Saturday 30 March 2013

Serius WTF - Ini Ialah Fesyen! (15 Gambar)


WTF

Kami tak paham fesyen. Ini ridikeles!



Serius Cool - Strictly Soulmates : Kesukaran Mencari Pasangan Islam Di UK


Forever Alones

Sungguhpun komuniti muslim di UK agak besar, kerana memilih latar belakang etnik ramai orang islam disana sukar mencari pasangan. Mari lihat bagaiman muslim sejati di UK mencari pasangan hidup. Anda pasti kagum

Serius Cool - Amanjiwo : Hotel Berkonsepkan Chandi Buddha (13 Gambar)


Cool

Jika anda ke Chandi Borobudur, anda mungkin mahu menginap semalam di Hotel Amanjiwo. Hotel mewah yang tereletak di Bukit Magelang, Pengerang ini mempunyai rekabentuk seperti chandi Borobudur mini dan memberikan pemandangan chandi bersejarah ini dari bilik anda. Amonjiwo menawarkan 14 suite persendirian lengkap dengan kolam renang peribadi dan 35 bilik biasa. Harga penginapan semalam adalah diantara USD800 - 3000 (RM 24000 - 9000) tidak termasuk cukai perkhidmatan sebantak 21%. Nama hotel ini mungkin Aman Jiwa tetapi harga yang ditetapkan boleh sakit jiwa jika anda tidak mempunyai poket yang tebal.


Serius Konsep - Xhibitionist : Kapal Layar Berkonsepkan Kereta (10 gambar)


Xhibitionist 

Xhibitionist ialah konsep kapal layar mewah yang dihasilkan oleh Gray's Design. Gray's Design selalunya menghasilkan konsep kereta jadi kali ini mereka mahu melihat apakah terjadi jika sebuah kapal layar mempunyai rekaan seaakan kereta. We kinda like it.


Friday 29 March 2013

Serius Cool - Casing Untuk Samsung Galaxy S4 Oleh XDoria (17 Gambar)


Not bad...

Samsung Galaxy S4 mungkin bukan telefon pintar yang terbaik di pasaran. Tetapi kerana jenama Galaxy sangat popular telefon pintar ini akan terjual pada jumlah yang banyak. Sungguhpun telefon ini hanya akan terjual pada penghujung bulan April, beberapa casing untuk peranti ini sudah mula terjual. XDoria ialah antara syarikat yang sudah mula menjual casing untuk S4. Di bawah ialah beberapa pilihan casing yang boleh anda miliki. Harga jualan setiap casing ialah USD 29.90 (RM 90) sebuah.



Serius Cool - Tiada Alasan Untuk Tidak Solat


Jom solat 

Tadi ada tak yang ponteng solat Jumaat? Tengok bro ni...... cool abis!


Serius - Agbogbloshie : Pusat Kitaran Semula Sampah Elektronik Dunia (15 Gambar)


Sampah elektronik. kitaran semula analog

Agbogbloshie  yang terletak di Ghana ialah pusat kitaran semula sampah elektronik dunia. Hampir kesemua barangan elektronik yang dibuang akan tiba disini dan kemudian dikitar semula secara analog. Dianggarkan 40 000 warga Agbogbloshie bekerja sepenuh masa di pusat pembuangan sampah elektronik di sini. Mereka membakar plastik komputer dan melebur papan litar elektonik untuk mendapatkan logam beharga. Kehidupan pekerja di Agbogbloshie adalah sangat dhaif. Kesemua kerja dilakukan secara manual tanpa memgira kesan sampingan terhadap kesihatan. Tambah mengejutkan kumpulan kongsi gelap membeli cakera keras yang ada bagi mencuri data yang boleh dieksploitasi. Jangan ketawa tetapi Ghana ialah antara negara dalam senarai teratas jenayah atas talian dunia. Jadi sebelum anda membuang peranti elektronik anda, fikir dua kali.



Serius Sadis - Ibu Mati Mengejut : Anak Empat Tahun Kelaparan 5 Hari Sebelum Diselamatkan


Wuuuuuuuwuwuuw

Sadis. sadis. Kes ini berlaku di New Jersey USA. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun ditemui kelaparan setelah polis menerima laporan jiran mengesan bau busuk dari apartmen yang didiaminya. Apabila polis melakukan pemerikasaan, mereka mendapati ibu kepada kanak-kanak ini sudah meninggal dunia selama 5 hari. Ketika diselamatkan anak kecil ini berkata beliau cuba merawat ibu beliau yang tiba-tiba terjatuh dengan menyapu losyen pada kulit ibunya. Tetapi usaha anak kecil ini tidak berjaya dan si ibu kemudian mati. Anak kecil ini juga berkata beliau cuba membuka pintu peti ais untuk makan tetapi semuanya gagal kerana terdapat child lock pada pintu. Kerana terlalu lapar si kecil ini hanya memakan gula yang terdapat pada meja dapur. Apabila cuba mendapatkan bantuan sekali lagi dia gagal keluar kerana chain-lock pada pintu terlalu tinggi. Jasad bu kanak-kanak ini yang dikenal pasti sebagai Kiana Workman (38) kini sedang dibedah siasat bagi memastikan punca kematian.

Kasihan budak ini. Ibu terjatuh kemudian mati di depan mata. Sempat dia sapukan ubat tapi semuanya tidak berguna. Tambah sadis kemudian terpaksa berlapar dan tinggal serumah dengan jasad ibu yang mereput. All the best to you little guy. This is so damn sad.


Laporan asal ABCLocal

Serius - Majalah Islamik Yang Tidak Syaria Compliant?


Shake head..

Ini teknik lama yang kini semakin berleluasa. Majalah yang nampak macam islamik tetapi isi dalamannya agak jijik.


Serius Cool - Gelungsor Kecemasan Ciptaan Pereka China (8 Gambar)


Kecemasan!

Zhou Miaorong (70) yang berasal dari Shanghai China mencipta sistem gelongsor kecemasan yang boleh digunakan bagi mempercepatkan proses mengosongkan bangunan ketika kebarakarn. Menurut Zhou, seseorang individu hanya memerlukan 14 saat untuk turun dari tingkat lima bangunan menggunakan sistem gelongsong ciptaan beliau. Beliau menghabiskan 2 tahun bagi mencipta dan memasang gelongsong di bawah di bangunan tempat tinggal beliau. Looks nice!




Serius Klasik - Mari Lihat Bagaimana Orang Berkempen Semasa PRU Tahuh 1959


Amacam... ada banyak perubahan?

Mari lihat macam mana parti politik pada tahun 1959 berkempen semasa PRU. Ada nampak perubahan ataupun taktik yang digunakan dahulu masih boleh dilihat sekarang. 

Thanks @bangchin




Serius Cool - Kia Sportage Wonder Woman (13 Gambar)


Vrooom!

Selepas menghasilkan Kia Optima Superman , Kia Optima Batman, Kia Forte Flash, Kia Rio Aquaman, Kia Forte Cyborg dan Kia Soul Green Lantern. Syarikat komik DC dan KIA pagi tadi memperlihatkan sebuah lagi kereta bertemakan adiwira DC. Kali ini Kia Sportage Wonder Woman pula dihasilkan. Looks nice too bad tidak seperti kapal terbang Wonder Woman Kia Sportage ini tidak boleh menjadi halimunan.

IN B4 "Kami mahu Kia Sportage DARNA!


Serius Cool - Airmule : Ambulan Tanpa Juruterbang Israel (12 Gambar)


Yizrael

Israel ialah negara kecil yang sentiasa bersedia untuk berperang. Ia juga negara yang menghasilkan beberapa inovasi ketenteraan seperti mesingan UZI, pistol Desert Eagle dan senapang Cornershot. Kini mereka menghasilkan Airmule, sebuah ambulan tanpa juruterbang yang boleh digunakan dalam medan peperangan urban. Pesawat rekaan Urban Aeronautics ini mampu terkantung di udara ini direka bagi memudahkan proses membawa askar yang tercedera ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Helikopter yang sedia ada terlalu besar untuk mendarat di tengah-tengah jalan raya di kawasan urban. Airmule mampu memuatkan dua askar tercedera pada satu-satu masa ataupun kargo berupa keperluan persenjataan untuk askar di medan perang. Pada awalnya Airmule dicipta sebagai pesawat untuk kegunaan awam tetapi setelah mendapat suntikan dana kerjaan Israel, ianya kini dibangunkan untuk tujuan ketenteraan. Pesawat ini masih dalam proses percubaan dan dijangka mula beroperasi pada tahun 2014



Thursday 28 March 2013

Serius - Darna : Wonder Woman Edisi Filipina (13 Gambar)




Darna!

Malaysia ada Captain Malaysia dan Cicakman. Amerika ada Captain Amerika dan Superman. Filipina pula ada Sultan Kiram dan Darna. Darna ialah adiwirawati komik Wonder Woman versi Filipina dan sejak dicipta oleh Mars Ravelo pada tahun 1950, 14 filem Darna telah dihasilkan.Darna mampu terbang, mempunyai kekuatan luar biasa dan kelajuan luar biasa. Darna sangatlah terkenal, sebuah filem Darna edisi Indonesia dihasilkan pada tahun 1980 dan watak adiwirawati ini dilakonkan oleh pelakon ternama Lydia Kandao (kepada nufags, Lydia ialah ibu kepada Nana Mirdad). Komik Darna masih dihasilkan sehinga sekarang dan  sebuah siri TV dihasilkan sehingga 2009

Mohon Supermak lakonan Nasha Aziz diberikan rekaan semula supaya hot macam Darna.


Serius Khidmat Masyarakat - Adakah Anda Kenal Muka Pencuri-Pencuri Ini?


Bantu!

Adakah anda kenal dua orang penyagak meleis di bawah? Jika ya sila bantu Cik Ranimah Mohd Ramli menangkap mereka. Anda boleh menghubungi Cik Ranimah melalui Facebook beliau. So orang Seri Kembangan, anda pernah nampak perompak-perompak muka tandas ini?


Laporan asal Facebook Ranimah Mohd Ramli

Serius Indo - Azan Metal : Metal Beriman Syaria Compliant


Yeahhhhhhhhhhhhhhhh......

Metal metal jugak tetapi kewajiban kepada Allah jangan dilupa. Solat sahaja pakai baju Cannibal Corpse!  Ini sememangnya lebih metal dari Mutiara Damansara dan kumpulan metal dengan penyanyi hijabista tempohari

Thanks @Headsink


Serius LOL - Kame Hame Ha : Kegilaan Baru Di Jepun (12 Gambar)


Over 9000!

Pelajar perempuan sekolah di Jepun biasanya berposing dengan membuat muka comel dan membuat lambang peace di depan kamera. Tetapi sejak dua menjak ini mereka mempunyai kegilaan baru dimana mereka mengambil gambar melakukan aksi ala Dragonball. Ada yang melakukan aksi Kamehameha dan ada juga melakukan aksi Bola Jiwa. Kegilaan ini muncul kerana tidak lama lagi filem terbaru Dragonball akan muncul di pawagan. Ia merupakan filem animasi pertama Dragonball dalam masa 17 tahun. Wow! Adalah kegilaan ini akan tiba di Malaysia?



Serius Cool - Maximilian Busser & Friends MH4 Thunderbolt : Jam Tangan Bertemakan Enjin Kapal Terbang (15 Gambar)


Brooooooom!

Di Blogserius kami gemarkan jam tangan terutamanya jam tangan yang mempunyai rekaan yang unik. Jam tangan keluaran Maximilian Busser & Friends adalah jam tangan yang mempunyai rekaan unik yang menarik perhatian kami. Maximilian Busser & Friends MH4 Thunderbolt mempunyai rekaan yang diilhamkan oleh enjin kapal terbang perang dunia kedua. "Enjin" sebelah kiri menunjukkan jam manakala enjin sebelah kanan menunjukkan minit. Kesuluruhan badan jam diperbuat dari titanium dan bahagian cermin pula diperbuat dari nilam. Di bawah ialah jam MH4 thunderbolt edisi khas yang dihiasi patung panda miniatur. Ianya berjaya dilelong pada harga USD 229 000 (RM 708 000) pada tahun 2011. Untuk edisi biasa anda masih perlu membayar USD 158 000 (RM 489 000) untuk memiliki sebuah jam ini. Damn nice.



Serius Cool - Penthouse Termahal Dunia Di Monaco Bernilai RM 1.2 Billion (20 Gambar)


Kaya Dunia...... ada amoi

Monaco ialah negara kecil yang terletak di selatan Perancis. Monaco terkenal sebagai syurga bebas cukai yang menjadi tempat tinggal golongan elitis kaya raya. Sesuai dengan status sebagai "tempat permainan untuk yang kaya dan ternama", penthouse termahal di dunia sudah mula dijual di Monaco. Penthouse dua tingkat di Odeon Tower ini dijual pada harga USD 387 Juta (RM 1.2 Billion) dan ia mempunyai kolam renang, gelongsor air dan bilik sauna peribadinya sendiri. Jumlah keluasan lantai penthouse ini ialah 3300 kaki persegi dan akan siap sepenunya menjelang Julai 2014. Swag..



Serius Sadis - Kubur P Ramlee , Saloma Dan AR Tompel Musnah Ditimpa Pokok (10 Gambar)


Alfatihah

Astro Awani semalam melaporkan kubur seniman negara Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma dan AR Tompel musnah akibat ditimpa pokok yang tumbang di Tanah Perkuburan Islam Ampang. Turut musnah ialah beberapa makam lain yang berdekatan. Kesian pula kami melihatnya.

Laporan asal Astro Awani
Foto Tambahan ARTMELAYU



Serius - Iklan Pilihanraya Umum 13 - Remake Iklan Tahun 1955


Hmmm interesting

Isnin lepas kami paparkan iklan Pilihanraya Umum Pertama pada tahun 1955. Nampaknya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia menghasilkan iklan baru yang merupakan remake kepada iklan asal mereka. Do watch! Will Zainal Alam approve?

Thanks @Kavilan




Serius Kreatif - Seni Grafitti Tiga Dimensi (11 Gambar)


Art!

Bila berbicara tentang seni grafitti, ramai diantara kita mengenali artis BANKSY. Banksy menghasilkan grafitti yang bermotif politik dan anti establisma. Setiap grafitti yang dihasilkan beliau akan mendapat liputan media. Tetapi Baksy bukan satu-satunya artis grafitti yang terkenal. Manuel Di Rita a.k.a Peeta ialah seorang lagi artis grafitti yang ternama. Grafitti beliau unik kerana kelihatan seperti lukisan 3 Dimensi. Manuel Di Rita berasal dari Itali dan sudah berkecimpung di dalam arena grafitti sejak tahun 2000. Totally cool art bro! Mohon artis grafitti Malaysia menghasilkan art yang cool macam ini di dinding bersebelahan pasar seni. Cool beans!



Serius LOL - Iklan Iphone Tetapi Gunakan Gambar Samsung


LOL Lazada!

Fail......Samsung Win

Thanks AMANZ.MY

Wednesday 27 March 2013

Serius LOL - Kereta Mahal Tetapi Nombor Pendaftarannya Tinja

Tinja!

Kereta mahal tetapi plat numbor pendaftarannya agak tinja. Gambar diambil oleh pembaca Blogerius Ammar Sam (Amhack159) di Knightsbridge London.

 

Serius Konsep - Peugeot EX-1 : Kenderaan Konsep Berkuasa Elektrik (18 Gambar)


Elektrik 

Peugeot EX-1 ialah konsep kenderaan elektrik yang dihasilkan oleh Peugeot 2 tahun yang lalu. Kenderaan elektrik ini diperkasakan dua buah motor elektrik dengan jumlah gabungan 340 kuasa kuda. Rekaan kenderaan ini memang cool beans.




Serius - Kehidupan Guru Yang Bertugas Di Pendalaman Sarawak


Respect

Terima kasih cikgu-cikgu yang bertugas di kawasan pendalaman kerana mambantu anak-anak Malaysia luar bandar. 

Thanks @techboy_88 for the tip



Serius LOL - KetahuI Perangai Individu Melalui Filter Instagram Kegemaran Mereka


LOL

Ye ke tidak ni? Anda setuju? Persoanlly kami suka filter Amaro!



Serius Cool - Poster Filem Barat Edisi Jepun (16 Gambar)


Cool

Sebenarnya kalau ada poster filem barat edisi bahasa Malaysia mesti cool juga. Bayangkan ada poster "Polis Robot", "Djanjo Nyahrantai" dan "Anak Haram Terhina". Neato!



Serius VS - Emma O'Neil : Mangsa Anorexia Yang Kini Sudah Pulih (8 Gambar)


Kesian

Emma O'Neil ialah seorang mangsa penyakit Anorexia Nervosa yang berasal dari Scotland. Wanita berusia 22 tahun ini sudah mengidap penyakit kronik ini sejak beliau masih remaja. Beliau enggan makan sehingga berat badan beliau turun sehingga 18 kilogram. Setelah mendapat rawatan selama 8 tahun, Emma kini sihat dan berjaya meningkatkan berat badan beliau kepada 50 kilogram. Beliau kini membantu gadis-gadis yang mengidap anorexia  untuk pulih melalui Yayasan The Only Way Is Up. Beliau berharap apa yang dilalui oleh beliau boleh dijadikan teladan dan ispirasi untuk gadis-gadis yang mengidap masalah ini untuk kembali pulih seperti biasa.



Serius Sadis - Your Suicide : Komik Memperingati Teman Yang Membunuh Diri


NSF-Slow internet

Ini ialah sebuah komik yang menyentuh perasaan untuk seorang teman yang membunuh diri. Ianya dihasilkan oleh Linnyxito yang berasal dari Norway. Mesej yang disampaikan sangat menyentuh hati,

Komik ini super panjang. Harap sabar muat turun.


Serius Cute - Gwiyomi : Awek Comel Bak Hang


Kawaii

What is Kawaii in Korean and Yhai? Too cute bak hang!

Thanks  @Kekandaputeh 


Serius Cool - Sawyer : Basikal Chopper Pasang Sendiri (14 Gambar)


Nice gila!

Basikal selalunya dibeli dalam keadaan sudah tersiap pasang. Tetapi alangkah bestnya jika basikal boleh dibeli dalam bentuk kit pasang sendiri seperti model plastik TAMIYA. Inialah yang dihasilkan Jurgen Kuipers, seorang artis yang berasal dari Belanda. Basikal chopper Sawyer beliau boleh dibeli dalam bentuk kit permainan dan dipasang sendiri oleh pemiliknya. Totally cool dan rekaan basikal ini not bad at all. Do want!



Serius Cool - Pejabat Foursquare Di New York (10 Gambar)


Check In!

ini ialah pejabar baru Foursquare di New York. Ianya rekaan firma Designer Fluff ini mempunyai hiasan yang bertemakan butang yang diperolehi pengguna Foursquare apabila melakukan check in. Sebagai contoh bilik muzik yag menjadi tempat pekerja bersantai diletakkan icon muzik dan sebagainya. Sangat cantik pejabat ini. Nampak lebih praktikal dan sedap mata memandang dari kebanyakkan tech company yang kami paparkan sebelum ini. Mari bandingkan pejabat ini dengan pejabat Facebook dan Google. Mana lagi anda suka?



Tuesday 26 March 2013

Serius LOL - Nama Kedai Yang Sangat Tinja


Hahaha!

Nama yang mungkin kurang sesuai...

Serius Cool - Poster Etika Menaiki Keretapi Dari Jepun Part 1 (14 Gambar)


Japan!

Poster etika penumpang ketika menaiki keretapi. Boleh diguna pakai apabila anda menaiki Komuter, LRT dan Monorel di kuala Lumpur.



Serius Cool - Cara Mengucapkan Terima Kasih Ketika Memandu Di Jepun


Nice!

Kita angkat tangan..... macamana pula orang Jepun mengucapkan terima kasih apabila pemandu lain memberi laluan? Mari lihat!

Thanks @Tekong
 

Serius LOL - Mutiara Damansara : Band Metal Dari Perancis (7 Gambar)


LOL NAMA!

Di Malaysia band Metal biasanya mempunyai nama bahasa inggeris seperti CROMOK ataupun dalam bahasa pseudo melayu seperti LANGSUYR. Di Perancis ada sebuah band metal yang memanggil diri mereka Mutiara Damansara. No seriously ini bukan jenaka. Kumpulan ini berasal dari Caen Charlize Ann Myer, Antoine Khaos Josua dan Ulysse. Agak aneh sebuah banda metal mempunyai nama taman perumahan orang kaya yang terkenal dengan pusat membeli belah IKEA dan The Curve! 

Thanks @cyruscope



Serius Cool - Lyonheart K Coupé : Jaguar E Type Untuk Generasi Baru (12 Gambar)


Gorgeous

Jaguar E-Type ialah antara kereta klasik yang kami rasakan ikonik setaraf dengan Proton Saga Aeroback. Ok I lied. Proton Sage Aeroback sangat crap. Anyway Jaguar E-Type ialah kenderaan yang cool rupa bentuknya kemudian ditiru oleh Nissan Fairlady. Lyonheart K Coupé ialah kereta lumba baru yang banyak meminjam elemen rekaan Jaguar E-Type. Ianya dihasilkan oleh syarikat kenderaan Lyonheart yang berpengkalan di Leeds, UK. Tidak seperti E-Type, K Coupe dibina menggunakan aluminium. Ia juga dilengkapi enjin berprestasi tinggi 567 kuasa kuda yang memberikan K Coupé halaju maksimum 300 kilometer sejam. Hanya 250 kenderaan ini akan dihasilkan dan setaip satu dijual pada harga permulaan USD 486 000 (RM 1.55 Juta) sebuah untuk edisi coupe dan USD 501 000 (RM 1.61 Juta) untuk versi cabriolet.



Serius Cool - Sekeping Kong Heng : Hotel Oldskool Di Tengah-tengah Bandaraya Ipoh (16 Gambar)


Old skool!

Kebanyakkan diantara kita akan mencari hotel moden yang mewah untuk tinggal ketika bercuti. Kemudahan seperti pendingin udara, TV LED, internet dan katil empuk ialah antara benda yang diutamakan. Tetapi sekiranya anda mahukan pengalaman tinggal di dalam hotel yang unik silalah melawat Sekeping Kong Heng. Ianya hotel yang lain dari yang lain kerana ianya hotel old skool di dalam bangunan yang berusia 90 tahun. Sekeping Kong Heng tidak menawarkan pendingin hawa, TV LED ataupun internet tetapi ia memberikan anda pengalaman tinggal di dalam bangunan lama tanpa autentik. Setiap bilik di Sekeping Kong Heng juga tidak mempunyai dinding. Anda hanya diberikan kelambu bagi mengelakkan digigit nyamuk. Bagi memastikan pengalaman anda disini adalah seminimalis yang mungkin. bangunan ini juga dikekalkan dalam bentuk asal lengkap dengan akar pokok yang menjalar dan dinding yang usang. Bayaran untuk tinggal semalam bermula dari RM200 untuk 2 orang dan RM800 untuk bilik penginap berkeluarga. The building might look cheap but the rates are not!

Serius Cool - SBX : Sistem Radar Terapung Gergasi Anti Misil Balistik (15 Gambar)


Radar!

Ketika Perang Dingin ancaman terbesar yang dihadapi oleh dunia ialah berlakunya perang nuklear. Jika Soviet melancarkan misil atara benunya, misil ini hanya memerlukan 23 minit untuk memusnahkan New York. Oleh itu sistem pengesan misil yang dilancarkan perlu wujud bagi memastikan ianya boleh ditangkis sebelum meletupkan sasaran. SBX ataupun Sea Born X-Band Radar ialah pelantar radar terapung terbesar dunia milik Amerika Syarikat. Sungguhpun ancaman Soviet tidak lagi wujud, pelantar radar gergasi ini dibina bagi mengesan serangan yang mungkin datang dari Iran dan Korea Utara. Pelantar sepanjang 116 meter dan setinggi 86 meter ini menelan belaja USD 900 Juta (RM 2.7 Billion) untuk dihasilkan. Sebuah pelantar minyak diubahsuai oleh firma Ratheon dan Boeing bagi meletakkan radar yang mampu mengesan misil dari jarak 2000 kilometer. 


Serius - Kenapa Harga Kereta Di Malaysia Mahal


Edukesyenel

Kami tak pasti sama ada fakta yang disampaikan adalah benar. Tetapi memandangkan anon di ruangan komen Blogserius semua pakai ekonomi dan pemegang PHD dalam merancang ekonomi negara mari kita debatkan points yang disampaikan oleh Pakatan Rakyat di bawah. Adakah rancangan mereka mengurangkan cukai kenderaan di Malaysia logik ataupun hanya sekadar janji kosong? Kami di Blogserius memaparkan video di bawah kerana kita sedia maklum media arus perdana hanya paparkan pandangan Barisan Nasional. In the interest of fairness dan memudahkan anda melihat manifesto PRU siapa lebih bagus sila tonton video di bawah

IN B4 "saibaaaaaaaatroooperrrrrrr al juburi!"

Serius Fakta - 24 Fakta Yang Anda Mungkin Tak Tahu Mengenai Beer


Take Beer?

Ye kita tahu beer ialah kencing iblis. Ye kita tahu beer menyebabkan banyak kemalangan maut. Mari ketahui 24 lagi fakta yang anda mungkin tak tahu mengenai beer.


Serius Cool - Chess Boxing - Sukan Hibrid Tinju Dan Catur (12 Gambar)


Brawns and Brains

Sukan tinju bukanlah sebuah sukan yang dianggap serebral. Peninju menggunakan kekuatan penumbuk untuk mengalahkan lawan. Tak gunakan banyak kuasa otak tapi jika kepala ditinju dengan cukup gigih otak lawan akan menjadi cecair. Catur pula ialah sukan yang menggunakan kekuatan minda untuk befikir. Chess Boxing ialah sukan baru yang semakin mendapat tempat di negara barat. Ia menggabungkan kekuatan fizikal dan mental atlitnya. Sukan ini pada asalny adalah sebuah sukan rekaan peluksi komik Perancis Enki Bilal di dalam komik beliau Froid Équateur. Pada tahun 2003 ianya menjadi realiti apabila pertandingan Tinju Catur pertama dunia diadakan di Amsterdam. Sukan ini kini mempunyai Persatuan Tinju Catur Dunia mereka sendiri dan menggunakan moto "The Toughest Smartest Man and Woman On Earth". Seems legit! Setiap perlawanan tinju catur terdiri dari 11 pusingan. Enam pusingan catur selama 4 minit dan lima pusingan tinju selama 3 minit. Pemenang ialah peserta yang pertama menumbangkan lawan atau melakukan check mate.



Monday 25 March 2013

Serius Cool - Pakaian Seragam Klasik Dipertonton Sempena Ulangtahun Ke 206 Polis Diraja Malaysia (13 Gambar)


Selamat Hari Jadi

Semalam Polis Diraja Malaysia menyambut ulang tahunnya yang ke 206. Pasukan Polis sudah wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi tetapi pasukan polis yang ada sekarang diasaskan pada 25 Mac 1807 di Pulau Pinang oleh penjajah British. James Carnery dilantik sebagai High Sheriff yang pertama, manakala timbalannya ialah Andrew Bone. Sempena menyambut ulang tahunnya yang ke 206 semalam, pakaian-pakaian seragam yang pernah digunakan PDRM diperlihatkan kepada umum. Cool abis! Kami suka pakaian seragam seluar pendek dan topi bulat kerana mengingatkan kami kepada Bukit Kepong. That film is cool.

Sila follow FB PDRM untuk pelbagai foto rasmi PDRM


Serius Cool - Lapangan Terbang Antarabangsa Ratu Alia Jordan (13 Gambar)


Woahhhhh!

Jika anda ingin ke Israel, anda perlu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ratu Alia yang terletak di Amman Jordan. Lapangan terbang ini baru sahaja menerima penaiktarafan dan dibuka pertengahan bulan ini. Lapangan terbang baru ini kelihatan seperti bubble wrap dari padangan atas. Rekaan ini dipilih oleh firma Norman Foster bagi menghasilkan sistem penyejukan pasif. Lapangan terbang ini dibina secara modular bagi membenarkan penambahan terminal baru untuk keperluan masa hadapan. Buat masa ini ia mampu menampung 6 juta penumpang setahun. Kalau sekali pandang ia kelihatan seperti KLIA. Ini adalah kerana konsep rekaannya memang sama macam KLIA! KLIA juga boleh dibesarkan secara modular apabila diperlukan. Nice airports the both of them.



Serius Kreatif - Band Padang Jambu : Pancaragam DIY Yang Awesome


Drum dia memang terbaik!

Homemade siak.......... ini baru 1Malaysia

Thanks @azrulazwarsam



Serius Cool - Stadium Sultan Muhammad V : Stadium Baru The Red Warriors (7 Gambar)


New Fortress Kelate

Di bawah ialah beberapa rekaan stadium bolasepak baru untuk pasukan The Red Warriors Kelantan. Stadium Sultan Muhammad V ini akan dibina di Tunjong di dalam kawasan sebesar 40 hektar. Apabila siap kelak stadium bernilai RM300 juta ini boleh menampung 40 000 orang penonton. Rekaan stadium ini nampaknya unik kerana tidak mempunyai trek balapan dan lebih kepada rekaan stadium bolasepak di Eropah. Dengar kabar ianya juga akan dikenali sebagai The Fortress. Kubu bro kubu! Lepas ini jangan terkejut kalau tiba-tida Darul Takzim FC akan buat stadium jugak. Orang Johor mana boleh kalah dengan Kelantan. Musuh tradisi tu.

Thanks  @_emint_  for the tip

Serius Cool - Buick Riviera 1966 Grand Sport (15 Gambar)


Swag!

Di Dubai kustomasi kereta mewah dengan menutupi permukaan kereta dengan duit syiling ialah kegilaan terbaru. Di Amerika Syarikat, merubah kenderaan klasik untuk menjadi Hot Rod sudah dilakukan sejak 1940an. Hari ini mari lihat sebuah Buick Riviera tahun 1966 diubah suai untuk menjadi sebuah hot rod berprestasi tinggi. Buick Riviera Grand Spot ini diperkasakan enjin 7.5 liter 356 kuasa kuda. Selain daripada itu sistem suspensi kenderaan juga diubah kepada sistem hidrolik. Sangat cool. Kami masih menanti Proton Saga 1985 diberikan sentuhan Hot Rod. Kenapa di Malaysia tak ada Hot Rod scene. I would love to see Proton Hot Rod bros!

Thanks @SYVZWVN for the link


Serius LOL - #OhMyEnglish : Menu Kedai Kopi Yang Nice


Lost in Translation

Best jugak menu kedai kopi ini.

Serius Kreatif - 100 Years Later : Apabila Objek Moden Menjalani Proses Penuaan (16 Gambar)


Projek kreatif Maico Akiba

Maico Akiba ialah seorang pelukis yang berasal dari Jepun. Beliau memulakan projek 100 Years Later yang kami rasakan sangat kreatif dan cool. Objek moden yang boleh dilihat setiap hari dicat oleh Maico untuk kelihatan seperti objek yang sudah berusia ratusan tahun. Cool beans!



Serius Klasik - Iklan Pilihanraya Umum Pertama Malaya 1955


Win!

Best! Zaman dahulu siap kata "undi la parti mana yang anda suka". Tidak ada lagi pencucian otak seperti "kini masa balas undi" dan "undi parti X masuk neraka kerana parti X tak memartabatkan hukum hudud". Masa sudah berubah.

Thanks @bangchin  for the tip

Serius LOL - Wanita Membantu Mengabadikan Stereotaip Pemandu Wanita


Stereotaip!

Sexist....... but hey...... bukti empirikal disini!

Serius Konsep - Senjata Futuristik Rekaan Vitaly Bulgarov (14 Gambar)


Macam Metal Gear

Vitaly Bulgarov ialah seorang artis 3D yang berasal dari California. Beliau menghasilkan model senjata robotik 3D yang bukan sahaja futuristik tetapi nampak sangat bad ass. Berikut ialah sebahagain rekaan senjata futuristik beliau untuk Projek Black Phoenix beliau. Awesome!


Sunday 24 March 2013

Serius Seleb - Teka Siapakah Kembar Kepada Wanita Ini (9 Gambar)


Kembar.....

Ini ialah kembar kepada seorang pelakon wanita yang terkenal dari Perancis. Dapatkan anda meneka identiti pelakon yang kami maksudkan ini?



Serius Cool - Beg Galas Batman (9 Gambar)


Bawse!

Minat Batman? Mengumpul memorabilia Batman sebagai hobi? Silalah beli beg galas Batman edisi terhad kepada 1000 buah ini. Ia diperbuat dari kulit dan mampu memuatkan segala keperluan anda dan masih memastikan anda kelihatan bad ass. Jika anda berminat beg galas ini boleh dipesan dari laman sesawang UDReplicas pada harga USD 298 (RM 900) sebuah.



Serius Cool - Pemainan Duck Tales Dihasilkan Dalam Versi HD Sempena Ulang Tahun Ke 20


Sing A Long!

Game ni nice dowh. Masa kami masih 2" kami suka dengan game Duck Tales. Sempena ulang tahun ke 20, Duck Tales versi remastered akan dijual semula. Jom nyanyi lagu Duck Tales!


Serius - Menjawab Soalan : Ye Ke ISA Malaysia Tak Macam Guantanamo Bay?


Menjawab soalan anda.

Beberapa minggu lalu kami paparkan gambar dari dalam Penjara Guantanamo Bay yang menahan suspek "Perang Anti Keganasan" Amerika Syarikat. Ramai yang butthurt apabila kami katakan adalah hipokrit ada diantara anda marah dengan kewujudan kem tahanan tanpa perbicaraan di Gitmo tetapi sokong tindakan kerajaan kita menahan tahanan ISA dengan pretense yang sama. Mari baca tweet seorang bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin  yang ditahan selama 57 hari tanpa biacara.

Masih percaya tahanan tanpa bicara suspek "mengancam keselamatan negara" adalah bertepatan dengan hak asasi manusia dan islamik? You be the judge.

Ingat.Dalam keadaan sebegini memang biasa sentimen "patriotisma" dan "mari sokong Malaysia" digunakan bagi menghalalkan kekejaman. Jangan pandai ketawakan dan mengutuk orang Amerika Syarikat yang menghalalkan teknik kejam kerajaan mereka atas nama "we love murrikah"  jika kita sendiri 2x5 dengan Americans. I stand by my view that penahanan tanpa bicara adalah salah. No excuses.


Serius - Kustomasi Kereta Mewah Terkini Di Dubai Menngunakan Ribuan Duit Syiling (10 Gambar)


Al Swag

Kenderaan mewah ialah sangat sinonim dengan  kehidupan Pak Arab yang kaya di Dubai. Boleh dikatakan kesemua warga Dubai mampu memiliki kereta mewah sehingga kereta mewah menjadi setaraf dengan Proton Saga. Everybody owns one so what is so special? Di Dubai terdapat cara baru untuk meng pimp my ride kan kenderaan milik golongan kaya di sana. Cars Coins, sebuah syarikat kustomasi kenderaan di Dubai meletakkan ribuan duit syiling pada permukaan kereta bagi membuatkan kenderaan berkilat seperti permata. Pada Range Rover di bawah, 57 412 keping duit syiling diguakan bagi melitipu permukaan luar kenderaan lasak ini. Hasilnya memang unik tetapi kenderaan ini sekarang terpaksa menampung 107 kilogram berat syiling yang ditambah. Kita harus berbangga dengan pencapaian terikini dari tanah Arab ini. Jila dahulu orang Islam menemui formula matematik, kini mereka menjadi pelopor teknologi menbapak ayamkan kenderaan mewah. Alhamdulillah!


Friday 22 March 2013

Serius LOL - Election Cereal : Bijirin Parodi Pilihanraya Malaysia (12 Gambar)


LOWL!

Election Cereal ialah projek seni yang dihasilkan oleh Vern Lee, Ben Wong dan Eunice Ong. Ianya merupakan parodi politik yang menggunakan bijirin sarapan pagi sebagai mediumnya. Bijirin Special A dan Najib Treats menjanjikan anda pelbagai khasiat jika anda memakannya. Sebagai contoh Najib Treats menjanjikan pertumbuhan ekonomi yang bagus manakal Special A menjanjikan pelajaran percuma. Hanya 1000 Election Cereals akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga RM15. Anda boleh membelinya disini. Kami nak beli sebagai koleksi LULZY untuk tatapan masa hadapan. Cool idea yo!

Thanks @Zarakahan for the tip


Serius - Protes Anti Daging Oleh Pemakan Sayur Di Barcelona (11 Gambar NSFW)


Extremis Sayur!

Day Without Meat (Hari Tanpa Daging) ialah acara tahunan yang sudah berlangsung sejak 1985. Ianya hari protes pengamal vegetarian terhadap amalan memakan daging. Tahun ini di Barcelona, protes anti dagingnya agak brutal dengan beberapa pemprotes membalut diri mereka untuk kelihatan seperti daging yang dijual di pasaraya. Mesej yang cuba disampaikan ialah jika anda jijik melihat manusia dipakej sebegini, kenapa anda masih mahu memakan daging. 



Serius LOL - Penyanyi Kumpulan KORN Terkini


Gyeahhh

Comel tetapi brutal.......



Serius Seleb - Rupa Penyanyi Alizee Sekarang (11 Gambar)


Nooooooo

Alizee muncul di dalam industri muzik pada tahun 2000 dengan lagu provokatif Mo Lolita.  Alizee atau nama penuhnya AlizĂ©e Jacotey (28) sudah lama tidak kelihatan di kaca TV dan lagu beliau jarang kedengaran di radio tempatan. Tetapi tahukah anda beliau masih bergerak aktif dan baru sahaja mengeluarkan album terkini beliau bulan lalu. Alizee sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Lihatlah rupa beliau sekarang.

IN B4 "nama betul dia Ya Kotey?"


Serius Konsep - Rain Runner : Aksesori Untuk Penunggang Motosikal Ketika Hujan (5 Gambar)


Nice!

Setiap kali hujan kita boleh melihat penunggang motor berhenti di bawah jambatan untuk berteduh. Yang macho dan ada full face akan memakai baju hujan bagi mengelakkan diri menjadi basah. Kini muncul ciptaan baru yang diberi nama RainRunner. Ianya dicipta oleh syarikat Roof For Two yang berpengkalan di India. Kepada pembaca Blogserius yang menunggang motor, apakah pendapat anda tentang RainRunner? Cool or not cool?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails