Sunday 9 December 2012

Serius - Gambar Sekitar Jualan Buku Big Bad Wolf 2012 (19 Gambar)


BOOOOOOOOOOOKS!

Setahun sekali peminat buku Malaysia menantikan jualan buku Big Bad Wolf. Jualan buku tahunan ini menjual jutaan buku pada harga yang tidak masuk akal dengan pengurangan harga sehingga 90% dari harga saranan. Tahun lalu ianya didakan di  MAEPS Serdang dan kami beli beberapa beg plastik buku. Tahun ini jualan Big Bad Wolf diadakan di Mines International Convention Center dan kali ini mereka buat kerja gila dengan dewan pamera dibuka 63 jam tanpa henti. Sebanyak 3 juta buku memnuhi ruangan dewan konvensyen. More books that you possibly can ever read! 

Kerana kami juga gila kami pergi ke Big Bad Wolf pada malam jumaat dan hanya pulang ke rumah pada jam 4 pagi hari keesokannya! Banyak buku telah kami borong tetapi yang paling best ialah bertemu teman-teman yang juga kaki buku. Bagi memudahkan proses memborong kami membawa sebuah troli! Senang gila tak payang nak angkut kotak! Gembira melihat orang ramai berpusu-pusu untuk membeli buku pada harga yang murah. Di bawah ialah antara gambar yang sempat kami ambil. Mari nantikan Big Bad Wolf 2013 pula! 





9 comments:

  1. I see the five songs of ice and fire, hoyeah!!

    ReplyDelete
  2. banyak buku ilmiah kat sini,kalau pergi pesta buku kat PWTC baru masuk 4 minit dah jumpa buku-buku pasal yahudi dan freemason,dajal dan israel,illuminati,konspirasi 11 september,black metal dan gejala negatif anak muda, kadang2 rasa menyampah plak dengan meleis yang taksub dengan buku-buku konspirasi ni dahtu harga nak mahal je rm30++

    semalam aku sempat beli buku pasal singapore,norway,the book of lists football,world cup companion total semua 29 ringgit.kalau beli harga asal mau sampai seratus ringgit

    ReplyDelete
  3. nak pegi tapi tak sempat baca dah jumpa bookfest lain nanti huhu..

    ReplyDelete
  4. mantap gan.....banyak buku banyak ilmu lah..

    ReplyDelete
  5. beli aje dulu, bacanya kendian. Harga dia bapak la melampau murah! Selalu buku art yang aku beli kat Basheer Rm70, skali kat sini Rm15! hardcover lagi.
    Seriously sape yg x dtg memang rugi, tapi dtg beli buku la.

    ReplyDelete
  6. biler la nk bwk troli ada anak dia.

    ReplyDelete
  7. ni blog ko jugak ke Obe?? http://penpatah.blogspot.com/2012/12/serius-gambar-sekitar-jualan-buku-big.html kering ja admin blog ni copy gambar ko.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails