Sunday 30 September 2012

Serius Cool - Arca Gergasi Zidane Menanduk Materazzi (6 Gambar)


Zizou!

Sebuah arca gergasi Zinadine Zidane menanduk Marco Materazzi setinggi 5 meter diperlihatkan di Paris. Arca ini mengabadikan insiden Zidane menanduk Materazzi ketika perlawanan akhir Piala Dunia 2006. Arca ini dihasilkan oleh artis Adel Abdessemed dan didirikan dihadapan Muzium Seni Pompidou. Sebelum ini Adel Abdessemed menghasilkan arca yang sama tetapi pada skala lebih kecil dan diberi nama Coup De Tete yang bermaksud "Sesuka Hati".

Serius Hot - Olivia Wilde (7 Gambar)


Ermahgerd!

Olivia Wilde ialah pelakon yang mempunyai mata yang sangat mesmerising. Hanya mata Amanda Seyfried dan Stacie Haiduk mampu menandingi mata pelakon yang berasal dari New York ini. Tahukah anda nama sebenar beliau ialah Olivia Jane Cockburn? ......

Serius Konsep - McLaren P1 (12 Gambar)


Supercar terkini McLaren

McLaren sudahpun terkenal sebagai pasukan lumba kereta F1 yang terkemuka. Mereka juga menghasilkan kereta lumba berprestasi tinggi seperti McLaren F1 dan MP4. Di Pameran Kereta Antarabangsa Paris yang sedang berlangsung sekarang, McLaren memperlihatkan konsep McLaren P1 mereka kepada umum untuk pertama kali. Kereta lumba ini dikatakan bakal menggantikan McLaren F1 sebagai kereta lumba terpantas yang dihasilkan McLaren. F1 sudah memegang takhta ini sejak diperkenalkan 20 tahun yang lalu.

McLaren P1 dijangkakan akan menggunakan enjin 3.8 Liter Dwi-Turbo V8 dengan 700 kuasa kuda disamping dua motor elektrik 150 kuasa kuda. Ia juga mempunyai kasis gentian karbon, sistem suspensi ala Formula 1 serta sistem aerodinamik aktif boleh laras. 

McLaren masih belum mengesahkan bila P1 akan dikeluarkan sebagai kenderaan produksi tetapi sudah ada ura-ura ianya akan dijual pada harga USD 1.1 Juta bila dipasarkan kelak dengan jumlah yang terhad.


Serius Indo - Gempar Apabila Gambar Jesus Muncul Di Dalam Buku Panduan Haji


Indorage

Di Indonesia berlaku kegemparan apabila gambar Jesus ditemui tercetak di dalam sebuah buku panduan haji yang diedarkan kepada bakal haji dari Bengkulu, Sumatra. Di dalam buku tersebut, gambar Jesus sedang mengembala kambing dengan ayat "Yesus dan gembala yang baik" tertulis dibawahnya. Paling mengejutkan risalah panduan ini dihasilkan oleh Direktorat Jenderal Penyelenggaraan Haji dan Umroh Kementerian Agama Republik Indonesia sendiri. Pegawai dari Kementerian Agama Kota Bengkulu mahukan insiden ini disiasat kerana pada pendapat mereka gambar Jesus ini tidak mungkin tercetak secara tak sengaja tanpa disedari pihak berwajib. Pada masa yang sama kesemua 280 buku amalan haji yang diedarkan kepada bakal haji terus diperiksa bagi memastikan tiada gambar Jesus di dalamnya.

Macam mana gambar Jesus oleh muncul di dalam buku amalam ni? Warga saiber Indonesia merasakan ini tindakan khianat golongan tertentu yang cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian negara mereka untuk kepentingan peribadi. Mereka menggesa supaya orang ramai supaya tidak mudah mengamuk dan melenting atas insiden kecil ini.


Laporan asal Yahoo Indonesia

Serius WTF - Video Senggama Minda Jepun Minggu Ini


Hnghhhhhhhhhh

What the hell have I just watched?

Serius Cool - Kelab Malam Di Bawah Laut Pertama Dunia (6 Gambar)


Atlantis Club?

Niyama Resort yang terletak di Maldives baru sahaja membuka kelab malam bawah air pertama dunia. Ianya terletak 500 meter dari pantai dan 6 meter di dasar laut. Dinding kelab malam ini diperbuat daripada kaca dan anda dapat melihat pemandangan dasar laut yang indah sambil drinking alcohol like a proverbial fish. Nampak sangat best tetapi as we all know kalau nak ke Maldives kita harus menabung sejak dari kecil

In b4 "kalau allah nak hukum senang je.. pecahkan kaca semua mati bergelumang dosa"


Serius Cute - Radio Berbentuk Anjing (9 Gambar)


Doggie!

Bosan dengan radio di rumah anda yang rupanya tak cantik? Mahukan sesuatu yang unik? Apa kata anda angkat sebuah Nara Doggy Radio. Ianya sebuah radio yang direka oleh Yoshitomo Nara, seorang artis seni tampak ternama dunia. Radio edisi terhad kepada 3000 unit ini berfungi seperti radio biasa tetapi dengan beberapa kelainan. Ia mampu digabungkan dengan peranti pintar anda dengan menggunakan Bluetooth dan mempunyai slot USB untuk pen drive. Keunikan Nara Doggy Radio ialah kekuatan bunyi dikawal dengan membelai dagu Nara dan untuk mematikannya pula anda hanya perlu menetup kepala. Kinda like a real dog. Harga sebuah Nara Dog ialah USD 2500 sebuah.



Saturday 29 September 2012

Serius - Skodeng, Kebenaran Yang Nakal


Filem Pendek

Sebuah filem pendek tentang kehidupan terlampau. 

Thanks @Amirmu for the link



Serius Cool - New York Wheel : Roda Ferris Tertinggi Dunia


Goodbye Singapore

Staten Island, New York bakal mempunyai roda Ferris terbesar dunia. Roda Ferris yang akan mula dibina pada tahun 2014 dan siap 2015 ini akan mempunyai ketinggian 190.5 meter dan ianya  25.5 meter lebih tinggi dari Singapore Flyer. Road Ferris yang diberi nama New York Wheel ini mempunyai 36 kapsul yang mampu memuatkan 40 orang pada satu-satu masa. Kos pembinaanya pula ialah sekitar USD 230 juta (RM690 Juta). Pembinaanya diharap dapat membangunkan Staten Island yang mempunyai reputasi buruk sebagai tempat pelupusan sambah terbesar New York. Disamping New York Wheel, sebuah pusat membeli belah dan sebuah hotel juga akan dibina untuk pengunjung.Bagus juga New York Wheel dibina kerana seperti anda sedia maklum roda Ferris ialah dicipta oleh George Washington Gale Ferris Jr , seorang warga Amerika Syarikat.


Serius LOL - Model Terbaru MPV Proton?


Yeah right...

Proton bekerjasama dengan HASBRO...........


Serius Hot - Pramugari Firefly Untuk Anda (10 Gambar)


Saturday!

Sebelum ini kami paparkan pramugari hot dari Air Asia. Hari ini kita layan pramugari dari Firefly pula.


Serius Fakta - Pokok Evolusi Spesis Roti Canai Sedunia


#SeemsLegit


Roti Canai sudah terevolusi sejak berdekad lamanya. Di bawah ialah pokok evolusi dan sub spesis roti canai yang wujud di pasaran sekarang.

Serius WTF - Video Aneh Dari Jepun Minggu Ini


What?

Japan................ weird part of YouTube again. Hatsune Miku edisi LOLWUT


Serius Cool - Ruang Pameran Tamadun Islam di The Lourve (15 Gambar)


Woah nice!

The Lourve, muzium seni terkemuka dunia Perancis yang mempamerkan Mona Lisa dan Goddess of Nike membuka sayap baru khas untuk seni tamadun Islam 22 September yang lalu. Sayap baru yang mempunyai atap beralun seakan-akan tikar terbang ini dibina bagi mempamerkan koleksi seni Islam The Lourve yang selama ini disimpan dari dilihat oleh pengunjung. Di dalam ruang seluas 2800 meter persegi dan menelan belanja USD 126 Juta ini, sebahagian dari 15 000 koleksi seni Islam the Lourve akan dipaparkan dipaparkan. The Lourve sudah mula mengumpul seni Islam sejak 1793 lagi dan ianya terdiri dari seni logam, mural, binaan batu, seni kaca, baju zirah dan juga manuskrip. Pembukaan sayap kekal ini ialah bagi menunjukkan dunia bahawa Islam itu sebuah agama yang bertamadun dan tidak banyak bezanya dari tamadun barat. Dalam kegilaan dunia memaparkan Islam sebuah bangsa BARBARIK tidak bertamadun pembukaan sayap ini diharap dapat membuka mata pengunjuang kepada seni Islam yang sering dilupakan.  



Serius Fail - iTroll - Tablet PC 1China (4 Gambar)


Terbaik?

Mana nak dapatkan tablet yang power in di Malaysia? Ianya dihasilkan oleh China Mobile dan diberikan percuma kepada mereka yang menghadiri sebuah acara yang dianjurkan mereka. Tablet ini wajib diberikan kepada semua pelajar sekolah di Malaysia. Rebrand sahaja pakai sticker dan kami yakin student akan bereterima kasih dan akan membalas budi pada kadar segera!



Friday 28 September 2012

Serius WTF - Padah Mencarut Ketika Bergaduh Dengan Teman Lelaki


LOL

Semasa kami masih kecil, ibu kami akan menyental cili ke mulut kami jika kami kantol mencarut. Sangat pedih dan lepas itu kami pun berhenti mencarut secara terang-terangan. Di belakang mereka macam biasa mencarutlah sehingga muka menjadi biru dan buku cacatan dosa di bahu kiri menjadi setebal mekap Rozita 
Che Wan.



Di Florida seorang lelaki kini ditahan atas kesalahan gangguan domestik setelah memancutkan sabun pencuci pinggan ke dalam mulut teman wanita beliau. John Vincent Caruso (26) memancutkan sabun pencuci ke mulut teman wanita beliau Stephanie Madewell (20) kerana berang dengan bahasa kasar yang digunakan Stephanie ketika mereka bergaduh. Menurut laporan Tampa Bay Times, John Vincent Caruso memberi amaran kepada Stephanie sebanyak tiga kali supaya tidak mencarut-carut kerana tidak mahu dua orang anak mereka yang sedang tidur mendengar ibu mereka menggunakannya. Selepas usai bergaduh Stephanie duduk di sofa hadapan untuk menonton televisyen. Pada ketika itu John Vincent secara tiba-tiba menyumbat sebotol pencuci pinggan ke dalam mulut Stephanie dan memancutkan isi kandungannya. Apabila ditemu ramah pihak polis di balai, John Vincent berkata beliau berbuat demikian kerana semasa kecil itulah yang dilakukan ibu bapanya  jika beliau mencarut

Agak saiko juga cerita ini. Oleh itu adik-adik janganlah mencarut, Jika mahu mencarut juga pastikan tidak ada botol sabun pencuci berdekatan. Or in my case seplastik cili api.

Laporan asal Tampa Bay

Serius LOL - Video Perpisahan Dari Balak Kepada Awek


Hilarious!

Hahhaa............. ini memang benci gila dengan bekas kekasih!

Thanks @KarrotGold for the link


Serius Indo - Demonstran Berjaya Mengakibatkan KFC Dan MCD Ditutup (8 Gambar)


Hebat!

Minggu lepas sebuah demo gergasi untuk menentang penayangan Innocence of Muslim di Youtube, Di Malaysia demo hanya berlaku selama sehari dan selepas itu semua orang kembali ke rumah dan layan video "Rosmah Wanita Iblis" di Youtube tanpa sekelumit ironi di benak hati.

Di Indonesia demonstrasi oleh Forum Umat Islam lebih serius. Jumaat lalu pertubuhan ini melakukan demo di bandar Tasikmalaya, Jawa Barat. Mereka berjaya memaksa cawangan restoran KFC dan McDonalds di bandar ini untuk menutup kedai mereka. Kegagalan menutup akan mengakibatkan keganasan berlaku. Menurut jurucakap Forum Umat Islam, tindakan memaksa penutupan restoran makanan segera ini dilakukan bagi memastikan semua umat Islam di bandar itu tidak akan membeli produk dari Amerika Syarikat. FUI juga berkata mereka mahu pengusaha restoran menutup restoran selama seminggu dan mereka akan memastikan tuntutan mereka ini dipenuhi. 

Ini baru demo hardcore. Tak macam di Malaysia dimana ajak-ajak itik sahaja suruh orang boikot melalui Facebook sahaja. 

In b4 "Tasikmalaya maling nama Malaya!"



Serius Fakta - Dakwat Printer Ialah Cecair Termahal Dunia?


Serius!

Ye ini kebenaran. Dakyat pencetak injet anda ialah cecair termahal dunia. Lebih mahal dari minyak dan pewangi berjenama mahal. Tak percaya? Tengok sendiri infografik di bawah ini! Mindblown



Thursday 27 September 2012

Serius Kreatif - Koleksi Cacah Hiper Realistik (11 Gambar)


Cool Cacah is Cool...

Cacah ialah seni modifikasi badan yang diharamkan oleh agama Islam. Tetapi if we can be honest, ada cacahan pada tubuh yang kami rasakan sangat artistik ianya membuatkan kami terasa macam nak ada cacah sendiri. Problem is proses pencacahan sangat menyakitkan dan kami tak ada ballz untuk melakukan cacahan. Di bawah ialah beberapa seni cacahan yang hiper realistik. Sangat mengagumkan.


Serius LOL - Penjual CD Cetak Rompak Malaysia Sangat Updated!


Power!

Penjual CD cetak rompak Malaysia nampaknya sangat updated dengan perkembangan serta trend terkini. Lebih laju dari pengeluar CD asli. Hebat!

Thanks Boss @Tekong


Serius LOL - Baju Halloween Untuk Nerd Sebenar


Genius!


Problem is........ nerd sebenar sangat Forever alone. Jadi kostum Halloween untuk pasangan dua sejoli ini mungkin is a bad idea!


Serius - Ucapan Yang Harus Anda Lihat Hari Ini Oleh Charlie Chaplin


The Great Dictator

Ucapan yang real dan benar. Tontonilah dan dalami makna yang cuba disampaikan disini.




Serius Sadis - Pelajar Kejururawatan Dibelasah Polis Kerana Berdemo (9 Gambar)


Pergh polis India!

Di Srinagar, Kashmir beberapa orang pelajar tahun ketiga sebuah kolej kejururawatan melakukan demo sebagai bantahan keputusan peperiksaan mereka. Majoritiu pelajar tahun ketiga kolej ini gagal dalam peperiksaan yang telh berlangsung. Demo dilakukan sebagai bantahan kerana mereka percaya mereka digagalkan bagi membolehkan pihak kolej menerima bayaran lebih untuk mereka menghadiri semula kelas ulangan. Demo menjadi ganas apabila kumpulan pelajar ini berhasrat menyerbu pejabat sekretariat kolej. Pihak polis segera meleraikan demonstran dengan memukul mereka dan ini mengakibatkan beberapa pelajar cedera. Seramai enam orang pelajar kini ditahan oleh pihak polis kerana menjadi dalang demo jalanan ini. Menarik di sini ialah uniform polis Kashmir yang sangat tradisional.



Serius Cool - Stesen Janakuasa Elektrik Yang Cantik Di Itali (10 Gambar)


Cantik...

Stesen Janakuasa selalunya mempunyai binaan konkrit kotak yang sangat utilitarian. Ianya tidak dibina untuk kelihatan menarik. Di Dörfl, Itali terdapat sebuah stesen janakuasa eletrik yang dibina dengan estetika yang berbeza.Stesen janakuasa hidro ini dibina untuk kelihatan seperti bonggolan batu yang terdapat pada persekitaran stesen ini. Dari jarak jauh bangunan ini yang siap dibina pada tahun 2009 ini keliharan seperti bongolan batu granit dan quartz. 



Serius Konsep - Konsep Kereta Kebal Oleh Kemp Remillard (17 Gambar)


Terbaik

Kami banyak memaparkan konsep kereta di Blogserius. Tetapi hari ini kami mahu lakukan sesuatu yang lebih cool dengan memaparkan konsep kereta kebal oleh Kemp Remillard. Kebanyakkan kereta kebal lukisan beliau nampak cool tetapi tak praktikal. In fact ada teori yang mengatakan di dalam dunia moden kereta kebal adalah arkaik dan bakal menjadi bahan sejarah seperti sebuah Battleship. Adakah anda bersetuju? 



Serius LOL - Prank iphone5 Yang Boleh Dilakukan Di Malaysia Bulan Depan


Genius!

Hahahaha...................

Thanks @ShamHardy for the tip



Serius Cool - URWERK UR-210 (8 Gambar)


Do want!

Urwerk 210 ialah sebuah lagi jam tangan mewah yang dihasilkan oleh Urwerk. Jam tangan Urwerk terkenal dengan mekasnisma analog futuristiknya yang kompleks. Seperti Urwerk 110 yang pernah kami paparkan sebelum ini, UR10 diperbuat menggunakan titanium dan aluminium. Kelebihan Urwerk ialah ianya sebuah jam automatik yang menggunakan pergerakan tangan si pemakai dan mengubah tenaga kinetik kepada tenaga keupayaan di dalam mekasnisma jam. Pemakai boleh melihat sendiri berapa banyak  tenaga tersimpan di dalam mekanisma dengan melihat kepada meter yang khas yang diletakkan pada muka jam. This is neat. Sebuah UR 210 dijual dengan harga RM 450 000. Cool!


Serius Mashup - Poster Mashup International Day of Peace (4 Gambar)


Mashup!

Sempena Hari Keamanan Sedunia 21 September yang lalu, poster mashup memparkan wajah Osama, Obama, Saddam, Dalai Lama, Hitler, Gandhi, Mandela dan Gaddafi di bawah dihasilkan, Apa pendapat anda? Adakah ianya kretif atau ofensif? Jika ianya ofensif sila demo jalanan secara segera.


Serius Cute - Kostum Halloween Untuk Anjing Anda (8 Gambar)


Doggeh!

Sambutan hari Halloween akan bermula lebih kurang sebulan dari sekarang. Anda sudah ada idea kostum apa akan dipakai? Bagaimana pula untuk hayawan peliharaan anda? Dibawah ialah kostum comel untuk anjing anda. So cuteeeeeee


Wednesday 26 September 2012

Serius Cool - Aston Martin Vanquish 2013 (15 Gambar)


Aston Martin

Aston Martin ialah jenama kereta yang sinonim dengan kemewahan. prestasi tinggi dan James Bond. Sejak Aston Martin DB5 menjadi kereta pilihan James Bond di dalam Goldfinger. Semenjak dari itu Aston Martin DBS dan Vanquish turut digunakan oleh perisik playboy terkemuka dunia ini.

Sempena ulang tahun Aston Martin yang ke 100 tahun hadapan, Aston Martin memperkenalkan Vanquish 2013. Ianya model terbaru Vanquish yang kali terakhir dihasilkan pada tahun 2007 setelah kilang pembuatannya ditutup pada tahun 2007 akibat masalah kewangan. Dari segi rupa Vanquish 2013 mempunyai persamaan dengan DBS dan One-77. Chasis aluminium V nya diperkukuhkan dan  kini 25% lebih teguh dari chasis sebelumnya. Keseluruhan badan kereta juga dibina sepenuhnya menggunakan gentian karbon buat pertama kali dalam sejarah Aston Martin. Rekaan chasis yang kukuh serta badan yang ringan ini digandingkan dengan enjin 6 liter V12 565 kuasa kuda yang memberikan kelajuan maksimum kereta ini sekitar 294 Kmj. Aston Martin Vanquish terkini akan mula dijual Mac tahun hadapan dengan harga USD 275 000 (RM 847 000) sebuah tidak termasuk cukai. 




Serius Shit - Pelanggaran Motosikal Paling Epik


Superman Russia

Dayyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!! Berpusing macam Pandalela Rinong!



Serius - Kareer Awal Izara Aishah


We all have to start from somewhere...

Izara Aishah kini pelakon drama on demand.Sejak drama bersiri Vanilla Coklat menjadi tontonan ramai gadis kacukan Melayu Pakistan kelahiran JB ini kerap muncul di kaca TV. Tapi tahukah anda sebelum beliau famous beliau pernah menjadi model untuk sebuah syarikat di Selangor?



Serius Fakta - 10 Bandar Kos Sara Hidup Temahal Dunia


What?

Senarai 10 bandaraya termahal di dunia dari segi kos sara hidupnya.Bandar yang mendapat no 1 memang kami tak sangka betul. Semacam tak logik pun boleh juga! Defu? Nesyukurlah kita tidak ada bandaraya di Malaysia termasuk dalam senarai ini. Kos sara hidup murah ditepati, kini masa jolly jolly..



Serius Cool - Bilik Susuan Dan Penukaran Lampin Bayi One Utama (9 Gambar)


Syabas

Bilik penyusuan bayi dan penukaran lampin bayi adalah kemudahan yang mempunyai prioriti rendah di kebanyakkan pusat membeli belah. Kebanyakkan bilik penukaran lampin yang kami jumpa sebelum ini adalah agak kecil dan agak ketinggalan zaman. Kerana ruang yang kecil bau lampin yang awesome menusuk kalbu. 

Di One Utama kami mendapati bilik penukaran lampin dan penyusuan bayinya amat luas dan kemas. Empatorang bayi boleh ditukarkan lampinnya secara serentak pada satu-satu masa. Bilik penyusuan bayi pula memberikan privasi sepenuhnya bagi golongan ibu. Ia juga dilengkapi ruang bacaan untuk golongan bapa dan kanak-kanak. Kami ingin mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan One Utama kerana prihatin dengan keperluan kaum mak bapak. Pusat membeli belah kita terlalu teenage dan couple centric. Good to see at least one shopping mall is catering for the parent with babies. Nice!


Serius Konsep - Yo Home : Apartment Masa Hadapan? (11 Gambar)


Cool Yo!

Seperti entry sebelum ini, kami ada bercakap tentang obsesi kita dengan rekaan masa hadapan. Yo Home ialah konsep rumah masa hadapan dimana ruangan kecil sesebuah apartment boleh digunakan dengan lebih efektik dengan penggunaan perabot boleh lipat. Yo Home ialah ilham Simon Woodroffe, yang juga merupakan pengasas YoTel yang pernah kami paparkan sebelum ini. Seperti Yotel, Yo Home mamaksimakan pengguna ruang yang kecil  bagi memastikan ruang apartment 800 kaki persegi seolah-oleh mempunyai ruang yang lebih besar. Sebagai contoh katil boleh disimpan diatas siling dan bahagian bawahnya kini menjadi ruang tamu. Tab mandi panas pula disorokkan didalam lantai tandas. Dapur pula boleh disorokkan dari pemandangan orang dengan menutup beberapa panel pada dinding. Konsep ini menarik tetapi mungkin hanya sesuai untuk orang bujang. Kalau dah ada anak kebarangkalian eksiden anak tersepit adalah tinggi. 

Kami tak mahu ketawakan konsep ini kerana kami meyedari keluasan rumah mampu milik di Malaysia kini semakin mengecil. Jika gaji anda sekitar RM3000 di Kuala Lumpur apartment beharga RM240 000 sahaja yang mungkin mampu anda miliki. Apartment ini selalunya mempunyai luas kurang 1000 kaki persegi. Dalam masa 10 tahun akan datang harga rumah makin naik dan keluasan pastinya akan makin kurang. Be warned! 


Serius Klasik - Kenderaan Masa Depan Yang Gagal Dihasilkan (8 Gambar)


Terlalu futuristikkah?


Kita semua mahukan benda yang futuristik. Banyak kereta konsep dihasilkan untuk memberikan gambaran rekaan kereta masa hadapan. Dalam kebanyakkan kes, rekaan "futuristik" ini menjadi bahan ketawa generasi masa hadapan. Hari ini mari kita lihat beberapa rekaan kenderaan futuristik yang dihasilkan diantara 1920-an sehingga 19230-an. Banyak yang tak menjadi dan sangat tidak praktikal. Tetapi konsep kereta boleh ubah-ubah badan mengikut kehendak pengguna agak cool jugak.



Serius LOL - Malang Menjadi Isteri Pelumba Kereta Professional


Kejam.. suami yang sangat kejam!

Augusto Farfus ialah seorang pelumba kereta DTM BMW. Di bawah ialah video beliau memandu sebuah BMW M3 Coupe dengan isteri beliau Liri Farfus sebagai penumpang. Lihatlah sendiri isteri beliau yang shitbrix dengan kegilaan pemanduan suami tercinta. Hilarious dan kejam. Miss Mean bernasib baik kerana saya seorang suami yang memandu dengan perlahan. Truth be told she drives faster than I do.




Serius Shit - Pemandu Lori Paling Bernasib Baik Minggu Ini (8 Gambar)


Berpantang maut sebulan game over...

Di Brazil , Aguinaldo da Silva seorang pemandu lori dari Brazil terselamat dari maut setelah lori yang dipandu beliau hampir terjatuh ke dalam sungai. Kejadian berlaku ketika beliau sedang memandu diatas Jambatan Chavantes. Menurut Aguinaldo, lori yang dipandu beliau tergelincir dari jambatan ketika cuba mengelak dari melanggar sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti di hadapannya. Aguinaldo diselamatkan orang ramai yang menghulurkan tali kepada beliau. Nasib baik tak mati. 


Serius Cool - Tubotel Langkawi : Hotel Kolong Konkrit (13 Gambar)


Nice!

Sebelum kena haxxored dahulu kami ada paparkan Tubotel di Mexico. Ianya hotel dimana biliknya diperbuat dari kolong saluran air konkrit. Kami rasa kami tidak akan ke Mexico untuk testing sendiri hotel ini kerana ianya terlalu jauh. Kalau rasa nak cuba jugak merasa tidur dalam bilik kolong konkrit anda boleh ke Tubotel Langkawi yang terletak di Pantai Chenang. Konsepnya sama dan harga penginapan semalam bermula dari USD 33 (RM100) tidak termasuk sarapan pagi. Nampak cam best. Harus cuba tidur semalam di sini jika kami ke Langkawi sekali lagi!

Thanks @SultanMuzaffar for the tip


Tuesday 25 September 2012

Serius LOL - Kegunaan Ipad Yang Paling Menghina Apple


My Wife = Genius

Today my wife Miss Mean found a very interesting way to utilise the iPad. I think she is just being creative but for an Applefags what she just did jatuh kedalam kategori menghina kegunaa asal iPad. You be the judge! #LOL. Oh tahukah anda dia tak suka pakai iPad? Dia lagi prefer Galaxy Note dia. I mean..... who is the real Androidfag here? Aku ke Miss Mean? Seriously aku rasa akupun dah terIFAGelised lately.

Serius Cool - Bagaimana Kesan Khas Game of Thrones Dihasillkan


Edukesyenel

Kami minat gila dengan buku dan siri TV Game of Thrones. Hari ini mari lihat bagaimana kesan khas untuk musim kedua dihasilkan. Boleh tahan kesan khas diorang pasal ada yang kami tak sangka CGI sebenarnya CGI. Good job. Valar Dohaeris!

Thanks @MrPiratz for the tips



Serius Cool - Preview Antaramuka Terbaru MySpace : Lawa! (12 Gambar)


Holy nice!

MySpace.. bila kali terakhir anda melog masuk  dan melihat lamam MySpace anda? Kami tak ingat dan mungkin sekitar 2003 kot?  Sejak kehilangan takhta laman sosial no 1 dunia kepada Facebook, MySpace mula menjadi ghost town edisi digital dan nilai sahamnya juga merudum jatuh. Sebab utama MySpace jatuh ialah susun atur laman dan antaramuka yang serabut. Justin Timberlake kemudian melaburkan wang kedalam MySpace dengan cadangan merubahnya menjadi portal music ramai. Ramai yang mengatakan projek Justin Timberlake ini akan gagal kerana posisi Facebook yang sangat utuh. Hari ini kami berjaya melihat beberapa paparan skrin MySpace dengan antaramuka baru. We have to say... damn nice! Ianya seperti sinergi Window Phone dan Tumblr yang digabungkan. Sangat kemas dan plaing penting nampak fresh. Adakah anda akan membuka semula akaun MySpace apabila ia dilancarkan semula? Kamai amat teruja! Nantikan sahaja relaunchnya kelak

Serius Cool - Mari Melawat Daerah Gangnam, Seoul (18 Gambar)


Oh ini la tempatnya?

Gangnam ialah salah satu dari 25 daerah di dalam bandaraya Seoul, Korea Selatan. Gangnam bermaksud "selatan dari sungai" kerana ianya terletak di bahagian Selatan Sungai Han yang merentasi Seoul. Ianya haya seluas 39 kilometer persegi tetapi nilai hartanahnya ialah yang tertinggi di Seoul. Harga purata sebuah apartment di Gangnam, ialah sekitar USD 750 000 (RM 2.25 Juta) dan ini bersamaan dengan gaji purata rakyat Korea Selatan selama 18 tahun. Ianya menjadi tempat tinggal pilihan para artis dan ahli politik elit Korea Selatan. Oleh itu ia bersamaan dengan Bangsar di Malaysia. Pejabat besar dua syarikat terbesar Korea Selatan iaitu Samsung dan Hyundai juga terletak disini. Oleh sebab itu juga kawasan Gangnam dipenuhi dengan kedai barangan mewah yang menjadi tarikan hampir 600 000 penduduknya. Pada tahun 2011 kumpulan Girl's Generation dlantik menjadi duta pelancongan daerah Gangna,. Sesuai sangatlah group plastik menjadi duta melancong sambil shopping pakai kredit kad! Itu dia........ now you know what is Gangnam and how it look like!



Serius Indo - Sekolah Buluh Di Bali (19 Gambar)


Cantik!

Green School Ini ialah sebuah sekolah antarbangsa mesra alam yang terletak di Bali. Ianya berbeza dari kebanyakkan sekolah kerana ianya dibina menggunakan buluh. Bangunan sekolah, astaka dan jambatan yang menyambungkan sekolah dibina dari buluh yang di ambil dari kawasan berdekatan. Sistem kelas terbuka juga menurut pengasas Green School merapatkan lagi pelajar dengan alam sekitar mereka. Ini diharapkan akan membuatkan mereka lebih menghargai keindahan alam sekitar yang sedia ada.  Sekolah ini terbuka kepada semua orang tetapi buat masa ini 80% dari 300 orang muridnya adalah terdiri dari expatriat. 20% lagi terdiri dari kanak-kanak tempatan yang diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di sini. Ini adalah kerana yuran tahunan sekolah ini amat mahal iaitu diantara USD 9000 - USD13 000 (RM 27000 - 39 000) untuk satu penggal. Tiada warga Bali yang mampu membayar yuran yang mahal macam ini!



Serius Cool - 7 Isyarat Tangan Yang Boleh Disalah Anggap


Hand Gesture

Selalu kami nampak wanita berhijab tunjuka lambang peace terbalik. Mereka mungkin tak tahu makna "reverse V sign" itu sebenarnya apa. Jadi agak lol juga bila wanita berhijab buat muka cute tapi buat reverse V sign. Di bawah ada 6 lagi isyarat tangan yang membawa mesej menghina.




Serius Genius - Promo Aplikasi Ipad Harian Metro Memang Mengancam (5 Gambar)


Well played Harian Metro!

Kami tak pernah rasa nak download app IPAD Harian Metro sehingga nampak promo di bawah semalam. Well played sir..... dah download dah and enjoice! GERAM!



Serius Shit - Demo Anti Jepun Di China (17 Gambar)


Rageeee.. Innocence of Commie?

Rusuhan besar-besarna anti Jepun sudah berlangsung lebih dari seminggu di seluruh China gara-gara pembelian Kepulauan Senkaku oleh kerajaan Jepun  11 September yang lalu. Kepulauan yang terdiri dari 5 pulau kecil dan 3 tonjolan batu ini dipercayai kaya dengan gas dan petroleum. China membantah tindakan Jepun ini kerana mereka merasakan kepulauan Senkaku (Kepulauan Diaoyu dalam bahasa cina) adalah milik mereka. Kepulauan Senkaku diambil alih oleh Jepun pada tahun 1895. Sebelum itu ia merupakan kepulauan di bawah Dinasti Ming.  Pulau-pulau ini pada awalnya menjadi kilang pemprosesan Ikan. Namun selepas industri ini gagal pulau ini terbiar sehingga 1940an. Selepas perang dunia ke dua ia menjadi milik Amerika Syarikat  dan hanya dikembalikan kepada Jepun pada tahun 1972. Survey yang dilakukan oleh jabatan geologi Amerika pada waktu itulah yang menjumpai deposit petroleum dan gas di kepulauan ini. Senkaku kemudian dijual kepada keluarga Kurihara oleh leluhur bekas pemilik kilang pemprosesan ikan yang bankrap.

Kerajaan Jepun kemudian menyewa kepualuan ini pada harga Yen 25 Juta setahun untuk tujuan ketenteraan. Penjualan pulau ini oleh keluarga Kurihara kepada kerajaan Jepun pada harga Yen 2.05 Billion benar-benar membuatkan rakyat China berang kerana dianggap mencabar kedaulatan wilayah kepunyaan mereka.

Akibat dari tindakan Jepun ini, konsulat Jepun di China menjadi mangsa serangan demo patriot China. Di Beijing dan Shanghai premis perniagaan milik syarikat Jepun diserang penunjuk perasaan. Beberapa ruang pameran Honda dan juga pusat membeli belah AEON rosak dibakar. Paling sadis seorang warga China lumpuh setelah dibelasah yang berang melihat beliau memandu sebuah Honda. Paling LOL kedai milik SAMSUNG juga dibakar kerana them Chinese can't differentiate between Japanese and Koreans. Sementara itu jualan kenderaan Jepun di China jatuh sebanyak 90% semenjak 11 September. Nampaknya patriot-patriot China mempunyai kemarahan yang sangat serius. 


Serius VS - Virus Biologikal Atau Virus Komputer Lebih Berbahaya?


Fight?

Berpakah kemusnahan yang dihasilkan oleh virus biologikal buatan tuhan berbanding virus komputer ciptaan manusia? Mari kita lihat 5 virus terkenal berentap. Siapa kamu rasakan lebih membawa mudarat kepada manusia sejagat?


Monday 24 September 2012

Serius - Sinister : Trailer Filem Seram Shitbrix Minggu Ini


Fuuuuuuuuuuuuuu

Woah.........from the makers of Insidious. Harus tonton

Serius - Bila Ifag Beratur Untuk Mendapatkan Iphone5 (14 Gambar)


Dedikasi

Jumaat lalu telefon pintar iPhone5 akhirnya mula dijual dibeberapa negara seperti USA, Jepun, Australia, UK dan Singapura. Dari laporan kebanyakkan media peminat Apple tegar sudah mula beratur sejak khamis minggu sebelumnya semata-mata mahu menjadi manusia pertam di dunia memiliki iPhone5. Kami tak tahu tentang anda tapi kami tak sanggup beratur selama 8 hari di tepi kedai  dan terdedah kepada hujan dan panas semata-mata mahu membeli sebuah iPhone. Tetapi dari gambar-gambar di bawah anda boleh lihat ada ratusan manusia yang sanggup melakukannya. Ini memang IFag sebenar. Kami pasti Arwah Steve Jobs pasti akan manly tears melihat dedikasi peminat teras tegar syarikat beliau. Di Johor Bahru harga sebuah iPhone5 16 Gigabyte ialah RM 3400. Mahal RM1000 dari harga pasaran. Pergh!


Serius Klasik - Restoran McDonalds Pertama Dunia (10 Gambar)


Permulaan obesiti!

Sekarang sedang musim orang gila membeli Samurai Burger dari McDonalds. Kami tak rasa lagi pasal kami tak ada duit nak makan fastfood. Blogger miskin makan mamak sahaja untuk mengisi perut. Tahukah anda bagaiman rupa restoran McDonalds yang pertama di dunia? 

McDonalds pertama dibina pada Disember 1948 oleh pasangan adik beradik Richard dan Maurice McDonald di San Bernadino California. Pada awalnya McDonalds ialah sebuah diner yang menjual pelbagai makanan tetapi Richard dan Maurice menyedari mereka lebih banyak menjual hamburger, kentang goreng dan milkshake berbanding makanan lain. Mereka mendapat idea untuk membuka restoran yang hanya menyediakan menu yang kecil tetapi dengan servis yang pantas. Maka konsep restoran "makanan segera" pun tercipta dan cara makanan dihasilkan di McDonalds banyak dipengaruhi sistem assembly line kilang pembuatan kereta Ford.  Pada waktu ini maskot McDonalds bukanlah Ronald McDonald tetapi Speedee. 

Kami tak pasti bila restoran McD pertama sekali dibuka di Malaysia. Apa yang pasti restoran McD yang terletak berhampiran Jaya Supermarket, Sekysen 15 Petaling Jaya ialah MCD yang pertama sekali kami pergi. Siap masuk dalam filem Gila Gila Remaja. Good times!

Serius - Dashrath Manjhi : Hero Rakyat Sebenar (6 Gambar)


RESTECPAH!

Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai lambang cinta abadi beliau kepada Mumtaz Mahal. Beribu artisan bertungkus lumus selama 21 tahun bagi menyiapkan monumen yang dibina dari marmar ini. Hari ini mari kita dengar cerita Dashrath Manjhi seorang buruh kasar marhaen yang membina sebuah jalan menembusi bukit bukau sebagai monumen cinta beliau kepada isterinya. Tidak seperti Taj Mahal, jalan yang dibina Dashrath Manjhi ini tidak menjadi tarikan pelancong ke India tetapi fungsinya kepada komuniti sekitar perkampungan Gaya di Bihar jauh lebih signifikan dari tugu Taj Mahal. Tambah menakjubkan beliau membina sendiri jalan ini secara seorang diri.

Kisah bermula pada sekitar 1950an apabila isteri Dashrath Manjhi, Falguni Devi tercedera di dalam sebuah kemalangan. Kerana lokasi kampung yang agak terperuk, tiada hosipital dibina oleh pihak kerajaan untuk penduduk tempatan. Dalam perjalanan ke hospital yang jauh Falguni Devi meninggal dunia. Kecewa dengan kematian isteri beliau yang dirasakan boleh dielakkan, Dashrath meminta kerajaan tempatan untuk membina sebuah jalan menembusi sebuah gunung. Jika jalan ini dibina perjalanan dari perkampungan Gaya ke bandar berhospital berhampiran akan dipendekkan dari 50 kilometer menjadi hanya 10 kilometer.



Kerana penduduk kampung Gaya bukan dari kasta yang tinggi ataupun orang berada, permintaan penduduk tempatan untuk jalan pintas ini dibina tidak diendahkan. Dashrath sudah bosan menunggu dan kerana beliau seorang Hero Rakyat sebenar membina sendiri jalan pintas merentasi gunung dan ganang ini secara sukarela. Ketika beliau memulakan projek ini pada tahun 1959 ramai penduduk yang menganggap Dashrath sudah gila kerana kesedihan kehilangan isterinya. Tetapi 22 tahun kemudian apabila jalan raya sepanjang hampir 1 kilometer dan selebar  16 kaki ini siap dibina Dashrath sekelip mata menjadi hero tempatan.

Pada tahun 2007 beliau meninggal dunia akibat kanser. Beliau diberikan pengkebumian khas penuh penghormatan setaraf pemimpin negara sebagai tanda penghormatan keatas usaha beliau yang tak kenal erti berputus asa. 

Cerita ini sebenarnya agak sadis. Walaupun jalan raya ini sudah siap dipoting merentasi bukit oleh Dashrath semenjak 1982, ianya masih belum terturap sehingga sekarang. All the hard work was done by this dude but the government still can't get off their lazy ass to finish it for the man.

Oleh itu marilah kita berterima kasih kepada kerajaan kerana tak macam kerajaan India........ jalan dibina. Dekat pilihanraya sahaja secara magicjalan raya akan berturap seakan David Blaine. Kain batik yang tak diminta muncul di dalam tangan. Tanah diberikan dan bantuan kewangan turun dari Putrajaya.Tambah menarik di Malaysia kalau tiada jambatan kita bina sungai. #LULZ



Serius Fail - #OhMyMalay : Iklan H&M Yang Hancur Tatabahasa


What?

Kita selalu malu dengan tahap penggunaan Bahasa Inggeris yang dipenuhi dengan kesilapan. Di Blogserius kami ada paparkan kesilapan tatabahasa sebegini sebelum ini. Tetapi hari ini mari kita lihat kesilapan penggunaan Bahasa Malaysia yang juga sangat facepalm. What?

Thanks to @Phuttz for the Twitpic

Serius - KFC dan Carl's JR Menjadi Mangsa Demo Anti Amerika (8 Gambar)


Oh Noes!

Sebuah cawangan restoran KFC dan Carl's Jr (Hardee is Carl's Jr) hancur dimusnahkan peserta demo anti video Innocence of Muslim di Lebanon. Dalam kejadian hujung minggu yang lalu kedua-dua restoran yang berasal dari Amerika Syarikat ini menjadi tempat mereka yang marah Islam dikatakan agama yang ganas melepaskan kemarahan mereka.Sebagai peminat KFC dan Carl's Jr kami haz a sad dengan kemusnahan restoran ini. All those chicken and premium beef burgers gone to waste. Sedap kot Superstar  burger Carl's Jr. Kami di Blogserius menyeru kepada orang Malaysia yang marah supaya jangan menyerap KFC and Carl's Jr. Sila serang kedai tomyam yang menggunakan pelaris otak beruk bomoh siam. Itu lebih bagus dimusnahkan kerana KFC so damn nice. LOL. Tak lama lagi ada Double Down burger!

Serius - Pertandingan Ratu Cantik Penjara Colombia (15)


Ratu tirai besi!

Negara Amerika Latin terkenal dengan obsesi mereka terhadap pertandingan ratu cantik. Setiap tahun apabila pertandingan ratu cantik disiarkan di kaca TV, jumlah penonton paling tinggi  boleh di lihat di negara-negara seperti Brazil, Vanezuela dan Colombia. Obsesi terhadap pertandingan ratu cantik nampaknya tidak terhad kepada wanita. Seperti yang pernah kami paparkan dulu di Nicaragua terdapat pertandingan ratu cantik trangender turut diadakan. Di Columbia kami tak pasti sama ada ratu trangender wujud. Apa yang kami tahu wujud ialah ratu penjara Colombia.

Pertandingan ratu penjara ini diadakan di Penjara El Buen Pastor yang terletak di Bogota. Ianya dianjurkan sempena hari Virgin of Mercedes, santo pembela (patron saint) untuk penjara. Sebanyak sembilan orang banduan menyertai pertandingan ratu cantik tahun ini. Mereka terdiri dari wanita yang menjalani hukuman penjara atas kesalahan menjadi keldai dadah, pencuri dan pembunuh. Tahun ini pertandingan dimenangi oleh Emma Urdinola. Kami tak tahu apakah yang dimenangi oleh beliau, Maybe one month off hard labour and no rapes in the shower for a year. 



Serius Kreatif - Iklan Anti Penderaan Kanak-Kanak Ireland


Ouch..

Iklan in mungkin tidak selesa ditonton tetapi berjaya menyampaikan mesej yang serius. Syabas!




Serius WTF - Tuala Wanita Paling Creepy (3 Gambar)


Why?


Why?......... kenapa perlu ada tuala wanita creepy seperti ini? I cannot brain!

 

Sunday 23 September 2012

Serius Kreatif - Moneygami : Seni Origami Dari Wang Kertas (36 Gambar)


Nice hat sir!

Moneygami ialah seni lipatan origami menggunakan wang kertas. Ianya dicipta oleh Yosuke Hasegawa, seorang artis 3D yang berasal dari Jepun, Moneygami bermula sebagai hobi mainan di masa lapang tetaoi lama kelamaan beliau menghasilkan lebih banyak orginami kepala pemimpin memakai topi dari pelbagai matawang. Idea yang sangat kreatif. Malang baghi kita wang polymer kita tak sesuai untuk moneygami.


Serius - Stas Fedyanin : Model Pakaian Wanita Tetapi Lelaki (12 Gambar)


It's a trap!

Stas Fedyanin ialah seorang lagi model lelaki yang cuba mengukir nama di dalam bidang peragaan wanita. Beliau ialah the Russian version of Andrej Pejic yang kami pernah paparkan memperagakan bra walaupun beliau seorang lelaki! Remaja berumur 16 tahun ini sekali pandang nanmpak macam Kiera Knightley. Nampaknya dunia semakin banyak TARP. Nong Poy approves this


Serius Cute - Emoticon Dalam Dunia Sebenar


Oh ini maknanya...

Kini kami baru tahu apakah makna emoticon yang digunakan oleh budak-budak dalam daily conversation


Serius Cool - Monumen Renaissance Afrika : Monumen Terbesar Di Afrika (12 Gambar)


The Monument to African Renaissance

The Monument to African Renaissance ialah monumen gergasi setinggi 49 meter yang terletak di ibu negara Senegal Dakar. Ianya siap dibina pada tahun 2010, tepat pada ulang tahun ke 50 kemerdekaan Senegal dari negara Perancis, Monumen ini direka oleh arkitek terkenal Senegal Pierre Goudiaby dan merupakan projek mega Presiden Abdoulaye Wade

Pembinaan bermula pada tahun 2006 dan sebuah syarikat dari Korea Utara diberikan kontrak membina monumen ini. Pemilihan syarikat dari Korea Utara ini merupakan permulaan pelbagai kontroversi yang bakal melanda projek ini. Dengan kos pembinaan USD 27 Juta, ramai merasakan pembinaan monumen ini membazir kerana wang ini boleh digunakan untuk projek yang lebih bermanafaat. Gaji purata rakyat Senegal ialah USD 1000 setahun! Kontroversi melanda lagi apabila Presiden Abdoulaye Wade meminta 35% hasil kutipan tiket untuk diri beliau atas alasan idea pembinaan monumen ini ialah "harta intelektual" beliau. Selain daripada itu pembinaan patut gergasi juga dianggap tidak sesuai untuk Senegal dimana 94% rakyatnya beragama Islam. Pihak imans menegaskan patung gergasi tidak menutup aurat ini sangatlah tidak syaria compliant. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails