Friday 31 May 2013

Serius LOL - #OhMyMalay Kupu Kupu Malam Edition


Hmm

Sila panggil Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Polis Diraja Malaysia juga atas kesalah di bawah



Serius VS - Rupa Seleb Terkenal : Muda Vs Sekarang #1 (17 Gambar)


Cantik sepanjang masa?

Ada yang lebih cantik sekarang dari dulu dan ada juga yang vice versa. Yang pasti Johnny Depp ialah immortal!



Serius Cool - Islam Di Negara Matahari Terbit


Edukesyenel

Baiklah di dalam entri sebelum ini kami paparkan kuil Shinto moden yang diinpirasikan sekeping daun. Mari lihat cabaran umat Islam di Jepun pula. Tahukah anda umat Islam Jepun nak menunaikan haji pun banyak cabarannya kerana pihak Arab Saudi sukar nak percaya ada orang Jepun yang memeluk Islam. Mari lihat bagaimana saudara Islam di sana hidup seharian. 


Serius Cool - Kuil Bertemakan Daun Di Jepun (14 Gambar)


Green!

Kuil Shinto Jepun biasanya dibina daripada kayu. Tetapi di Hoshino Resort, Yamanashi terdapat sebuah kuil yang diilhamkan dari bentuk daun. Ruang kuil boleh ditutup dengan dua pintu yang diperbuat dari kaca dan besi. Pada permukaan pintu besi ribuan lubang ditebuk dan ditutup dengan kaca akrilik bagi membenarkan cahaya memasuki ruang kuil. Ianya ditebuk untuk kelihatan seperi kain renda yang dipakai oleh pengantin perempuan untuk menutup muka. Kuil ini mempunyai keluasan lantai sebesar 168 meter persegi dan mampu mematkan 80 orang pada satu-satu masa. Ianya siap dibina pada tahun 2004 dan digunakan oleh pengunjung resort yang ingin berkahwin dengan istiadat Shinto. Cool kuil is coo.



Serius Bodoh - Rekaan Lori Optimus Prime Transformers 4 Yang Gagal


Fail Fail!


Dah elok elok cantik kenapa diubah rupa:? Damn you Michael Bay


Serius Indo - Musium Sisa Hartaku : Muzium Mangsa Ledakan Gunung Merapi (16 Gambar)


Kinda Cool!

Gunung Merapi meledak pada 10 November 2010 dan mengakibatkan 352 orang tekorban dan lebih 300 000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Ledakan pada tahun 2010 adalah ledakan terkuat gunung berapi ini sejak direkodkan pada tahun 1872. Selepas ledakan, ketinggian Gunung Merapi berkurangan sebanyak 38 meter. Kebanyakkan kerosakan berlaku akibat aliran pyroklastik yang turun dari bukit. Akibatnya rumah penduduk hangus terbakar oleh aliran debu dan batuan yang panas ini. Seorang mangsa yang dikenali sebagai Wati membuka Musium Sisa Hartaku di bekas tapak rumah beliau. Muzium ini menempatkan segala harta benda beliau yang musnah akibat ledakan 2010. Kinda cool. Boleh tengok kaca cair dan bangkai lembu.



Serius Cool - Schiebel Camcopter S-100 : Helikopter Tanpa Juruterbang Austria (19 Gambar)


Whacka Whacka

Nampaknya kebanyakkan kuasa-kuasa besar mula menggunakan pesawat kawalan jauh tanpa juruterbang secara meluas. Sebelum ini kami pernah menunjukkan pesawat tanpa juruterbang X-47 Tentera Laut Amerika dan Soar Eagle keluaran China. Hari ini mari kita lihat Schiebel Camcopter S-100 sebuah helikopter tanpa pemandu keluaran Austria. Camcopter S-100 kini digunakan oleh tentera Jerman, Jordan, Libya, China dan UAE sebagai pesawat peninjau mereka. Selain berfungsi sebagai pesawat peninjau, helikopter ini juga boleh melancarkan roket dan menjadi platform sistem radar. Helikopter seberat 200 kilogram ini mampu terbang selama 6 jam tanpa henti dan mempunyai kelajuan maksimum 220 kilometer sejam



Serius - Video Tanah Runtuh Pantai Remis 1993


Damn

Kami tak ingat langsung tentang kejadian tanah runtuh di sebuah lombong bijih yang terletak di Pantai Remis Perak. Kejadian berlaku pada 21 Oktober 1993. Epik habis!



Serius Kreatif - Arca Dihasilkan Dari Kereta Volkswagen Beetle (11 Gambar)


ART


Ini ialah arca sfera dan bongkah yang dihasilkan oleh artis indonesia Ichwan Noor. Beliau menggunakan dua buah Volkswagen untuk menghasilkan arca di bawah. What does it mean? No idea. Is it cool? Damn right.



Serius Klasik - Rekaan Dashboard "Futuristik" Kenderaan Konsep Zaman Dahulu (15 Gambar)


Dated!

Setiap tahun puluhan kenderaan konsep dihasilkan oleh syarikat automotif dunia bagi menunjukkan rekaan kenderaan masa hadapan. More often than not rekaan futuristik ini akan hanya menjadi bahan ketawa generasi akan datang. Di bawah ialah beberapa rekaan dashboard kereta konsep yang kini hanya kelihatan sangat WTF


Thursday 30 May 2013

Serius Cute - Anak Mancis Comel Dari Jepun (7 Gambar)


Kawaii

Di Jepun semua benda comel. Ini termasuklah anak mancis. Rasa tak sampai hati nak menggores anak mancis ini. Anak kecil main api.. terbakar muka comel mancis yang sepi! Mancis ini dikeluarkan syarikat Kokeshi dan hanya boleh dibeli di Jepun. Kawaii!



Serius LOL - Fesyen Hijabista Paling Terkini Dan Mesra Alam


HAHAHHAA


Serius Sadis - Secret Hebron : Bagaimana Anak - Anak Palestin Ke Sekolah Setiap Hari


Damn manlytears

Mari lihat dokumentari yang menunjukkan pengorbanan harian anak-anak kecil Palestin untuk ke sekolah. Apabila perintah berkurung dikenakan mereka sepatutnya tidak boleh keluar dari rumah. Tetapi perintah berkurung yang diperintakan oleh pihak tentera Israel boleh berkuat kuasa sehingga 2-3 bulan. Mereka mahu ke sekolah walaupun dihalang. Mereka tidak mahu duduk tidak buat apa-apa di rumah. Kini baru kami faham mengapa MENIMBA ILMU itu dianggap jihad. Di Palestin mereka benar-benar jihad untuk mendapatkan ilmu. Respect these kids. Semoga diberkati. I have to say I feel bad for not going to school sometimes when I was younger. I have no excuse compared to these brave kids!



Serius Fakta - Infografik Pencapaian Sir Alex Ferguson


Goodbye

Kami tidak menyokong Man U tetapi kami menghormati pencapaian Sir Alex Ferguson. Mari lihat pencapaian beliau jika dibandingkan dengan beberapa pengurus kelab lain. Happy retirement dude.



Serius Cool - RK Bearing : Motosikal Steampunk (16 Gambar)


Wicked

Ini ialah RK Bearing yang dihasilkan oleh RKBike. Kami pernah paparkan chain bike keluaran mereka sebelum ini. Hari ini mari lihat sebuah lagi motosikal unik dan aneh keluaran mereka. RK Bearing tidak mempunyai bada yang konvensional dan dari apa yang kami lihat banyak dipengaruhi genre steampunk. Yang pasti nak pandu lama -lama dan buat Superman adalah mustahil sama sekali!



Serius Cool - Figura Aksi Robot ED 209 Dari Filem Robocop (12 Gambar)


Coolness!

Hot Toys ialah syarikat yang tidak pernah lagi menghasilkan figura aksi yang mengecewakan. Mereka akhirnya mengeluarkan figura aksi yang kami mahukan sejak berusia 10 tahun. Robot penjahat ED 209 dari filem Robocop ini sangat cool. Ia dilegkapi dua set tangan. Satu tangan normal dan satu lagi tangan yang musnah selepas berlawan dengan Robocop. Tangan figura aksi berskala 1/6 ini juga dilengkapi pelancar roket seperti di dalam filem. Holy cool! Time to sell my kidneys to get one!



Serius Cool - Huawei Ascend Mate : Phablet Berskin 6.1" (18 Gambar)


Besaq!

Beberapa tahun yang lalu Samsung mengeluarkan Samsung Galaxy Note dan ia memulakan era telefon pintar yang diberi gelaran Phablet. Hibrid telefon dan tablet ini mendapat sambutan orang ramai kerana skrinnya yang besar. Huawei nampaknya mahu mengeluarkan telefon pintar yang jauh lebih besar dari Note. Huawei Ascend Mate ialah cubaan mereka yang terkini dan ianya mempunyai skrin sebesar 6.1". Ia diperkasakan pemproses 1.5 Ghz Empat Teras, RAM 2 GB, muatan dalaman 8 GB, sokongan kad mikro SD dan kemera 8 megapixel. Telefon ini mempunyai bateri sebesar 4050 mAh yang mampu menghidupkan peranti ini selama 3 hari tanpa perlu dicas. Kami dah test telefon ini selama seminggu dan dalam penggunaan hardcore kami dapat menggunakannya selama 22 jam. Hebat! Telefon lain dapat tahan selama 9 jam sahaja! Ianya dijual pada harga saranan RM 1599 sebuah.

Gambar ehsan AMANZ.MY


Serius Bodoh - Penunggang Motosikal Paling Bodoh Hari Ini


Berapa juta kali eksiden dalam seminit?

Rekod dunia paling banyak eksiden dalam jangka masa terpendek. Sila belajar balik naik motor ah pek!



Serius Konsep - Pulau Onyx : Pulau Binaan Manusia Sempena Piala Dunia 2022 Di Qatar (7 Gambar)


Kegilaan

Onyx Island ialah sebuah projek mega yang kini dalam peringkat konsep di Qatar. Pulau dengan keluasan  dua juta meter persegi ini akan dibina pada pesisir pantai Doha bagi menempatkan hotel dan kawasan perumahan untuk 25 000 pelawat yang bakal tiba untuk Piala Dunia 2022. Kos pembinaan pulau buatan manusia ini dianggarkan sekitar USD 5.5 Billion (RM 16.5 Billion). Projek ini walaubagaimanapun mendapat tentangan pecinta alam kerana dikatakan bakal merosakkan ekosistem yang sedia ada. Kami tak tahu apa obsesi sesetengah negara dengan pembinaan pulau buatan manusia. Umum kita ketahui projek The World di Dubai kini sudah gagal kerana pulau berbentuk peta dunia yang terbina tidak terjual dan mula terhakis. Ia juga mengakibatkan kerosakan ekosistem dan hakisan ombak yang kronik di Dubai.



Serius Cool - Micro Phone : Telefon Bimbit Sebesar Kad Kredit (11 Gambar)


Telefon Spy

Pada penghujung 90an syarikat pengeluar telefon bimbit berlumba-lumba menghasilkan telefon terkecil dan ternipis. Paska era telefon pintar trend ini berubah kepada telefon dengan skrin sesentuh terbesar. Micro Phone ialah sebuah telefon yang tidak mahu mengikut trend. Ianya telefon GSM yang hanya sebesar kad kredit dan cukup nipis untuk disimpan di dalam dompet anda. Telefon ini juga dilengkapi sistem pengesan bagi memudahkan anda mengesan lokasi pemilik. Sangat sesuai sebagai second phone kerana mudah dibawa kemana-mana. Kami masih menyimpan sebuah Nokia 3310 sebagai back up phone sekiranya telefon pintar kami kehabisan bateri. Rasa macam mahu sahaja membeli Micro Phone ini kerana ianya jauh lebih kecil. Harga jualan bermula dari USD 39 (RM 119) sebuah.



Wednesday 29 May 2013

Serius LOL - Minuman Baru Di Restoran Malaysia?


Hmmmm

Sedap tak rasanya perisa buah eksotik ini? Adakah ia akan menjadi cool macam Durian Crepe?


Serius Cool - Helmet Motor Rekaan BMW (8 Gambar)


Nice!

Bosan dengan helmet default dan full face SHOEI anda? Apa kata cuba helmet rekaan BMW.

Serius Sadis - Bayi Terselamat Selepas Dibuang Kedalam Tandas! (11 Gambar)


Oh My God!

Di Jinhua, Provinsi Zheijiang berlaku insiden sadis dimana seorang bayi lelaki dibuang kedalam tandas awam oleh ibunya. Bayi ni bernasib baik kerana tidak dapat diflush sepenunya dan tangisan beliau didengari oleh orang ramai. Pihak bomba kemudian terpaksa memotong saluran tandas bagi menyelamatkan bayi yang terperangkap ini. Pihak media China melaporkan bayi ini selamat tetapi mengalami keretakan tengkorak kerana tersekat di dalam paip tandas. Paling mengejutkan ialah panggilan kecemasan memanggil bomba dilakukan sendiri oleh ibu yang membuang si bayi. Ibu tunggal berusia 22 tahun ini membuang bayi beliau kerana stigma masih belum berkahwin. Sungguhpun begitu beliau tidak sampai hati mendengar tangisan anak beliau yang tersekat. Kesian kesian kesian......... Di Malaysia kejadian macam ini dah beberapa kali dilaporkan tetapi dalam kes di Malaysia kesemua bayi ditemui mati. Poor bastard.



Serius Klasik - Boeing 2707 : Pesawat Penumpang Supersonik Kepak Berlipat Yang Gagal (23 Gambar)


Idea bagus tetapi gagal

Pada tahun 1963, Presiden John F Kennedy mahu Amerika Syarikat menghasilkan pesawat penumpang supersonik (SST) rekaan mereka sendiri bagi menyaingi Concorde yang dibina di Eropah. Pada waktu itu ramai pakai berpendapat pesawat berkelajuan supersonik ialah masa depan industri penerbangan dan Amerika harus bersaing dengan Eropah untuk menghasulkan pesawat mereka tersendiri. Syarikat Lockheed dan Boeing diberikan dana bagi menghasilkan rekaan pesawat yang mampu membawa 250 orang penumpang pada kelajuan Mach 3. Pesawat SST Amerika Syarikat harus mampu terbang lebih pantas dan membawa lebih banyak penumpang berbanding Concorde bagi memastikan kejayaan masa panjang. 

Lockheed memperlihatkan rekaan Lockheed L-2000 yang mempunyai sayap berbentuk delta. Dari segi rekaan ianya mirip Concorde dan Tupolev TU-144 milik Soviet. Boeing memperlihatkan rekaan Boeing 2707 yang mempunyai sayap yang boleh dibuka dan ditutup mengikut keperluan juruterbang. Dua buah mock up L2000 dan 2707 dipertontonkan kepada pihak kerajaan supaya memudahkan proses pemilihan. Rekaan Boeing 2707 diishtiharkan pemenang dan projek ini mula dibangunkan secara serius pada tahun 1966. 

Rekaan Boeing dipilih kerana ianya tidak kelihatan seperti meniru rekaan Concorde yang sedia ada. Empat buah enjin diletakkan di dalam pod yang dipasang pada bahagian ekor belakang 2707. Sayap boleh ubahnya pula memastikan ia tidak memerlukan landasan yang panjang untuk mendarat dan terbang disamping lebih stabil pada kelajuan rendah.

Sungguhpun begitu, Boeing menghadapi masalah untuk mengurangkan berat pesawat ini ketika proses penghasilan prototaip. Kerana masalah yang tidak dapat diselesaikan ini sistem sayap boleh laras 2707 dihentikan dan sayap delta seperti yang digunakan oleh Concorde digunakan. Jumlah penumpang maksimum juga terpaksa dikurangkan akibat masalah rekaan. 

Pada tahun 1971 projek SST Amerika Syarikat dihentikan sebelum prototaip Boeing 2707 dapat dibina. Projek ini dihentikan kerana kos yang meningkat sehingga USD 1 Billion. Ini adalah dianggap sebagai pembaziran dana awam yang harus dihentikan segera. Disamping itu terdapat bantahan dari orang ramai tentang penggunaan pesawat supersonic di ruang udara Amerika. Rakyat risau sonic boom yang dihasilkan oleh pesawat penumpang supersonik akan merosakkan harta benda milik mereka. 

Pembatalan projek ini hampir membangkrapkan syarikat Boeing pada waktu itu. Kehilangan suntikan dana dari kerajaan dan industri penerbangan komersil yang merudum pada waktu itu mengakibatkan Boeing terpaksa membuang lebih 50 000 orang pekerja dari kilang mereka di Seattle.  Mock up skala sebenar Boeing 2707 -300 (dengan rekaan sayap delta) yang siap dibina ditanggalkan sebelum dihantar ke Florida sebagai besi sekerap. Mock up ini kemudiannya diselamatkan oleh Muzium Aeronautikal Hiller California dan anda boleh melihatnya sendiri di sana.

Sungguhpun projek ini gagal sebelum prototaip dihasilkan, konsep dan rekaan 2707 tidak dipersia-siakan. Rekaan sayap pesawat yang unik ini menjadi inspirasi kepada jurutera syarikat Rockwell untuk menghasilkan pesawat pengebom supersonik B-1 Lancer. All is not lost I guess.



Serius Cool - Mansory F12 Stallone (15 Gambar)


Vroom

Mansory ialah sebuah syarikat kustomasi dan tuning berprestasi tinggi yang berpengakalan di Jerman. Mereka akan melakukan perubahan pada kereta-kereta mewah berprestasi tinggi dan menjadikannya lebih berkuasa dari model asal mereka. Sebelum ini ada kami paparkan Mansory Aventador LP700-4 yang dikeluarkan mereka. Hari ini mari lihat kenderaan terbaru hasil pengubahsuaian mereka. Mansory F12 Stallone ialah sebuah Ferrari F12 Berlinetta yang diberikan sentuhan Mansory. Enjin V12 6 Liter Berlinetta 740 kuasa kuda kini mampu menghasilkan 775 kuasa kuda. Beberapa kemasan luaran Berlinetta digantikan dengan kemasan gentian karbon bagi mengurangkan berat. uat masa ini harga jualan kenderaan ini masih belum diumumkan tetapi apa yang pasti anda harus jadi taukeh MLM dahulu sebelum mampu memilikinya.


Serius Sadis - Rumah Paling Kotor Dan Semak Minggu Ini


Holy!

Hoarding ialah masalah mental dimana seseorang individu akan mempunyai kemahuan mengumpul sebanyak mungkin barang kedalam rumah milik mereka. Hasilnya ialah rumah yang kelihatan seperti sebuah sarang tikus. Mari lihat rupa dalaman sebuah rumah hoarder yang telah meninggal dunia. Sadis!


Serius Cool - W.A.D : Kerangka Luaran Bionik Mula Digunakan Di Hospital Jepun (10 Gambar)


Robotto! Arigato!

WAD (Walking Assistance Device) keluaran Honda mula digunakan di Jepun minggu ini. WAD akan diperkenalkan kepada 100 orang pesakit di beberapa hospital di Jepun bagi melihat sama ada kerangka bionik ini dapat membaiki kualiti kehidupan mereka yang mempunyai masalah untuk berjalan ataupun mengangkat barang. WAD sudah di dalam proses pembangunan sejak 14 tahun yang lalu dan merupakan cabang dari projek android ASIMO yang juga keluaran Honda. Selain hospital WAD juga digunakan oleh pekerja-pekerja di beberapa kilang Honda di Jepun. Adakah kita akan mula melihat manusia hibrid di masa hadapan?

Serius Cool - Lukisan Adiwira Oleh Jim Lee (14 Gambar)


Respect

Jim Lee ialah pelukis komik yang membuatkan kami mula mengumpul komik. Pelukis yang dilahirkan di Seoul Korea Selatan ini pernah melukis untuk komik Punisher, X-Men, Batman, Superman, Fantastic Four, Gen 13, Wildcats dan Justice League. Komik lukisan beliau sagat mempengaruhi industri komik 90an.  Beliau kini bekerja untuk DC Comics selepas syarikat milik beliau Wildstrom diambil alih oleh mereka. Kalau anda pergi ke kedai DC, hasil kerja beliua boleh dilihat di dinding, t shirt, beg dan juga figura aksi edisi terhad. In fact hasil kerja beliau dijadikan basis untuk kereta KIA bertemakan adiwira DC yang kami pernah paparkan dulu. Jim Lee is truly the man!


Tuesday 28 May 2013

Serius LOL - Apabila Orang Utara Main Game Hantu Slenderman


HAHHAHA

Hahahaha................ still a better love story than Strawberi Cinta

Thanks @MuhdAfiqMazri for the lulz



Serius Kreatif - Seni Cawan Styrofoam Cheeming Boey (14 Gambar)


Power

Cheeming Boey ialah seorang illustrator rakyat Malaysia yang menggunakan cawan styrofoam sebagai "kanvas" hasil seni beliau. Sebelum ini beliau bekerja sebagai animator untuk permainan komputer World of Warcraftm Diablo, Diablo II dan Lair. Hasil seni beliau sangat cool kerana siapa sangka cawan yang biasanya dibuang boleh dijadikan hasil seni yang menarik.



Serius Konsep - Ame-Lot : Asrama Pelajar Berdindingkan Palet Kargo (10 Gambar)


Reuse!

Di Rue Amelot, Paris terdapat sebuah asrama pelajar lama. Bagi memastikan asrama ini mampu memenuhi keperluan pelajar moden sebuah pertandingan diadakan bagi mendapatkan rekaan yang terbaik.  Stephane Malka, seorang jurubina mencadangkan rekaan Ame-Lot beliau di bawah. Bahagian dinding luaran rekaan beliau dipenuhi palet kargo kayu yang dikitar semula. Palet kargo ini menjadi penghadang cahaya dan memberikan rupa luaran bangunan yang unik. What do you guys think? Ok ke? Idea penggunaan semula ini cool tetapi kalau konsep ini diguna pakai di Malaysia pastinya dalam masa 3 tahun kesemuanya akan reput. Tropic weather baby!



Serius Cool - Stash : Pakaian Dengan Poket Kalis Air Untuk Peranti Elektronik (10 Gambar)


Do Want!

Angkat tangan siapa ada telefon bimbit? Angkat tangan siapa yang pernah mengalami masalah peranti rosak kerana terkena air? Kami akui pernah mengalami masalah ini. Jadi kami terfikir kenapa tak ada lagi pakaian yang direka bagi menyelesaikan masalah ini. Kan bagus jika pakaian yang dijual untuk manusia celik teknologi mempunyai ruang penyimpanan kalis air. Stash ialah syarikat yang berpengkalan di USA dan mereka menghasilkan seluar, baju dan jaket dengan poket khas kalis air. Peranti pintar anda boleh disimpan di dalam poket ini dan ianya akan selamat dari kerosakan air. Nice design bro!


Serius LOL - Ben10 Edisi Terengganu


#SeemsLegit

Ben10 Terengganu berubah jadi apa? Phantom Penyu?


Serius VS - Jesus Vs Muhammad : Respon Dari Seorang Muslim


Nice!

Di Youtube ada video Jesus vs Muhammad yang menghentam Rasulullah. Brother @KamalSaleh_  menjawab hentaman ini dengan video di bawah yang bukan sahaja menarik , penuh fakta dan juga tidak emosional. Nampak tak cara genius membalas debat tidak berasas? Kalau video ini MELEIS yang buat dah lama dipenuhi maki "pergi mampos kapir masuk neraka" atau "aku nak sembelih kapir kristian ini".Sila follow @KamalSaleh_ di Twitter sekarang

Terima kasih @zahirahharyati for the tip



Serius Cool - Rekaan Jaeger Untuk Filem Pacific Rim (11 Gambar)


Nice!

Filem yang paling kami nantikan musim panas ini ialah Pacific Rim dari pengarah ternama Guillermo Del Toro. Filem ini ialah homage Del Toro kepada filem-filem genre Kaiju Jepun. Tahukah anda filem ini akan memaparkan banyak mecha yang cool. Mari lihat beberapa rekaan mecha yang sudah diperlihatkan oleh Del Toro kepada umum.



Serius Cool - Enchanted River : Sungai Tercantik Di Filipina (17 Gambar)


Cantik siak!

Enchanted River di Hinatuan, Mindanaoialah by far sungai tercantik di Filipina dan mungkin juga dunia, Air sungai ini berwarna biru dan azure. Nampak sangat surreal. Rasa macam nak terjun. Sungai ini sudah pasti lebih bersih dari Sungai Pasig di tengah-tengah Manila.



Monday 27 May 2013

Serius LOL - Warung Paling Grunge Di Malaysia


#SeemsLegit

Grunge is not dead!


Serius Sadis - Kudung Tangan Dan Kaki Kerana Implan Punggung Palsu (10 Gambar)


Sadis!

Minggu lalu kami paparkan kisah Aishah Samad, bekas atlet Singapura yang kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangan kerana jangkitan bakteria. Hari ini mari membaca kisah  Apryl Michelle Brown (47) yang juga kudung tangan dan kaki akibat perkara yang berbeza. Pada tahun 2005 Apryl mahukan punggung yang lebih montok. Kerana kekurangan wang beliau melakukan prosedur menyuntik silikon secara haram di rumah seorang teman. Silikon yang digunakan di sini bukanlah silikon biasa tetapi silikon penebat yang digunakan pada bangunan. Selepas menjalani dua prosedur haram ini beliau mendapat punggang seksi yang beliau idamkan. 

Malang bagi Apryl selepas setahun silikon di dalam punggung beliau mengeras. Kerana tidak tahan dengan kesakitan dan kegatalan yang diakibatkan implan ni, beliau akhirnya bertemu doktor untuk mendapatkan nasihat pakar. Hanya pada tahun 2011 beliau akhirnya dapat menjalani prosedur membuang implan haram ini. Sekali lagi malang bagi Apryl silikon penebat ini mengakibatkan kerosakan tisu badan dan sebahagian tisu punggung terpaksa dibuang. Ketika di dalam proses pemulihan kawasan tisu yang dibuang mengalami masalah jangkitan Staph dan beliau jatuh koma. Kaki dan tangan beliau mereput akibat jangkitan ini dan terpaksa dipotong. Kini beliau hidup tanpa tangan, kaki dan punggung. Jadi ingatkan rakan-rakan, syukurilah nikmat tuhan dan jangan merubah rupa asal anda dengan pembedahan plastik cap ayam!



Serius Kreatif - Rekaan Mecha Toshiaki Takayama (12 Gambar)


Beans!

Toshiaki Takayama ialah seorang illustrator yang berasal dari Jepun. Illustrasi Mecha beliau digunakan di dalam kad permainan Duel Masters. Gabungan mecha dan raksasa ciptaan beliau adalah sangat epic.


Serius LOL - Yoga Korean Style?


Wat?

Words fail me......


Serius Cool - Flip Car Fast And Furious 6 (20 Gambar)


Vehicular Warfare

Kenderaan paling tidak boleh dilupakan dari filem Fast 5 ialah Gurkha LAPV yang digunakan The Rock. Kenderaan paling tidak boleh dilupakan di dalam filem Fast and Furious 6 pula ialah Flip Car di bawah. Kenderaan buatan khas ini dihasilkan oleh penyelaras kenderaan Dennis McCarthy . Dennis sudah menjadi penyelaras kenderaan yang digunakan di dalam frankais filem ini sejak Tokyo Drift. Pada asalnya Flip Car sepatutnya ialah sebuah trak berkuasa tinggi yang mampu menterbalikkan kenderaan tetapi pengarah Justin Lin mahukan sesuatu yang lebih Eropah. Dennis kemudian mereka sebuah kenderaan yang diilhamkan oleh sebuah kenderaan F1. Sebab itulah flip car dibina sangat rendah dan berbentuk seperti sebuah kereta F1. Sebanyak 7 Flip Car dibina bagi kegunaan pergambaran. Ia diperkasakan enjin  6.2 liter LS3 V8 General Motor dengan 480 kuasa kuda. Flip Car mampu membawa 3 orang penumpang dan mempunyai sistem stering 4 tayar bagi memudahkannya berpusing. Cool eh?



Serius Fakta - Scold's Bridle : Topeng Hukuman Wanita Yang Kuat Membebel Kurun Ke-16 (11 Gambar)


Jangan kuat membebel

Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-19, Scold's Bridle digunakan di United Kingdom bagi menghukum wanita yang kuat membebel dan mengumpat. Rekod sejarah menunjukkan Scold's Bridle mula digunakan pada tahun 1567 di Scotland. Alat hukuman ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah plat mulut berduri yang dimasukkan ke dalam mulut. Kehadiran plat berduri ini menghalang pesalah yang dihukum dari bercakap dan makan. Bahagian kedua pula mengunci plat berduri ke kepala pesalah. Scold's Bridle juga dikatakan digunakan ke atas wanita yang dituduh mengamalkan ilmu sihir. Kali terakhir alat ini digunakan ialah pada tahun 1856 di Lancashire England. Sungguh brutal hukuman zaman dahulu!



Serius LOL - #OhMyMalay : Iklan Cuci Rumah Yang Best


Hadoi!

Ini pastinya syarikat milik pekerja asing


Serius - Amega Wand : Sebuah Lagi Produk MLM Yang Menipu


Booooooooo

Tak lama lagi ada la hamba iblis yang akan menjual produk ini kepada orang Malaysia. Kalau nampak dijual sila bagi link video ini ye. Amega Wand, sebuah lagi produk MLM menipu yang akan menipu ribuan manusia!


Serius Cool - Rumah Roda : Rumah Teater Bergerak (10 Gambar)


Art!

The Wheel House ialah sebuah persembehan teater bergerak yang dihasilkan oleh Teater Sarkas Acrojou. Kumpulan teater yang terdiri dari Jeni Barnard dan Barney White ini terdiri dari sebuah roda yang dilengkapi kesemua kelengkapan sebuah rumah. Jeni dan Barney akan melakukan aksi lagak ngeri menggunakan roda bergerak ini. Looks cool tetapi masih tidak dapat menandingi Siput Man Liu Lingchao.



Serius Kreatif - Superformula : Penutup Cecair Kemoterapi Bertema Adiwira Untuk Kanak - Kanak (12 Gambar)


Kreatif!

Sejak kebelakangan ini penyakit kanser dikalangan kanak-kanak semakin meningkat. Pihak doktor masih tidak mengetahui mengapa penyakit meningkat secara tiba-tiba dikalang kanak-kanak. Oleh sebab itu kanak-kanak kecil terpaksa melalui rawatan kemoterapi yang menyakitkan. Superformula ialah projek usahasama A.C.Camargo Cancer Center di Brazil dan Warner Brothers untuk mengurangkan trauma kanak-kanak yang terpaksa menjalani rawatan kanser ini. Beg intravenus berisi cecair kemoterapi ditutup dengan bekas plastik yang mempunyai logo adiwira Batman, Superman, Green Lantern dan Wonder Woman. Pesakit kemudian diberitahu cecair ini ialah "Superformula" yang dapat mengembalikan kesihatan mereka. Diharap dengan penggunaan penutup ini kanak-kanak akan lebih berani dan bersemangat untuk menjalani sesi rawatan. Good idea!



Sunday 26 May 2013

Serius Cool - Model Lego X - Wing Berskala Sebenar (15 Gambar)


Awesome!

Lego ada menjual set pesawat angkasa Star Wars X-Wing. Set ini mengandungi 590 bongkah Lego. Di New York dua hari lalu sebuah model pesawat X-Wing Lego berskala sebenar diperlihatkan kepada awam. Model ini dibina menggunakan 5,335,200 bongkah Lego! Ia lengkap dengan robot R2D2 dan anda boleh duduk di dalam kokpitnya. Selain itu model ini juga mempunyai lampu dan bunyi enjin pesawat angkasa sebenar. Ianya dibina di gudang pembinaan Lego di Republic Czech sebelum dibawa ke Manhattan untuk tontonan umum. Awesome gila!


Serius VS - Perubahan Seorang Lelaki Menjadi Seorang Barbie (10 Gambar)


Berubah!

Nicole Sanders (32) dilahirkan sebagai seorang lelaki bernama Jason Torres. Sejak kecil beliau gemar bermain dengan patung Barbie dan akhirnya pada usia 17 tahun beliau mula menjalani prosedur pembedahan plastik bagi merubah jantina beliau. Selepas membelanjakan USD 300 000 (RM 900 000) beliau kini berjaya menjadi seorang Barbie sebenar. Pembedahan beliau dibiayai oleh teman lelaki beliau yang kaya. Untunglah. Tetapi pembedahan beliau tidak sepower Ratu Trangender Thailand Treechada Petcharat yang pernah kami paparkan dahulu. Cuba bandingkan perubahan seorang wanita menjadi lelaki ini pula. Macamana?




Saturday 25 May 2013

Serius LOL - Pencak Silat Penyu Dari Terengganu


LOLWUT?

Semalam ada orang gelakkan pencak kungfu itik. Ada kata ianya pencak bangang. Di Terengganu kami difahamkan ada Pencak Silat Penyu. Menurut lagenda mahaguru silat penyu ternampak dua ekor penyu bergaduh berebut pisang. Dari pergelutan penyu tersebut lahirlah silat penyu. #SeemsLegit

Thanks @Anasnomous 


Serius Fakta - Lagi Fakta Mengapa Anda Perlu Berhenti Merokok


Smoking kills

I am failing hard when it comes to quitting. Jadi harapnya orang lain yang mempunyai kekuatan dan jati diri yang power boleh berhenti rokok lepas baca infografik di bawah.


Serius Mashup - Watak - Watak Adiwira Dan Filem Edisi Stormtroopers (9 Gambar)


Mash Up!

Di bawah ialah karya kreatif Jon Bolerjack yang menggabungkan watak komik dan filem ternama dengan watak Stormtroopers dari Star Wars. Kinda legit and cool!



Friday 24 May 2013

Serius LOL - Pencak Kungfu Itik!


Yi Ar Kung Fu

Adakah anda cuak dengan pencak itik pakcik ini? 



Serius Kreatif - Seni 3D Jalanan Joe Hill Dan Max Lowry (13 Gambar)


Art!

Seni jalanan 3D oleh Joe Hill dan Max Lowry. Epic!



Serius Cool - Lalabu : Baju Dengan Kendong Bayi Terbina Dalam (9 Gambar)


Old is Cool!

Lalabu ialah sebuah t-shirt yang mempunyai kendong terbina dalam untuk mendukung bayi. Ianya rekaan dua orang pasangan suami isteri dari Amerika Syarikat yang mahu mengendong bayi mereka dengan lebih selesa. Kendong bayi apabila tidak digunakan kelihatan seperti fabrik baju biasa. Lalabu mendapat inspirasi dari cara ibu ibu di Sierra Leone mengondang bayi mereka. Buat masa ini Lalabu masih mengumpul dana untuk menjadikannya realiti. Idea yang bernas!



Serius LOL - Pakcik Mangsa Trolling Majalah Mangga?


Hahahha

Siapa la punya kerja ni. Kesian pokcik!



Serius Konsep - Masjid Berkuasa Solar Di Pristina Kosovo (10 Gambar)


Mesra Alam!

Minggu lepas kami ada paparkan konsep rekaan masjid moden di Pristina Kosovo. Hari ini mari lihat sebuah lagi konsep yang bertanding untuk rekaan akhir Masjid Utama Pristina. Masjid berbentuk sfera berkuasa solar ini ialah rekaan firma Itali Paolo Venturella. Rekaan sfera dipilih kerana ia akan mengoptimasikan dedahan panel solar kepada cahaya matahari sepanjang hari. Ruang solat berbentuk bulat juga membahagikan kawasan solat utama kepada dua. Ruang solat pertama digunakan pada hari biasa sementara ruang solat kedua yang lebih besar digunakan pada hari jumaat. Panel dinding juga boleh dibuka bagi pengudaraan dan pencahayaan semula jadi. Really coo.



Serius VS - Ujian Kepantasan Samsung Galaxy S4 VS HTC One


Siapa lagi power?

Video ehsan AMANZ.MY . Apakah peranti pintar Android yang terpantas di pasaran sekarang? Adakah benar Galaxy S4 peranti terbaik di pasaran? HTC One ini bagus atau tidak? Sila buat konklusi anda sendiri


Serius Cool - Liu Lingchao : Siput Man Guangdong (13 Gambar)


Slowest superhero ever

Liu Lingchao (38) ialah seorang pengutip barang lusuh yang berasal dari Guangdong China. Beliau mempunyai kehidupan yang berkelana dan oleh sebab mahu menjimatkan kos penginapan beliau membina rumah bergerak beliau sendiri yang dikendong kesana-kemari. Rumah seberat 60 kilogram inilah yang dijadikan tempat berteduh beliau dan ianya dilengkapi kesemua keperluan harian Liu. Oleh kerana keunikan beliau, Liu dikenali sebagai Manusia Siput. Sanggupkah anda hidup seperti Liu untuk mencari rezeki yang halal? Kami asalkan ada WIFI ok kot? Kah kah

T Shirt Hari Ini #34 - T-Shirt Monster's Inc Dari Threadless (9 Gambar)


Booo!

Sempena menyambut penayangan Monster's University, Threadless mengadakan pertandingan mereka baju Monster's Inc. Hasilnya ialah rekaan-rekaan di bawah. Cool abis. Setiap satu dijual pada harga USD 15 (RM45) sehelai



Thursday 23 May 2013

Serius Fakta - HMS Malaya : Kisah Sedih Kapal Perang Utama Yang Dibayar Negeri Melayu Bersekutu (19 Gambar)


Edukesyenel TL:DR

Dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia, mereka tidak pernah mempunyai kapal perang utama (Battleship). Ini adalah kerana selepas perang dunia kedua penggunaan kapal perang utama sudah ketinggalan zaman. Kapal perang utama Yamato, Bismarck , Arizona dan Prince Of Wales kesemuanya musnah akibat penggunaan kapal terbang pengebom dan torpedo. Pasca Perang Dunia Kedua kapal perang pengangkut kapal terbang mengambil alih tugas kapal perang utama sebagai kapal paling berprestij.

Sungguhpun Malaysia tidak pernah mempunyai kapal perang utama, kerajaan Negeri Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) bersetuju membina sebuah kapal perang utama yang kemudian dihadiahkan kepada kerajaan Britain. HMS Malaya dilancarkan pada tahun 1915 dan mula beroperasi pada tahun 1916. Kapal perang dari kelas Queen Elizabeth ini dibina dengan kos £2,945,709 ( 25 000 000 Dolar Negara Selat) di limbungan kapal milik Armstrong-Whitworth's di Walker-on-Tyne Newcastle England. Pemberian kapal perang ini kepada Britain adalah buah fikiran Sultan Perak iaitu Sultan Idris Murshidul Azam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar dan disokong oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah. Ianya dicadangkan almarhum Sultan ketika majlis raja-raja 1912 sebagai tanda sokongan negeri - negeri melayu bersekutu kepada empayar Britain. Pada tahun 1921 HMS Malaya melakukan lawatan ke tanah melayu dan berhenti di  Port Swettenham, Singapura, Melaka, Port Dickson and Pulau Pinang. HMS Malaya melakukan majoriti operasi ketenteraannya di lautan Mediterranean dan kepulauan Britain.

Semasa masih beroperasi, King George pernah bertugas di atasnya. Kapal perang utama ini dilengkapi 8 meriam 15 inci yang diletakkan di dalam 4 rudal utama dan mempunyai sesaran seberat 33 020 tan. Panjang kapal ialah 196.82 m sementara lebarnya pula ialah 27.58 m. Ia diperkasakan enjin stim arang batu 56 600 kuasa kuda yang mampu memberikan kelajuan maksimum 25 knot

Ketika Perang Dunia Pertama , Malaya terlibat di dalam Petempuran Jutland. Pertempuran ini terkenal kerana ia berjaya menghadkan pembabitan Tentera Laut Jerman hanya sekitar perairan litoralnya. Di dalam pertempuran ini Malaya mengalami kerosakan yang teruk akibat dibedil sebanyak 8 kali. Antara yang tercedera ialah Able Seaman Willie Vicarage. Beliau adalah antara individu terawal yang diberikan pembedahan plastik bagi membaiki muka akibat kecederaan yang teruk. Sebahagian besi dari bedilan kapal perang Jerman ini kemudiannya dihadiakan kepada Negeri Negeri Melayu Bersekutu ketika lawatan pada tahun 1921. Kami tak tahu sama ada artifak ini masih ada di Malaysia ataupun tidak. Uniknya HMS Malaya ketika pertempuran Jutland ialah ianya satu-satunya kapal perang yang mengibarkan bendera Negeri - Negeri Melayu Bersekutu dan bukanya bendera Britain. Bendera ini dikatakan sepanjang 15 kaki. 

Pada tahun 1922 HMS Malaya membawa  Sultan Mehmed VI, Sultan terakhir Empayar Otmaniah yang dibuang negara oleh Mustapha Kamal Attaturk ke Malta

Pada tahun 1936 HMS Malaya dihantar ke Palestin bagi menentang kebangkitan warga Arab yang tidak bersetuju dengan kebanjiran bangsa Yahudi yang dibawa masuk Britain. Beberapa periuk api yang disimpan di atas HMS Malaya digunakan bagi meletupkan rumah milik penentang Arab. 

Pada tahun 1941 Ketika Perang Dunia Kedua, Malaya mengalami kerosakan teruk akibat serangan torpedo U-Boat. Ia dibaiki di pelabuah New York dan kemudiannya menjadi pengiring konvoi kapal kargo merentasi lautan Atlantik.

Pada tahun 1948 HMS Malaya dihentikan khidmatnya oleh Tentera Laut Diraja Britain dan ianya diubah menjadi kapal sasaran untuk sekolah latihan pengebom udara .Pada 12 April 1948 ianya dimusnahkan sebagai besi buruk di Fastlane Scotland.

Pada 12 September tahun yang sama sempena hari menyambuat kemenangan British di Malaysa, loceng HMS Malaya dihadiahkan oleh Tentera Laut Diraja Britain kepada Sekolah Vitoria Institution. Loceng ini dibunyikan setiap pagi bagi menandakan permulaan sesi persekolahan. Ianya dihadiahkan kepada V.I kerana ianya pada ketika itu merupakan sekolah terbaik di Tanah Melayu dan diharapkan prestij HMS Malaya yang penuh bersejarah dapat menjadi contoh teladan pelajar sekolah. 

Pada tahun 1983 pihak TLDM cuba mendapatkan loceng ini dari pihak sekolah untuk diletakkan di Muzium TLDM. Pihak V.I enggan menyerahkannya kerana ianya hadiah dari Tentera Laut Diraja Britain dan bukannya milik TLDM. TLDM gagal mendapatkan hak penjagaan loceng ini selepas pesatuan Old Boys V.I berjaya menunjukkan bukti sahih penyerahan loceng ini kepada pihak sekolah untuk disimpan

Sungguhpun begitu pada tahun 2007, loceng ini diserahkan juga kepada TLDM setelah diminta oleh Sultan Selangor,  Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda pada ketika itu baru sahaja menemui bendera asal yang digunakan oleh HMS Malaya ketika ianya masih berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain. Bendera ini dihadiahkan baginda kepada Muzium TLDM. Pada hemat baginda adalah baik sekiranya bendera dan loceng HMS Malaya dapat disatukan semula selepas puluhan tahun dipisahkan. 

Dari kajian kami loceng asal HMS Malaya dan bendera Negeri Negeri Melayu Bersekutu yang dikibarkannya kini boleh dilihat di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia yang terletak di Melaka. Ada pembaca boleh confirmkan?


Serius Cool - Cosplay Watak Merida Dari Filem Brave (7 Gambar)


Brave!

Ini ialah cosplay watak Merida dari filem animasi 3D Brave yang cool. Ianya hasil kerja Angela, seorang cosplayer berumur 15 tahun yang berasal dari Long Island New York. Good job. For once cosplayer wanita tak perlu menjadi watak seksi untuk mendapat pujian.


Serius LOL - Iklan WIndows Dari Korea Selatan


#SeemsLegit

Having said that I do not like Win8. 


Serius Konsep - Aston Martin CC100 (14 Gambar)


Vroom

Sempena ulang tahun Aston Martin ke-100, mereka menghasilkan kenderaan konsep CC100 Speedster . Kenderaan yang diilhamkan oleh Aston Martin DBR1 ini diperkasakan dengan enjin V12 6.0 liter dan dijangkakan mempunyai kelajuan maksimum 291 kilometer sejam. Keseluruhan kasis dan tubuh kenderaan ini diperbuat daripada gentian karbon. Sila kumpul duit sekarang supaya anda mampu membelinya di kehidupan masa hadapan anda.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails