Wednesday 31 October 2012

Serius Cool - Tarian Ketika Mengusung Keranda Di Ghana


Happy Funeral Day!

Di Ghana hari pengkebumian tidak semestinya sedih. Ketika mengusung kerandapun mereka masih boleh menari. 

IN B4 "kenapa diorang fap masa menari?"
IN IN B4 "Bila keranda diusung tidak bercucuran air mata" 




Serius - Lelaki Bosnia Berjalan Kaki 5700 Kilometer Untuk Menunaikan Haji


Jejak Bosnian

Kuota haji di Malaysia hanya sekitar 35 ribu orang. Menurut laporan media baru-baru ini oleh sebab kuota kita yang kecil ini waktu menunggu untuk seorang rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah haji melalui Tabung Haji ialah sekitar 25-30 tahun. Jika anda ada niat nak menunaikan rukun Islam yang kelima ini silalah buka akaun Tabung Haji mulai sekarang supaya hajat dihati akan tertunai.

Hari ini mari kita dengar cerita Senad Hadzic (47) yang berjalan kaki dari rumah beliau di Utara Bosnia ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji tahun ini. Beliau memulakan perjalanan dari bandar Banovici Bosnia Disember tahun lalu. Sepanjang perjalanan sejauh 5700 kilometer ini beliau merentasi Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan.



Secara purata Senad berjalan sejauh 25 kilometer sehari. Menurut Senad dalam perjalanan beliau yang sungguh epik ini beliau tersentuh dengan pelbagai gelagat manusia. Di Serbia seorang Professor beragama Kristian mempelawa Senad untuk tidur di rumah beliau. Di Turki pula beliau terpaksa menunggu selama 20 hari untuk merentasi jambatan yang merentasi Selat Bosphorus kerana jambatan ini tidak membenarkan pejalan kaki merentasinya. Beliau juga merentasi Syria yang sedang bergolak dan sekalipun tidak dihalang pihak tentera Syria maupun pejuang kebebasan.

Senad juga berkata ramai insan yang simpati dan mahu membelikan beliau tiket kapal terbang untuk terus ke Mekah tetapi beliau menolak. Menurut Senad, beliau didatangani Allah yang menyeru beliau menunaikan haji dengan berjalan kaki di dalam sebuah mimpi. Apabila ditemu bual tentang kenapa beliau sanggup melakukan perjalanan yang sukar ini Senad menjawab;

"Saya berjalan atas nama Allah, untuk Islam, Bosnia , orang tua saya dan adik saya"

You gotta respect this dude. Sanggup berjalan kaki beribu kilometer untuk memenuhi kehendak agama. Anda bagaimana pula? 

Semoga usaha Senad Hadzic mendapat keredhaan Allah dan beliau mendapat Haji yang mabrur.,

IN B4 "sesat! mana boleh Allah datang melalui mimpi! ini semua bohong"


 Laporan asal BBC


Serius Khidmat Masyarakat - Senarai Skim Pelaburan Yang Diharamkan Bank Negara (84 Syarikat)


Sila educate your ass!

Sejak dua menjak ini banyak pula kami dengar syarikat pelaburan diserbu pihak Bank Negara kerana tidak mempunyai lesen atau terdapat elemen yang menyangsikan. Jika anda ingin melabur pastikan wang anda dilaburkan di dalam syarikat yang berlesan supaya tidak menyesal di masa hapadan. Di bawah ialah senarai nama-nama syarikat pelaburan yang menyebabkan pelaburnya LEBUR. Jangan jadi mangsa penipuan. Baca list di bawah sebelum menangis di kemudian hari.

Thanks @ErinAdlina for this helpful link


Serius - Sekitar Festival Vegetarian Phuket 2012 (15 Gambar NSFW)


Menakutkan juga

Pesta Vegetarian Phuket tahun berlangsung antara 14 Oktober sehingga 24 Oktober yang lalu.  Sambutan ini bermula pada tahun 1825 apabila sebuah kumpulam Opera Cina jatuh sakit selepas tiba di Phuket. Mereka datang ke Phuket untuk membuat persembahan kepada komuniti berbangsa Cina disini. Selepas sakit mereka kesemuanya mengamalkan diet vegetarian mengikut Dewaraja Kiew Ong Tai Teh dan Yok Ong Sone Teh. Hasilnya kesemua ahli opera ini pulih. Adalah dipercayai mereka semua kembali sihat atas ehsan dua orang Dewaraja ini. Penduduk Phuket mula mengamalkan upacara ini secara tahunan bagi memperingati jasa baik Dewaraja mereka.

Peserta pesta ini akan berhenti memakan daging 3 hari sebelum ianya bermula. Pada hari pesta pelbagai objek yang lolwut akan dicocok pada tubuh mereka terutamanya bahagian pipi. Ada yang letak pisau, basikal dan ada juga letak pistol! Para peserta mejadi khayal dan mengaku tidak merasa sakit ketika tubuh ditikam kerana percaya roh dewaraja akan menghalang diri mereka dari merasainya. Dibawah ada set gambar yang agak NSFW dan ngeri. So kalau tak suka gambar self mutilation jangan klik link berita penuh


On a side note I suddenly have the urge to eat some KEBABS. Yums!

Photos by REUTERS



Serius - Kereta Perisai Buatan Sendiri Kartel Dadah Mexico (16 Gambar)


Pablo McGuyverito

Kartel dadah di Mexico mempunyai tentera mereka sendiri bagi menentang pihak berkuasa dan juga kartel dadah yang lain yang cuba menyaningi mereka. Sungguhpun mereka mempunyai wang yang banyak mereka tidak mampu memdapatkan kelengkapan kereta perisai tentera. Oleh sebab itu mereka terpaksa menghasilkan kereta perisai mereka sendiri menggunakan kenderaan awam, yang sedia ada. Ada yang melakukan pengubahsuaikan mudah dengan meletakkan armored cabin and cargo hold.Ada yang diubah secara menyeluruh dengan keseluruhan lori diletakkan besi kalis senjata api. At the end of the day....... lori kawan Antonio Banderas dalam DESPERADOS jugak yang paling cool. This is fact. That chibi lorry is damn awesome.



Serius LOL - Permainan Komputer Ganas Yang LULZY


Ahaha..

Kadang kala permainan komputer yang bodoh pun boleh memberikan kepuasan berjam lamanya...




Serius Cool - Google Nexus 4 : Telefon Pintar Berkuasa Mampu Milik (10 Gambar)


Nexus 4

Nexus 4 ialah peranti pintar generasi ketiga dari keluarga Nexus. Ianya penaiktarafan dari Galaxy Nexus yang dikeluarkan setahun lalu. Kali ini ia diperkasakan dengan pemproses 1.5 Ghz empat teras, kamera 8 megapixel dan RAMsebesar 2 Gigabyte. Terdapat 2 versi Nexus 4 dengan storan sebesar 8 atau 16 Gigabyte. Sokongan kad SD sekali lagi tidak disertakan. Dari segi skrin ianya sebesar 4.7 inci. Harga jualan bermula dari USD 299 (RM 900) untuk versi 8 Gb dan USD 345 (Rm 1050) untik 16 Gb. Ini membuatkan Nexus 4 menjadi telefon pintar Android berkuasa tinggi yang paling murah harganya.


Serius Fakta - Fakta Aneh Kematian Di Dalam Tandas


Toilet Death..

Kematian di dalam tandas sebenarnya berlaku lebih kerap dari yang anda sangak. Jadi ketika berka sila serius supaya anda tidak mati di dalam tandas


Tuesday 30 October 2012

Serius WTF - Upacara Penyerahan Lembu Oleh PAS Yang WTF


HAHAHAHAH

Ini.....ini original gila siak. Tak pernah dibuat orang sebelum ini! PAS is full of LULZ!

Thanks @Fadzlie for the tip

Serius LOL - Parodi Avengers : The DENDAMERS


LULZ!

Parodi yang maybe dah slow but still good fun. 

Thanks @Bongkerz for the link



Serius Cool - Sekolah Tadika Yang Ceria Di Paris (8 Gambar)


Ecole Maternell

Di Malaysia tadika biasanya ialah rumah di taman perumahan yang diubah suai. Untuk memberikan kelainan dinding tadika di Malaysia diconteng dengan warna terang dan karakter kartun yang dilukis dengan huduh. Mickey Mouse telinga besar sebelah dan Doraemon mata crazy eyes. I tell ya kids, I am scared of the kindergardens in Malaysia coz they look like crazy houses. 

So anyways di Perancis tadika mereka lebih stylo dan ceria. Ini ialah sebuah tadika yang terletak di Rue De Javelo Paris. Bangunannya nampak ceria tanpa perlu lukisan watak kartun yang bangang. Tingkap berbentuk kotaknya pula merupakan kubikel kecil yang menjadi tempat si kecil bermain. Sangat comel. Mohon kerajaan akan menghasilkan Tadika Cantik 1 Malaysia. Tadika dinding conteng-conteng adalah menjengkelkan. Plus... let's be honest. How many kids these days watch Mickey Mouse or Doraemon? They like Spongebob now. 


Serius Fail - #OhMyMalays : Typo Terbaik Hari Ini


LULZ!

1Malaysia for the win...................kami diberitahu papan tanda ini terletak di Balai Polis Rawang. Mohon pihak polis menukar papan tanda ini segera sebelum ada orang kata "polis bodoh tak tahu mengeja macam Obebabi"

Thanks @Akmalulhakim



Serius Cool - Kasut Tinggi Diperbuat Daripada Kayu (10 Gambar)


Kesakitan melampau

Kasut unik yang anda lihat di bawah direka oleh Cat Potter, seorang pereka kasut yang berasal dari London England. Blok kayu diukir mengikut bentuk kaki manusia menggunakan mesin CnC. Dari luar kasut ini kelihatan seperti blok kayu. Tidak seperti kasut biasa, kasut ini "diikat" kepada kaki pemakai menggunakan engsel. Sangat cool tetapi kami pasti ini bukanlah kasut yang selesa untuk dipakai ketika berjalan.




Serius Cool - Stadium Nasional Singapura Dengan Kubah Terbesar Dunia (13 Gambar)


Kallang roar is back!

Pembinaan hub sukan Singapura tertangguh sejak beberapa tahun akibat kegawatan ekonomi dunia. Projek yang menelan belanja SGD 1.03 (RM 3.33 Billion) ini disambung semula dan dijangka siap pada tahun 2015. Di tengah-tengah hub sukan Singapura ini ialah Stadium Nasional Singapura yang baru. Ia mempunyai kapasiti 55 000 orang penonton. Stadium ini akan menjadi struktur berkubah terbesar dunia dengan atap yang boleh dibuka sepanjang sepanjang 20 000 meter persegi. Disamping Stadium Nasional, hub sukan ini akan menempatkan pusat akuatik dan sebuah stadium tertutup. 

Akhirnya Singapura akan mempunyai stadium nasionalnya semula dan kita bakal mendengar kembalinya sorakan Kallang yang terkenal suatu masa dahulu.


Serius Cool - Trailer Call of Duty Black OPS 2


Nice!

Oh yeah....... tak sabar menantikan kemunculannya! Nice cameo by Robert Downey!



Serius WTF - Karenah Putera Saudi Yang Memalukan


Untunglah kaya

Apparently gambar dibawah ialah gambar putera Saudi yang menunggang orang gaji ketika bermain permainan video. Nasib baik di Malaysia putera-putera kita berperangai baik belaka tak macam Putera Badr ibni Abdullah ini. Sesungguhnya Malaysia  dan Melayu paling layak menjadi penjaga masjid utama.#BloggingMacamPerkasa

Thanks @FemMuzammil for the tip


Serius Mashup - Jika Pelakon Lelaki Popular Adalah Pelakon Wanita (7 Gambar)


Senggama Minda

Apakah terjadi jika pelakon lelaki kegermaran anda adalah seorang wanita? Inilah hasil kerja pengguna laman sesawang Worth1000 . Sangat lulz dan menyenggama minda. Nicholas Cage edisi awek comel sangat LULWAT

IN B4 Rozita Chef Wan



Monday 29 October 2012

Serius Cool - Evolusi Kota Mekah Ketika Musim Haji (14 Gambar)


Menarik!

 Selamat Hari Raya Haji kepada semua pembaca Blogserius beragama Islam. Hari ini mari kita melihat gambar-gambar menarik kota Mekah ketika musim haji. Jelas kelihatan jumlah jemaah semakin meningkat setiap tahun. Pembangunan kota Mekah juga sangat



Serius Cool - Pusat Data Gergasi Milik Facebook (9 Gambar)


Mukabuku.........

Semua laman web mempunyai pengkalan data mereka sendiri. Blogserius sangat cheapskate dan kami gunakan khidmat Blogger Google sahaja.  Yes we are so damn poor we don't even have money to have our own servers. Laman sesawang media sosial Facebook tak macam kami. Mereka kaya dan mempunyyai pusat data gergasi di Pinewood Oregon sebesar 10,00 meter persegi. Disinilah kesemua gambar duckface dan bayi anda yang no one give a crap disimpan.



Serius Cool - Casing Anti Rogol Untuk Iphone (6 Gambar)


Sembur-Sembur!

Spraytect ialah casing untuk telefon pintar iPhone yang menggambungkan keselamatan telefon anda dan keselamatan diri anda sendiri terutamanya jika anda seorang wanita. Casing ini boleh digunakan untuk menghalang diri anda dari dirogol dengan spray lada hitam terbinda dalam. Anda boleh membeli casing ini pada harga USD 39 sebuah di SprayTect


Serius - Visa Infinite : Kad Kredit Emas Bertatahkan Permata


Hnhghhhhhh


Bagaimanakah bank menghargai pelanggan mereka? Ada yang menghadiahkan kereta dan telefon pintar. Ada juga yang memberikan jongkong meas kepada pelanggan mereka yang setia.
Sberbank dari Kazakhstan menghadiahkan 100 pelanggan paling setia mereka dengan kad kredit Visa Infinite ayng diperbuat dari emas dan bertatahkan 26 permata berjumlah 0.17 karat. Antara kelebihan kad kredit ini ialah had kredit tanpa batasan, pertolongan insuran dan guaman peribadi dimana sahaja di dunia. Ianya diberikan kepada pelanggan mereka yang paling kaya dan menjadi simbol status elitis mereka di muka bumi. Kad kredit Visa Infiniite ini ialah kad kredit emas dan permata pertama dunia dan jika anda mendambakannya silalah melawat negara kelaharian Borat Sagdiyev. Chinkuye Jagjamesh happy time!



Laporan asal
Extravaganzi

Serius Bodoh - Kisah Pencuri Identiti Paling Bangang Di Dunia


Identity Theft for the failz!

Kes kecurian identiti di USA adalah sangat serius berbanding di Malaysia. Di Malaysia kita mungkin rasa pengunaan MyKad sangat annoying kerana jari kena scan dan MyKad harus dibaca sebelum identiti anda disahkan. Di USA kecurian identiti menyebabkan kerugian berjuta dollar setiap tahun. 

Hari ini mari kita tengok kisah pencuri identiti paling LULZY yang berlaku di Des Moines Iowa. Joshua Pinney (30) cuba menggunakan kad debit yang  dicuri bagi mendapatkan wang dari sebuah cawangan Bank of America. Kad debit ini dicuri dari tuannya bersama keretanya beberapa hari sebelum itu. Pemilik kad sudahpun memaklumkan kecurian kad milik beliau kepada ban awal-awal lagi pihak bank sudah menelefon polis untuk menangkap Joshua.

Ketika ditangkap Joshua menggunakan "kostum" di bawah untuk memberikan beliau rupa seakan pemilik kad sebenar. Kostum Joshua ialah kostum yang cuba memberikan ilusi beliau ialah pemilik asal kad yang cedera selepas kenderaanya dicuri. Super fail kerana nampak macam kostum Halloween murahan! LULZ! Jadi adik-adik kalau ingin mencuri identiti pastikan kostum anda realistik dan tak macam make up Nasir Bilal Khan dalam siri Tanah Kubur Rashid Sibir!


Laporan asal asal DesMoinesNews


Sunday 28 October 2012

Serius Cute- Gambar Dato Seri Najib Yang Paling Kawaii


Kawaiii......

Desu desu desu....... 1Desu Kawa11jib!

Serius Hot - Katy Perry (6 Gambar)


Hot!

For once Katy Perry nampak macam manusia cantik instead of kartun...


Serius LOL - Apabila Permainan Video Mempunyai Pepijat Yang LULZ


We love bugs!

Ini ialah video dari permainan komputer SKATE3 yang mempunyai banyak bug (pepijat) di dalamnya. Hasilnya ialah koleksi video yang kelakar dan melanggar hukum fizik normal

Thanks @SyafiqNawi for the leulz 



Serius Cool - Rumah UFO Naomi Campbell (13 Gambar)


UFO Bumi

Billionwan terkenal Russia Vladislav Doronin mengarahkan firma terkenal Zaha Hadid untuk membina rumah UFO di bawah untuk teman wanita beliau Naomi Campbell. Rumah unik umpama UFO ini terletak di Barvikha, Moscow dan mempunyai keluasan 2650 meter persegi. Ruang tidurnya teletak di dalam menara setinggi 22 meter yang kelihatan seperti sebuah periskop. 



Serius Cool - Pagani Hyurra - Tuhan Angin Inca (21 Gambar)


Kereta mewah.

Pagani Hyuura ialah sebuah lagi kereta mewah yang tak mampu kita miliki. Ianya dijual pada harga USD 1.2 Juta (RM 3.6 juta) sebuah dan hanya 40 "Wai-Rah" akan dibina. Ia mengambil nama tuhan angin masyarakat Inca iaitu Huayra-tata. Pagani Hyuura dibina menggunakan gentian karbon untuk memastikan kereta ini mempunyai berat yang paling minimum. Ia diperkasakan dengan enjin V12 6 Liter 720 kuasa kuda yang membenarkan kenderaan ini memecut sehingga 370 kilometer sejam


Saturday 27 October 2012

Serius Kreatif - Jika Peranti Harian Anda Mempunyai Anatomi Biologikal (12 Gambar)


Carbon based lifeform!

Karya peranti harian yang mempunyai anatomi haiwan biologikal pernah kami paparkan suatu masa dahulu. Dahulu kami paparkan pengawal PS3 dan Xbox, hari ini mari kita lihat beberapa lagi karya Mads Pietersen ini. Sangat kreatif!


Serius Cool - Apartmen Terkecil Di Sweden (7 Gambar)


Kecil-kecil cili padi


Ini ialah apartmen terkecil di Lund, Sweden. Ianya hanya sebesar 12 meter persegi  (130 kaki persegi) dan dipenuhi dengan segala keperluan apartmen bersaiz normal. Sungguhpun ianya kecil sewa bulanannya tidak kecil langsung iaitu USD 370 (RM 1170) sebulan!


Serius LOL - Trailer Ikhlas Paranormal Activity


ZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Serius Cool - Arca Zombie Menggunakan Labu (8 Gambar)


Cool!

Sempena Halloween tahun ini, pengukir labu terkenal dunia Ray Villafane menghasilkan arca Zombie berskala sebenar dengan menggunakan 3 labu gergasi. Groovy! Sebelum ini ada kami paparkan arca gergasi pasir yang dihasilkan oleh Ray Villafane juga. This guy is truly talented!



Serius Cool - Bra Terbesar Dunia Untuk Kutipan Kanser Payudara (8 Gambar)


Untuk badan amal kanser payudara

Apa yang anda lihat di bawah ialah bra terbesar di dunia sebesar 29.6 meter dan seberat  90 kilogram.  Lebar setiap cup pula ialah 7 x 2.5 meter. Bra ini dihasilkan bagi membuat kutipan amal kanser payudara di United Kingdom. Ianya kini dilelong di laman Ebay. Jika anda mahu memiliki bra gergasi ini silalah letakaan bidaan anda disini

Friday 26 October 2012

Serius Sadis - Video Cikgu Tadika Yang Tak Berhati Perut


Dayyum!

Kesian bebudak sekolah tadika di China ini. Cikgunya kejam dan macam Gestapo. Cikgu ini dikatakan menampar dan menendang anak muridnya sebanyak 120 kali dalam masa setengah jam!

Serius Konsep - Masjid Pantai Saadiyat Abu Dhabi (10 Gambar)


Lagi masjid kontemporari

Ini ialah konsep Masjid Pantai Saadiyat yang terletak di Abu Dhabi. Kubahnya masuk kedalam ruang solat dan bukannya ke atas seperti masjid biasa. Masjid ini dibina di atas platform setinggi 5 tingkat bagi melambangkan rukun Islam lima perkara. Ianya rekaan firma BEAD yang berpengkalan di UAE. 


Serius Cool - Gambar Masjidil Haram Ketika Musim Haji Yang Menakjubkan


Literally "ramainya umat"

Wah sunguh menarik gambar dibawah. Puluhan ribu ubat islam di dalam ihram menunaikan solat di Masjidil Haram. Selamat Hari Raya Haji kepada pembaca Blogserius beragama Islam. 


Laporan asal Tweet  Ali_j786

Serius Indo - "Gerai Tangga" Di Jakarta (12 Gambar)


Nak rezeki halal!

Di Pusat Konvensyen Jakarta anda boleh melihat "gerai tangga" seperti di bawah. Gerai tangga ini dimiliki peniaga miskin yang tidak mampu menyewa ruang perniagan di dalam Pusat Konvensyen Jakarta yang terlalu mahal. Maka mereka menggunakan otak geliga mereka untuk berniaga dari atas tangga yang kemudia disandarkan pada pagar yang mengelilingi PKJ. Peniaga miskin ini menjual makanan dan minuman pada harga yang murah dan mampu dibeli oleh pekerja PKJ yang juga berpendapatan rendah. Pekerja PKJ membeli makananan dan minuman dari gerai tangga ini kerana makanan yang dijual di PKJ mahal nak mampos. I have to admire the survival instinct of these small traders. Inilah namanya necessity is the mother of invention. Jadi tak hairan di Malaysia orang Indo bijak berniaga. Bandingakn dengan negara asal mereka Malaysia banyak kemudahannya


?

Serius LOL - Aidil Adha Yang Malang Untuk Dato Shahrizat Jalil


LMAO!

Inilah terjadi apabila pereka kain rentang tak sensitif dengan seni rekaletak dan rekataip. Either that or ada orang yang saja nak membahan Dato Shahrizat NFC

Thanks @ajikxmulong for the lulz

Serius LOL - Shit Android Users Say


Mari membahan Androidfags pula

Kena adil. Kami asik bahan pengguna Apple sahaja sebelum ini. Time to make fun of pengguna Android pula!



Serius Cool - Blastolene Special : Kereta Berenjin Kereta Kebal (14 Gambar)


Holy Crap!

Blastolene Special ialah sebuah kereta custom yang dibina oleh Randy Grubb pada tahun 2001. Ia menggunakan sebuah enjin kereta kebal M47 Patton yang menghasilkan 810 kuasa kuda. Kereta seberat 4300 kg ini menggunakan transmisi bas dan kelihatan sangat unik. Ianya kemudia dibeli oleh hos rancangan TV Amerika Jay Leno yang kemudiannya melakukan beberapa modifikasi seperti menaikkan kemampuan enjin kepada 1600 kuasa kuda. Untuk memiliki kereta ini tidal murah kerana penggunaan minyaknya yang melampau iaitu sekitar  2 liter petrol untuk setiap kilometer perjalanan! Fuu!



Serius Cool - Seni Miniatur Menggunakan Kadbod (8 Gambar)


Respek

Kami di Blogserius gemarkan seni miniatur kerana ketika masih muda remaja dan tidak mempunyai  ari-ari dahulu kami gemar membina model miniatur pesawat pejuang Tamiya dan Hasegawa. Berjam-jam kami habiskan mengecat pesawat pejuang kami. Ianya hobi yang memerlukan kesabaran total. Di Australia. Daniel Agdag juga seorang yang minat membina miniatur. Berbezanya antara kami dan Daniel ialah beliau kini menjadi seorang pembikin filem stop motion dan miniatur binaan beliau sangat terperinci. Lebih menakjubkan model beliau yang terperinci ini dibina menggunakan hanya kadbod. Beliau baru-baru ini mengadakan pameran hasil kerja beliau bertajuk "Sets for A Filem I'll Never Make". Sangat impresif!


Thursday 25 October 2012

Serius Cool - Pejabat Lengkap Di Dalam Trunk Baju (5 Gambar)


Pejabat Mudah Simpan

Di Malaysia kita jarang melihat orang ramai menggunakan TRUNK untuk meletakkan baju ketika melancong tetapi pasa suatu masa dahulu trunk digunakan oleh orang ramai kerana ianya tahan lasak. Ketika dibawa menaiki kapal laut ataupun keretapi trunk yang keras dapat memastikan kandungan di dalamnya selamat. Dalam filem Harry Potter setiap awal semester kita boleh lihat Harry memasukkan barangan beliau sebelum bergerak ke Hogswarth.

 Jika anda seorang yang sukakan barangan vintej yang diberikan sentuhan model Secretary Trunk di bawah semestinya sesuatu yang anda mahu. Basically sebuah "pejabat" diisikan ke dalam sebuah trunk lama dan hasilnya sangat classy. Bila tidak digunakan komputer dan peralatan pejabat tadi boleh disimpan dengan kemas. Sangat cool. Rumah kami kecil maka idea ini akan kami guna pakai untuk ruang pejabat kondo kami kelak!


Serius LOl - Video Mengenai Chopstick Yang Informatif Tetapi LULZ


Japan!

Jepun memang pandai mengjadikan subjek bosan seperti chopstick menjadi menarik! Syabas!




Serius LOL - Status Facebook Berkenaan Raya Korban Paling LULZ


Singapore!

Hahahahahha............. butthurt!

Terima kasih kepada @safwe999 untuk lulz


 
Laporan asal Facebook

Serius Kreatif - Pokemon Edisi Realistik (10 Gambar)


Cantik!

Beribut ialah siri lukisan Pokemon edisi realistik yang dihasilkan oleh RJ Palmer. Kini kami berharap ada pelukis Malaysia akan menghasilkan anak-anak Sidek dan KeluangMan edisi realistik. Please do it kids!



Serius Cool - Pengering Rambut Berbentuk Pistol (8 Gambar)


Are you feeling frizzy punk?

Ini ialah sebuah pengering rambut yang direka untuk kelihatan seperti sebuah pistol 357 Magnum. Ketika menggunakannya anda akan kelihatan seperti Kurt Kobain sebelum membunuh diri. Ok ok... I know Cobain killed himself with a shotgun but you know what I mean? What you don't? Ok let me rephrase that. While using this hairdryer you will look like Christopher Walken in Deer Hunter? Puas hati? Jika berminat anda boleh membelinya di laman ETSY disini


Serius Cool - IMAC 2012 : Desktop Seksi Sebenar (11 Gambar)


Dayyum!

Kami bukan peminat komputer Apple kerana to be honest kami tak suka menggunakan Macintosh. Dari kolej lagi Macintosh menyebabkan kami sakit otak dengan kebangangannya. Having said that IMAC 2012 yang diperlihatkan beberpara hari yang lalu ialah komputer desktop paling seksi yang pernah kami lihat mengalahkan desktop Acer 7600U yang kami paparkan dahulu. Apple mengatakan iMac generasi terbaru ini 40% lebih kecil isipadunya. Disamping itu untuk model 27" ia menyokong resolusi Retina. Harga jualan bermula dari USD 1299 untuk versi  i5 21.5" dan USD 1999 untuk vrsi i5 27". Kami takde duit so kami tak akan beli. For the same price boleh dapat PC i7 dengan dua monitor besar!



Serius LOL - Video Debat Sebenar!


Genius!

At the end of the day debates are like arguing babies. Pointless and cute for a while before you finally get bored out of your mind. Kan? Kan?


Serius Konsep - Dek Observasi Boleh Bergerak Di Stesen Grand Central New York (12 Gambar)


Awesome UFO!

Febuari tahun hadapan Stesen Grand Central New York akan menyambut ulang tahunnya yang ke-100. Anda pasti pernah melihat bangunan ikonik ini di dalam filem The Avengers, I Am Legend dan Pearl Harbor. Ketika dibina 100 tahun dahulu ianya direka untuk menampung 75 000 penumpang sehari tetapi kini ia menampung sehingga sejuta penumpang. Oleh itu pembangunan semula stesen ini akan dilakukan bagi memastikan ianya kekal releven dan mampu menampung pertambahan penumpang untuk abad yang akan datang. 

Firma arkitek SOM ialah antara firma yang menghantar konsep pembangunan semula Grand Central Station dan rekaan mereka sangat full of win. Ianya terdiri dari dua bangunan pencakar langit dengan sebuah dek observasi gergasi berbentuk bulatan menyambungkannya. Dek ini boleh bergerak ke atas dan kebawah disamping memberikan pemandangan 360 darjah New York. Skrin kaca dek observasi ini juga mempunyai teknologi sesentuh yang membenarkan pengunjung mendapatkan maklumat tentang New York. Ini semestinya antara konsep bangunan paling unik yang pernah kami paparkan. 



Serius - Lelaki Khayal Dadah Makan Jari Sendiri


Oh my gawd!

Lately di USA banyak kes manusia menjadi Zombie ketika khayal akibat pengambilan dadah. Anda tentu masih ingat kes lelaki memakan muka seorang gelandangan setelah mengambil dadah yang diberi nama Bath Salt. Yeah..... aku ingatkan Bath Salt memang sabun garam untuk mandian tetapi rupanya ianya dadah psikotik terbaru yang mempunyai kesan seakan kokain dan amfetamin. Hari ini kita ada satu lagi kisah seorang penagih yang menjadi "zombie" dan memakan jari sendiri kerana terlalu khayal. Jargget Washington (29) dari New Jersey ditahan pihak polis setelah mereka meneriam aduan orang ramai tentang kelibat seorang lelaki bogel yang cuba mencuri kereta. Ketika ditahan Jargget baru sahaja gagal mencuri sebuah kereta yang dipandu di atas jalan raya. Selepas ditahan beliau dimasukkan ke dalam kereta peronda. This is where things get pretty crayyyyy

Polis kemudian membawa beliau ke hospital untuk menerima mengenalpasti sama ada beliau mempunya masalah mental. Sampai di hospital Jargget menjadi semakin agresif dan mula meludah pegawai polis yang menahannya. Beliau juga mula menggigit pergelangan tangannya sendiri untuk melepaskan diri dari digari. Melihat tingkah laku Jargget yang semakin agresif polis meletakkan beliau semula kedalam kereta peronda. Jargget kemudian membuang air besar di dalam kereta peronda sebelum membalingnya ke arah polis. Kemudia kerana terlalu high beliau menggigit, mengunyah sebelum menelan jari tangan beliau sendiri. 

At the end of the day beliau dimasukkan semula ke dalam hospital untuk menerima rawatan. Para doktor mengesahkan beliau khayal dengan dadah PCP. Laporan media tidak pula memberitahu sama ada jari yang digigit beliau dapat disambungkan semula.


Laporan asal HuffPo

Wednesday 24 October 2012

Serius Cool - Taman Air Mini Di One Utama New Wing (8 Gambar)


Fun!

Tahukah anda di new wing One Utama terdapat sebuah taman air mini? Ianya mungkin tidak sebesar Sunway Lagoon tetapi jika anda mahukan tempat rehat sementara yang membolehkan anak anda go crazy inilah tempatnya. Ianya terletak di lower ground floor berhampiran KFC dan McDonalds. Taman air mini siap ada empat meriam air yang boleh ditembak mengikut kesukaan anda. Silalah ke sini kalau bosan-bosan.



Serius VS : Bintang Gusti WWE 90an - Dulu vs Sekarang (13 Gambar)


Memori

Banyak wrestler yang terkenal era 90-an sudah bersara. Ramai yang bersara kerana kecederaan teruk. Lex Luger contohnya bersara selepas serangan angin ahmar. Razor Ramon juga mengalami serangan jantung kerana penyalahgunaan steroids, dadah dan alkohol. The Giant Kamala diserang diabetes dan kehilangan dua belah kaki. Banyak lah cerita horro!


Serius Cool - Trailer Pertama Iron Man 3 Diperlihatkan


You like?




Serius Cool - Patung Aksi Luke Skywalker Super Realistik (11 Gambar)


Nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!

Oh shiat..... patung aksi Luke Skywalker terkini dari Hot Toys sangat godlike. Memang kelihatan seperti mini Mark Hamill. Patung aksi skala 1:6 ini didatangi dengan dua set kepala, diorama antenna Cloud City, tangan boleh putus, senjata lighsaber, blaster dan kepala Luke didalam topeng Darth Vader. Do want! Setakat ini tidak diketahui berapakah harga pasaran kerana ini figura jumlah terhad!



Serius Sadis - Gadis Berjanggut Kerana Kesan Sampingan Ubat Di China (9 Gambar)


Fuuuuuuuuuu manly!

Nana (16) seorang remaja yang berasal dari China mengalami kesan sampingan yang sangat sadis. Tubuh beliau mula dipenuhi bula dan muka beliau pula berjambang seperti lelaki manly. Semua ini adalah kerana kesan sampingan mengambil ubat-ubatan bagi merawat penyakit Aplastik Anemia. Nana mula dirawat untuk penyakit ini sejak 2010 dan bulu mula tumbuh sejak hari itu. Beliau kini sudah dua tahun tidak bersekolah kerana malu diejek rakan sekolah. Apabila keluar dari rumah beliau memakai topeng mulut bagi menyembunyikan janggut dan kumis pada muka beliau. Sadis! 

Tahukah anda masalah bulu berlebihan pada seseorang wanita sebenarnya bukanlah perkara ganjil. Dianggarkan 8% wanita seluruh dunia mepunyai masalah "berbulu" yang dipangil HIRSUTISM ini. Masalah ini timbul kerana kewujduan hormon lelaki yang tinggi di dalam tubuh mereka.

Serius Cool - Kelab Malam Di Dalam Bunker Nuklear Di Russia (11 Gambar)


In Soviet Russia

Kelab malam biasanya mempunyai tema futuristik supaya bertepatan dengan lagu yang sering berkumandang di dalamnya. Di Russia ada sebuah kelab malam yang bertemakan zaman Soviet. Tema ini dipilih kerana kelan malam ini dibina di dalam sebuah bekas bunker serangan nuklear ketika Perang Dingin diantara blok Timur dan Barat. Bunker ini dibina sekitar 1950an dan digunakan sehingga 1986. Selepas itu ianya ditinggalkan sebelum dijual kepada orang awam selepas kejatuhan kerajaan Soviet. 

Kelab malam dibina pada sebahagian bunker tetapi pada bahagian lain sebuah muzium juga dibina bagi mengingatkan generasi masa hadapan bagaimanakah rupa kehidupan seharian penghuni bunker ini suatu ketika dahulu. Bahagian lain pula ditutup dari orang awam kerana tidak mahu mereka tersesat. Konsep bunker diubah menjadi kelan malam bukanlah perkara baru. Sebelum ini ada kami paparkan bunker yang juga diubah menjadi kelan malam di China.

Di Malaysia ada beberapa bunker bawah tanah zaman Perang Dunia Kedua yang masih wujud. Salah satunya terletak di Muzium Perang Pulau Pinang. Bunker-buker lama ini sangat menyeramkan kerana sejarah masa lampaunya yang hitam. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan terdapat bunker bawah tanah yang menyambungkan Putrajaya ke KLIA. Terowong yang menyambungkan kedua-dua lokasi ini dibina untuk kegunaan kerajaan jika berlaku peperangan. Kami tak pasti sama ini benar ataupun hanya lagenda urban.


Serius Konsep - Lamborghini Perdigón 2015 (13 Gambar)


Nice!

Ini ialah konsep Lamborghini Perdigón 2015 yang dihasilkan oleh Ondrej Jirec, seorang pelajar jurusan rekaan automotif di Art Center College of Design in Pasadena, California. Konsep ini dihasilkan oleh beliau di masa lapang dan bukannya coursework koleh. Sangat menarik. Kami tak tahu air intake di hapadan Lamborghini Perdigón 2015 ini berfungsi sebagai apa tapi ianya kelihatan sangat bontot jahat!



Serius Genius - Mari Gunakan Fizik Untuk Mengelak Kena Saman Polis Malaysia


Einstein!

Siapa kata buang masa belajar fizik? Formula S = ut + 1/2at^2 sangat berguna!

Thanks @mohddanieljamal for the tip



Serius Hot - Andrej Pejic Di Singapura (9 Gambar)


Yay girlydude!

Ini ialah koleksi foto peragaan Andrej Pejic di Singapore Digital Fashion Week yang baru berakhir 2 hari yang lalu. Model lelaki yang memperagakan pakaian wanita ini menjadi model paling terkenal yang dijemput. As usual Andrej looks good. 

Thanks @silyen85 for the tips

IN B4 "ini agenda LBGT SOROS"


Serius Cool - Ipad Mini Akhirnya Diperlihatkan (12 Gambar)


Mini me..

Pagi tadi Apple secara rasminya memperlihatkan iPad Mini. Ianya in all honesty sebuah New iPad (iPad3) yang dikecilkan saiznya dari 10" kepada 7.9". Peranti ini diperkasakan dengan pemproses A5 dan skrin bersolusi 1024 x 768 pixel. Ini bermakna ia mempunyai resolusi yang sama dengan iPad 2. Dari segi rekaan ia mempunyai rekaan bahagian belakang yang menyamai iPhone 5. iPad Mini didatangi dalam dua  warna iaitu putih dan hitam. Storan dalaman pula ialah 16, 32 dan 64 Gigabyte. Ianya akan mula dijual di Amerika Syarikat jumaat minggu hadapan dan harga bermula dari USD 329 (RM 1005) untuk versi WiFi 16 GB dan USD 459 (RM 1400) untuk veris WiFi + 3G 16 Gigabyte. Akhir sekali ianya dilengkapi kamera 5 Megapixel dan kabel lighthing sebagai standard. 

 

Tuesday 23 October 2012

Serius Indo - Rumah Buluh Di Bali (15 Gambar)


Rumah buluh pula

Sebelum ini ada kami paparkan sekolah buluh dan juga rumah anak yatim yang juga diperbuat dari buluh. Hari ini mari kita ke Bali Indonesia untuk melihat Ibuku, sebuah perkampungan yang kesemua rumahnya diperbuat dari buluh yang direka oleh Donna Karan. Di dalam perkampungan Ibuku terdapat 15 rumah yang dieprbuat dari buluh sepenuhnya dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ianya terletak di Sungai Ayung. Bagaimana? Ada berani mempunyai rumah buluh sebegini?

IN B4 "kejap lagi senang je kena maling"


Serius LOL - Cara Keji Mengiklankan Monitor LED


LOL LG!

Aku ini cara keji tetapi efektif untuk menunjukkan betapa realnya paparan skrin LED syarikat anda


Serius Fakta - Sejarah Komprehensif Media Sosial


Sejarah....

Media social kini sangat pervasive. Ramai diantara kita menggunakan laman media social hampir setiap masa. Tapi tahukah anda sejarah media sosial itu sendiri? Sebelum Facebook menjadi juara dan Twitter menghabiskan masa apakah laman social yang ada? Mari kita pelajari sejarahnya!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails