasang di Thailand

Monster is already sexy as it is tetapi modifikasi custom yang dihasilkan oleh Paolo Tesio menghasilkan perubahan yang sangat mendadak dan seksi. Holy crap sekarang ianya 100 kali ganda lebih menginzalkan. Paolo Tesio melakukan perubahan fork depan, tempat duduk dan fairing gentian kaca yang direkanya sendiri. NICE!



Serius Cool - World Of Coca Cola : Muzium Coca Cola Di Atlanta (18 Gambar)


Enjoy!

Once upon a time kami peminum tegar Coca Cola. Kami minum sebuah botol besar setiap hari seperti seorang pelajar kolej IPTS tahun pertama yang baru poyo nak gi clubbing minum Black Label. Kini kami dah kahwin dan mempunyai risiko diabetes yang tinggi kami tidak lagi minum Coke. True.. kami dah tak minum Coke seperti dulu kerana ianya terlalu manis

Sungguhpun begitu kami nak melawat World of Coca Cola yang terletak di Atlanta Georgia. Ianya dibina di Atlanta kerana disinilah terletaknya ibu pejabat Coca Cola. Muzium ini mula dibuka pada tahun 2007 dan setiap tahun ia menerima 1 Juta pengunjung. Pelbagai artifak dipamerkan di dalam muzium ini. Sebagai contoh terdapat botol Coke dari tahun 1888, mesin coke untuk stesen angkasa dan sebuah kilang pembotolan Coke di tingkat bawah. Selain daripada itu ia juga mempamerkan memorabilia, papan pengiklanan dan botol Coke dari seluruh dunia. Cool stuff. Jika kami ke Atlanta kami pasti akan melawat muzium ini.

For now mari minum air putih dan membersihkan ginjal!


Wednesday 19 December 2012

Serius Sadis - Valeria Levitin : Pengidap Anorexia Yang Sadis (11 Gambar)


Dayyum!

Valeria Levitin (39) ialah pemegang rekod sebagai wanita terkurus di dunia. Wanita setinggi 1.72 meter ini mempunyai berat badan hanya 20.8 kilogram. Ini bermakna beliau mempunyai berat badan kurang separuh dari berat yang ideal seorang wanita sihat. Valeria yang berasal dari Russia sudah mengidap penyakit Anorexia sejak berusia awal 20-an. Perubahan mendadak beliau adalah amat tragis kerana Valeria seorang wanita yang cantik sekiranya tidak mengidap penyakit yang berbahaya ini. Sekiranya anda mempunyai teman yang mengidap Anorexia atau Bulemia, sila dapatkan rawatan untuk mereka kerana anda tidak mahu teman anda menjadi seperti Valeria. The good thing about this story is Valeria kini sedang cuba memulihkan diri beliau dan cuba untuk menjadi seorang ibu. Good luck kepada Valeria. Semoga beliau akan sembuh!


Serius : Kerana Kiamat Mayan : Pertani China Membina Pod Penyelamat Buatan Sendiri (10 Gambar)


Armageddon 2012

Hari kiamat akan muncul dua hari lagi kata mereka yang percaya dengan tilikan Kiamat Mayan. Seorang usahawana China sudahpun membina 14 pod meyelamatkan diri seakan-akan bahtera Nabi Noh di Qiantun, Provinsi Hebei. Setiap pod penyelamat diri ini dijual oleh Yang Zongfu pada harga GBP 150 000 (RM 743 000). Beliau mendapat idea membina pod ini setelah menonton filem 2012. Pod penyelamat beliau diperbuat dari gentian kaca dan dilengkapi sistem oksigen sendiri dan tali pinggang keselamatan. Jika Tsunami besar melanda Yang Zongfu percaya mereka yang duduk di dalam pod rekaan beliau akan terselamat.

Serius - Amalan Aneh Kaum Kasta Rendah Di India : Golek Atas Makanan Kasta Tinggi



What?

Madey Snana ialah amalan aneh yang sudah diamalkan ratusan tahun oleh golongan kasta renda di Karnataka India. Madey Snana bermaksud "mandi ludah" dalam Bahasa Malaysia dan orang dari kasta rendah percaya segala penyakit mereka boleh dipulihkan dengan menggulingkan badan di atas daun bekas makanan mereka yang berkasta rendah seperti Brahmin. Tahun ini 25000 orang dari kasta Dalit pergi ke Kuil Sri Krishna untuk "merawat penyakit" mereka dengan melakukan amalan Madey Snana. 

Golongan kasta Brahmin dipercayai adalah suku sakat Dewa Subrmanya. Dalam sebuah lagenda Hindu, Samba anak Dewa Krishna berjaya merawat penyakit kusta beliau setelah berguling diatas bekas makanan dan air liur Dewa Subramanya. Dari sinilah amalan Madey Snana bermula

Macam-macam. Tapi inilah dinamakan KEPERCAYAAN atau FAITH dalam bahasa Inggeris. Ada yang percaya baca air yasin hati akan lebih terang untuk belajar. Zaman dahulu kala air bekas tangan Sultan diminum kerana dikatakan bawa tuah dan sebagainya. Who are you to judge eh?



Serius Kreatif - Konsep Kereta Kebal Futuristik (10 Gambar)


Tanks!

Kami semasa kecil suka melukis gambar kereta kebal. Kereta kebal kegemaran kami ialah Tiger Tank dari siri animasi Thundercats. Bila melukis kereta kebal kami letakkan sampai 10 laras meriam pada 1 rudal Nampak macam bad ass. We outgrew this tank phase many years ago but some don't. Di bawah ialah beberapa konsep kereta kebal futuristik yang dihasilkan di CONCEPTTANK.COM


Serius Klasik - Gambar Kemalangan Kenderaan Zaman Dulu-Dulu (17 Gambar)


Tragis

Gambar di ambil ketika zaman permulaan kenderaan bermotor mula digunakan. Pada waktu ini kenderaan mempunyai kelajuan purata 30 batu sejam. Tak sangka pada kelajuan yang dibawah tahap AES sepeti ini kemalangan masih nampak sadis!



Serius Fakta - 11 Fakta Menyedihkan Tentang Dunia Hari Ini


Fakta punggung sedih

Serius Peniru - Adakah Logo Darul Takzim FC Logo Ciplak? (5 Gambar)


Benarkah

Dari akaun twitter @BolasepakMY  kami diberitahu logo pasukan bolaspeak Darul Takzim FC dikatakan meniru logo Richmond FC. Richmond FC ialah sebuah pasukan bolasepak undang-undang Australia  yang ditubuhkan pada tahun 1885. Logo Richmond FC di bawah mula digunakan tahun. Jadi siapa tiru siapa?

Apabila pergi ke forum Bigfooty AFL pula, ada pula yang menuduh logo Richmond FC ditiru dari logo minuman keras Tiger Beer. Maka siapa tiru siapa? Tiruception?


Serius Cool - Kehidupan Pembersih Tingkap Burj Khalifa


Nice!

Tahukah anda ia mengambil masa 3 bulan untuk membersihkan kesemua tingkap di Burj Khalifa?



Serius Cool - Casing LEGO Untuk Iphone : Kustomasi Lego Kini Realiti (12 Gambar)


Cool!

Adakah anda bosan membeli aksesori yang default? Tinkerbrick menghasilkan casing iPhone 4/4s bertemakan LEGO. Anda kini boleh memasangkan bongkah Lego pada peranti milik anda. Yang menarik ialah jika anda mahu menghasilkan pemegang untuk bermain game Need For Speed, pasang sahaja lego pada casing dan buat sendiri pemegang buatan sendiri. Very nice. Harga sebuah casing Tinkerbrick ialah USD 35 dan boleh dibeli di sini.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails