Monday 30 June 2014

Serius VS : Tokoh Politik Malaysia - Semasa Muda VS Tua


Steady

Kacak juga si Khir Toyo masa muda.


Serius Cool - Masjid Dimaukom : Masjid Merah Jambu Di Filipina (12 Gambar)


Merah jambunya mak ngah!

Di Malaysia masjid biasanya diwarnakan putih dengan warna hijau pada sesetengah bahagian kerana warna ini dikatakan warna syurga. Kalau masjid yang lebih swag warna biru digunakan kerana ianya sedap mata memandang. Masjid Dimaukom yang terletak di Bandar Datu Saudi Ampatuan, Maguindanao Filipina dicat dengan warna yang jarang kita lihat iaitu merah jambu. Warna ini dipilih oleh Datuk Bandar Samsodin Dimaukom bagi melambangkan keamanan, kasih sayang dan persaudaraan di antara penganut muslim di bandar ini. Ianya dibiayai sepenuhnya oleh Samsodin Dimaukom dan dibuka jumaat lalu semasa solat jumaat. Weird looking but definitely unique. 



Serius - Remaja Yang Berpuasa Selama 10 Bulan Berterusan


Ram Bahadur Bomjon

Selamat datang Ramadan Mubarak. Umat Islam seluruh dunia berpuasa selama sebulan bgi menginsafi kehidupan mereka yang fana ini dan memenuhi tuntutan rukun Islam. Ada yang berpuasa selama 9 jam seperti di Australia. Ada juga yang berpuasa selama 21 jam seperti di Iceland. Kami rasakan kes seorang remaja berpuasa selama 10 bulan ini releven di bulan Ramadan. Ram Bahadur Bomjon (24) menggemparkan Nepal pada tahun 2005 kerana dilaporkan berpuasa hampir setahun. Beliau tidak meneguk setitik air atau menelan sebarang makanan sepanjang tempoh tersebut. Menurut Ram Bahadur Bomjon belaiu bermeditasi seperti Buddha semasa hayatnya bagi mencapai tahap pencerahan tertinggi. Adakah puasa 10 bulan beliau benar ataupun palsu? Beliau pernah dirakan selaman 48 jam bertafakur tanpa bergerak, makan ataupun minum. Yang pasti beliau tidak mempunyai masalah gastrik. Selamat berpuasa!


Serius Cool - Laucala Island Resort : Syurga Dunia Di Kepulauan Fiji (24 Gambar)


Wow Cantik

Laucala Island Resort yang terletak di Kepulauan Fiji dinobatkan antara syurga dunia oleh laman percutian mewah. Pada awalnya pulau ini ialah sebuah ladang tanaman kelapa dan penternakan lembu. Saiznya kecil dengan keluasan kurang daripada 12 kilometer persegi. Pada tahun 1972 ianya dimiliki Malcolm Forbes, hartawan penerbitan yang terkenal dengan majalah Forbes. Selepas beliau meninggal dunia dan dikebumikan di Laucala, ianya dibeli oleh Dietrich Mateschitz, pemilik syarikat minuman Red Bull pada tahun 2003. Dietrich Mateschitz kemudian membina Laucala Island Resort di atas pulau persendirian ini. Anda boleh menikmati air laut kebiruan dan kolam renang dengan dinding kaca. Terdapat juga spa untuk menyegarkan badan yang penat bekerja.Terdapat juga kapal selam mini yang boleh anda sewa untuk meneroka perairan sekitar pulau. Jika anda tidak mahu diganggu terdapat chalet terapung di atas permukaan laut untuk anda. Harga penginapan bermula dari RM 16 000 semalam dan meningkat sehingga RM 23 000. Kalau anda mampu kesini anda sememangnya kaya!



Serius Cool - Leaux : Basikal Roda Tiga Untuk Orang Dewasa (10 Gambar)


Ranggi!

Basikal roda tinggi ialah basikal mainan yang digunakan oleh kanak-kanak yang tak renti menunggang basikal roda dua. Tetapi Leaux Racing Trikes cuba merubah persepsi ini dengan basikal roda tiga mereka yang ranggi. Basikal roda tiga ini membolehkan penunggangnya melalukan aksi lasak seperti berputar 360 darjah dengan pantas. Kami tak pasti sama ada basikal ini ada dijual di Malaysia tetapi nampk lebih seronok dari basikal Fixie. Setiap Leaux dijual pada harga USD 350 (RM 1124) sebuah


Serius Fakta - 10 Benda Yang Paling Aneh Diharamkan OIeh Negara Seluruh Dunia


Pelik Tetapi Benar

Apa kamu ingat Malaysia haramkan penggunaan nama Allah oleh golongan  dan Komik Ultraman itu aneh? Ini dia 10 lagi benda aneh yang diharamkan negara seluruh dunia.Di Canada walker untuk bayi berlatih bejalan diharamkan dan anda boleh didenda CND 100 000 ataupun penjara selama 6 bulan kerana memilikinya. Woah!


Serius LOL - CosplayWatak Misty Pokemon Yang Paling WTFBBQ (8 Gambar)


LMAO!

Zee Kotwal ialah seorang cosplayer yang berasal dari Australia. Beliau mungkin cosplayer Misty dari siri animasi Pokemon yang paling WTFBBQ. So wrong yet so win!



Serius Cool - IMI Combatguard : Kenderaan Offroad Tentera Tahan Lasak Terkini (11 Gambar)


Vroom!

Kenderaan Humvee ialah kenderaan membawa infantri yang paling popular sebelum ini. Ianya digunakan askar Amerika Syarikat secara meluas ketika perang teluk. Akhir-akhir ini Humvee tidak lagi layak digunakan kerana tentera Al Qaeda menemui kelemahan kenderaan ini yang mudah dimusnahkan menggunakan RPG 7 dan bom tepian jalan IED. Kenderaan baru yang lebih tahan lasak diperlukana bagi menggantikan Humvee yang sudah digunakan sejak 1984.

Pihak Israel Militiry Industries menghasilkan CombatGuard, kenderaan infantri generasi terkini untuk kegunaan mereka. Jika dibandingkan dengan Humvee, CombatGuard bukan sahaja lebih tahan serangan roket dan IED ianya juga lebih tahan lasak. Ia mampu meredah permukaan berbukit bukau dan beralun dari Humvee. CombtGuard diperkasakan enjin diesel 300 kuasa kuda. Menurut IMI ia mampu memecut sehingga 150 kilometer sejam di atas jalan raya dan 120 kilometer sejam di atas permukaan tidak berturap. Ini adalah menakjubkan bagi sebuah kenderaan armor dengan berat bersih 8000 kilogram!



Sunday 29 June 2014

Serius LOL - Plat Nombor Kereta Yang Paling Angkuh?


Nice One!

Bukan kereta anak Rozita kerana anak Rozita punya result tak gempak macam di bawah



Saturday 28 June 2014

Serius VS - Polis Brazil VS Mat Rempit = Super Rempit


OWNED

Di Malaysia Mat Rempit suka bergaya dengan lagak Superman. Di Brazil Polis mereka melanggar penjenayah Mat Rempit yang kemudian terbang seperti The Last Son Of Krypton. OWNED. THIS IS BRASILLLLLLLLLL


Serius Neko - Rumah Kucing Comel Berbentuk Ikan (12 Gambar)


Nekodes!

Kucing sukakan ikan dan rumah ikan rekaan Sang Nam-Park dari Korea Selatan adalah sangat comel ataupun dalam bahasa Korea "gwiyeoun". Setiap rumah kucing ini diperbuat daripada kayu yang dipotong menggunakan laser. Jika berminat anda boleh membelinya pada harga WON 570 000 (RM 1805) sebuah disini 



Serius LOL - Gelagat Menyejukkan Diri Apabila Cuaca Panas Melampau (10 Gambar)


El Nino

Cuaca di Lembah Klang sangat panas sejak beberapa minggu yang lalu. Jerebu juga kembali dan menyesakkan paru-paru. Kombinasi cuaca panas dan jerebu mengekibatkan kita semua tak senang duduk dan terpaksa duduk di dalam aircond. Di bawah ialah beberapa cara menyejukkan diri anda ketika di luar. Good luck! 



Serius Hot - Selamat Tinggal Korea Selatan : Mari Layan Penyokong Wanita Mereka Yang Comel (15 Gambar)


KPop Babes

안녕 한국 annyeong hangug! Korea Selatan menyertai England, Spain dan Itali pulang awal dari Brazil. Jangan bersedih kerana koleksi penyokong Korea yang comel di bawah pasti mengubah dukamu. 



Serius Kreatif - Jika Keluarga Di Dalam Game of Thrones Mempunyai Jersi Bolasepak Mereka Sendiri (9 Gambar)


Go Night's Watch!

Setiap keluarga bangsawan di Westeros mempunyai logo keluarga mereka sendiri. Now imagine if mereka mempunyai pasukan bolasepak sendiri. Kegemaran kami ialah Night's Watch. Nampak nice gila jersi - jersi bola rekaan Narea Palacios yang berasal dari Sepanyol ini. Make it real Nike!



Serius LOL - Future Batmen : Pelakon - Pelakon Hollywood Lain Yang Mungkin Menjadi Batman


Genius

Adam Sandler Batman is the best bro


Thursday 26 June 2014

Serius - Adakah Ini Gambar Jin Bersolat Di Atas Gunung Jerai?


Dun Dun Dun

Gambar ini katanya diambil oleh staff TM yang sedang melakukan lawatan ke pencawang di atas Gunung Jerai. Kelihatan sosok 3 manusia berserban sedang bersolat di belakang. Dun dun dun!


Serius - Wanita Mungkin Dipenjara Seumur Hidup Kerana Menyelamatkan Itik Di Tepi Jalan


Quack Quack

Emma Czornobaj (25) mempunyai hati yang kudus. Pada tahun 2010 ketika memandu di Lebuhraya Montreal Kanada beliau menghentikan kenderaan di atas jalan raya bagi menyelamatkan beberapa anak itik yang dilihat di bahagian pembahagi jalan. Tindakan berperikemanusiaan ini  beliau ini mengakibatkan berlakunya kemalangan maut yang meragut nyawa Andre Roy (50) dan anak bekiau Jessie (16). Pihak juri mendapati Emma bersalah memandu dengan merbahaya kerana memberhentikan kenderaan pada lorong laju lebuhraya. Beliau juga didapati bersalah mengakibatkan kematian akibat pemanduan bahaya ini. 

Jika sabit kesalahan beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Pihak pembelaan mahu hukuman Emma dikurangkan kerana beliau bukan sengaja mahu mengakibatkan kematian tetapi bertindak atas dasar cintakan haiwan. Mereka juga berkata Andre dan anak beliau mungkin tidak meninggal dunia jika mereka memandu mematuhi halaju lebuhraya. Bapa yang menunggang motosikal pada hari kemalangan didapati memandu melebihi halaju yang ditetapkan sekurang-kuranya sebanyak 20 batu sejam. Isteri beliau yang mengekori dengan sebuah lagi motosikal terselamat walaupun turut merempuh kereta Emma kerana beliau memandu pada halaju yang ditetapkan. Sungguhpun kehilangan anak dan suami tercinta, Jessi Roy tidak menyalahkan Emma atas kematian mereka. Sad. Nak buat baik berpada - pada. 



Sumber Montreal Gazette

Serius Genius - What's On Your Mind? : Filem Pendek Melihat Pembohongan Kita Di Media Sosial


BOOM!

Semuanya bohong hanya untuk kelihatan gembira. #True


Serius Sadis - Realiti Piala Dunia Brazil 2014 (12 Gambar)


This is Brasil

Berbillion dibelenjakan untuk pembinaan stadium dan persiapan Piala Dunia 2014. Realitinya rakyat Brazil masih ramai yang masih hidup penuh kedhaifan di dalam Favelas a.k.a perkampungan setinggan. Kita bersyukur kerajaan Malaysia tidak membazir mahu menjadi tuan rumah temasya dunia. Kerajaan sedar duit lebih baik dibelanjakan kepada rakyat-rakyat yang memerlukan dan wang saku BR1M. Terima kasih Datok Seri Najib. #IYCBTS



Serius Cool - Cara Melintas Sempadan Paling Menarik Di Portugal Dan Sepanyol (8 Gambar)


ZIP

Di Malaysia cara paling unik untuk melintas sempadan ialah dengan naik bot pancung melintasi Sungai Golok. Di Sanlucar de Guadiana Sepanyol ada cara lebih cool, pantas dan unik untuk melintas sempadan Sepanyol Portugal. Di bandar yang terletak di Andalusia ini anda boleh melintas sempadan dengan menaiki zip line. Zip line sepanjang 2365 kaki ini membolehkan anda melintas sempadan dalam masa 60 saat. Idea yang baik. Letaklah diantara Singapura dan Johor. Buat menara satu. For sure lagi laju dari melintas naik kereta yang asyik tersekat di Tambak Johor!



Serius Cute - Nicola Peltz : Dari Gadis Last Airbender Ke Transformers (16 Gambar)


Jauh Berubah

Nicola Peltz ialah pelakon cilik dari filem The Last Airbender yang kini menjadi pelakon wanita utama filem Transformers 4 Age of Extinction. Gadis berusia 19 tahun ini mula berlakon pada tahun  2006 dan kami tak sangka budak comel dalam Airbender kini menjadi seorang hot stuff. 



Serius Sadis - Kereta Mewah Terbiar Di Dubai (12 Gambar)


Bazir!

Di Dubai kereta mewah mungkin nilainya hanya seperti sebuah Proton Saga. Kereta - kereta mewah ini terbiar di bawah cahaya terik mentari Dubai tanpa dipedulikan pemilik. Kebanyakkan ditinggalkan oleh tuan punya yang dibuang kereja selepas kejatuhan ekonomi dunia. Balik kampung tanam jagung tinggal kereta yang tidak habis dibayar berdebu di Dubai. 



Serius - Video Rakyat Malaysia Yang Berperang Di Syria


Jihadist

Ini ialah video beberapa rakyat Malaysia yang di Syria berperang menentang Basyar Assad. Dalam laporan media semalam seramai 15 orang rakyat Malaysia dilaporkan sudah terkorban setakat ini. Sebenarnya penglibatan rakyat Malaysia secara persendirian bukan perkara baru. Semasa kami belajar dahulu ada brother yang meminta wang dari students untuk biaya pergi berjuang di Bosnia. Tunjuk gambar mereka berperang disana. So this is not really new cuma kita hush hush sahaja. On a side note jika mereka pulang ke Malaysia mereka boleh ditangkap kerana terlibat "di dalam kegiatan keganasan". 

Wednesday 25 June 2014

Serius LOL - Mumtaz Begum : Manusia Separa Musang Tarikan Pelancong Di Zoo Pakistan (9 Gambar)


Fake and Ricky Martin!!


Zoo Negara ada Panda dari China yang kini menjadi tarikan rakyat jelata. Di Zoo Karachi mereka ada Mumtaz Begum sebagai penarik pelawat. Mumtaz Begum ialah wanita dengan badan separa musang yang sudah menjadi tarikan pelancong sejak 35 tahun yang lalu. Orang ramai akan datang melawat manusia hibrid ini untuk menilik nasib, menanyakan soalan peperiksaan dan juga meminta jodoh. Setiap pengunjung akan membaway Rp 10 untuk melihat dan meminta tilikan dari Mumtaz.


Yang menariknya disini ialah Mumtaz Begum sebenarnya seorang lelaki bernama Murad Ali (31). Beliau melakonkan watak Mumtaz sejak 16 tahun yang lalu sejak kematian bapa beliau yang merupakan pelakon asal aksi karnival ini. Beliau terpaksa berlakon sebagai Mumtaz lengkap dengan solekan tebal selama 12 jam sehari. Pada asalnya Mumtaz hanyalah tarikah fun fair yang menarik perhatian orang ramai. Lama-kelamaan kerana popular beliau mula dipamerkan di dalam zoo ini untuk tontonan umum. Ramai tahu Mumtaz bukanlah haiwan hibrid musang tetapi hanyalah helah Murad Ali dan bapa beliau tetapi kerana ianya tarikan turun temurun, tarikan ini dikekalkan di dalam zoo.


Macam-macam gimik dilakukan untuk menarik pelawat. Kami pernah lihat tarikan serupa masa duduk di kedah. Fake gila siak!




Serius Cool - Trak Gergasi Ford F 650 Kesultanan Johor (11 Gambar)


Giant!

Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ketika hayatnya terkenal dengan hobi menunggang motosikal besar. Semasa kami tinggal di Johor pada waktu petang pasti melihat Almarhum menunggang like a bawse berhampiran Lido. Good times. Anakanda beliau dan kini Sultan Ibrahim nampaknya mempunyai hobi mengumpul kenderaan juga. Baginda mempunyai koleksi kereta eksotik dan salah satu kenderaan unik milik baginda ialah lori gergasi Ford F650. Ford F650 sebenarnya adalah sebuah lori yang diubahsuai untuk menjadi truck seperti di bawah. Model asas F650 diperkasakan enjin Diesel 7.2 Liter dengan 365 kuasa kuda. Sangat tinggi dan besar. Nampak sangat bad ass. 

Serius Sadis - Penghormatan Terakhir Buat Penderma Organ Di China


Terus hidup

Ini adalah gambar sedih yang diambil selepas Liang Yaoyi (11) seorang kanak-kanak yang berasal dari Shenzen meninggal dunia akibat ketumbuhan di dalam otak. Kerana ketumbuhan ini Liang Yaoyi hilang kemampuan untuk menggerakkan tubuh dan beliau menanti sahaja untuk Izrail mencabut nyawa. Ketika di hospital beliau memberitahu para doktor beliau menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor. Namun beliau sedar hasrat beliau ini tidak akan kecapaian kerana beliau akan meninggal dunia.

Oleh sebab itu Liang Yaoyi berikrar selepas beliau meninggal dunia beliau mahu menderma organ beliau kepada mereka yang memerlukan. Beliau berharap ada penderma organ beliau akan memasuki universiti dan menjadi seorang doktor kelak. Inilah satu-satunya cara untuk sebahagian tubuh beliau menjadi doktor selepas beliau meninggal dunia. Selepas meninggal dunia organ beliau dikeluarkan dan sebelum dihantar ke rumah mayat para doktor yang terlibat dalam pembedahan ini memberikan penghormatan terakhir dengan tunduk kepada jasad beliau. Turut ada di dalam majlis ini ialah ibu bapa Liang Yaoyi.

Respect...........




Sumber QQ


Serius WTF - Casing iPhone Paling Creepy Yang Boleh Anda Miliki (8 Gambar)


What?

Isopod ialah haiwan krustacea laut yang bukan sahaja creepy tetapi mampu hidup selama bertahun-tahun tanpa menjamah sebarang makanan. Seekora Isopod di Jepun tidak makan selama 5 tahun sebelum meninggal dunia awal tahun ini. Since Japan is a weird ass nation terdapat pihak yang menghasilkan casing iPhone dengan bentuk seekor Isopod. Ianya dijual pada harga Yen 3000 (RM 10) dan kini anda boleh mempunyai seekor casing Facehugger yang tidak boleh dimasukkan ke dalam kocek seluar. Hey at least you have a unique casing right? 



Serius Cool - Figura Aksi Maleficent : Miliki Angelina Jolie Mini (11 Gambar)


Angie!

Filem Maleficent mungkin kurang oomph tetapi Angelina Jolie sangat convincing sebagai seorang bomoh wanita yang dahulunya seorang pari-pari. Kini anda boleh memiliki patung aksi Maleficent pada skala 1/6 keluaran Hot Toys. Ia dilengkapi kayu sakti, buruk gagak dan globul api yang yang boleh dilekatkan pada tangan. Syaitan bertenggek pada patung di rumah dan malaikat tak masuk rumah sold seperately. 



Serius Hot - Selamat Tinggal Itali : Mari Layan Penyokong Wanita Mereka (15 Gambar)


Arrivederci!

Italiano.......Team yang agak kuat tetapi kini menerima nasib yang sama seperti England. Boleh kembali ke rumah dan makan pizza sehingga muntah. Mario Balotelli boleh kembali ke pangkuan tunang yang cantik beliau. Lucky guy!



Serius LOL - Ultimate Fighting Championshop : Edisi OKU


GLITCH!

So wrong yet so funny. Bila ada pepijat dalam permainan konsol UFC. 

Tuesday 24 June 2014

Serius Cool - Paper Cut Razor : Pisau Pencukur Diperbuat Daripada Kertas (9 Gambar)


Recycle!

Kertas boleh memotong jari sehingga luka. Pedihnya ya amat. Pisau pencukur pula banyak digunakan untuk bercukur dan ianya sukar dibiodegradasi kerana diperbuat daripada plastik. Dua realiti dunia ini memberikan ilham kepada 
Nadeem Hadairy untuk menghasilkan pisau cukur daripada kertas, Paper Cut Razor. Kertas kalis air dilipat seperti origami dan boleh digunakan untuk bercukur. Selepas digunakan ianya mudah  dikitar semula dan all is well. This is actually cool. 



Serius Hot - Wajah Sebenar Pelakon - Pelakon Wanita Game of Thrones (12 Gambar)


Tet tet tetetet tet tet

For the girls are hot and full of surprises. Season five is coming. Kerana wajah sebenar pelakon wanita siri Game of Thrones berbeza dari dunia sebenar. Terutamanya Brianne of Tarth. What?



Serius - Bekas Penyimpan Mewah Piala Dunia Buatan Louis Vuitton (11 Gambar)


Ell Bee....

Bolasepak ialah sukan marhaen yang kini mejadi mainan golongan pemodal. Di Brazil jelas kelihatan kerusi-kerusi kosong sepanjang perlawanan kerana tiket yang terlalu mahal untuk golongan pekerja. Harga tiket paling murah di Brazil ialah GBP 80 , ini terlalu mahal bagi Poorguydinho untuk membelinya. Jadi tidak mengejutkan sepanjang World Cup terdapat demonstrasi anti FIFA dilakukan oleh rakyat yang merasakan temasya ini membazir masa. Bagi menunjukkan lagi betapa elitisnya FIFA dan Piala Dunia, jenama barangan mewah yang tak cantik mana pun Louis Vuitton sudah menaja bekas menyimpan Piala Dunia sejak 2010. Ianya dicipta khas untuk menyimpan piala ini sejak 2010. Ia diperbuat daripada kulit dan obviously is just there to further the gap between the real football fans and the FIFA fat cats. 


Serius Neko - Cara Neko Berjalan Yang Comel


Comel

Hai hai....... macam seekor kuda pula teknik berjalan kucing ini

Thanks @NazriVovinski


Monday 23 June 2014

Serius Cool - ODIN : Projektor Mudah Alih Berkuasa Android Yang Stylo (12 Gambar)


Nice!

Projektor selalunya digunakan di kedai mamak bagi memaparkan perlawanan bola sepak. Di kebanyakkan mamak projektor gergasi digunakan bagi memastikan siaran dapan dipancarkan pada skrin yang besar. This is all well and good tetapi projektor yang ada dipasaran sekarang tidak cukup kompak dan mudah alih. 


ODIN yang direka oleh firma Dos Owl yang berpengkalan di  Amerika Syarikat adalah projektor pintar mudha alih berkuasa Android. Ia bukan sahaja mampu memancarkan imej sebesar 145 inci mendatar tetapi turut mampu berinteraksi dengan peranti pintar tanpa wayar. Ia menggunakan sistem operasi Android Kit Kat dan diperkasakan pemproses 1.6 GHz Empat teras. Tak cukup dengan itu ia turut menyokong Bluetooth 4.0 serta outpot HDMI penuh. Very nice. Kompak,kecil dan pintar. Do want! Jika mahu sila sokong projek ini di Kickstarter.



Serius WTF - X.POSE : Baju Yang Membogelkan Pengguna Yang Berkongsi Status Di Media Sosial (12 Gambar)


Maksud Tersirat

Dunia kini semakin dipenuhi manusia yang mahu berkongsi semua benda dengan rakan taulan dan sanak sedara. Hari ini beli karipappun dikongsi di Facebook dan kemudian nama tok wan, tok cik. mak ngah, mak lang, nek empat, pakcik Kasim, Uncle Zack dan Roslan anak Paman Yanto di tag walaupun sebenarnya tak ada langsung kena mengena. Bila dah berkongsi dengan lebih pekung di tetekpun kelihatan dan di dalam kes Nabila Huda bapak sendiri maki anak pukimak kerana holiday dengan BF di Eropah. Jadi bualan awan dan secara tak langsung terbogellah aib pelakon muda ini kerana teguran panas si bapa.

X.Pose ialah sebuah baju merangkap hasil seni rekaan Xuedi Chan. Baju beliau dilengkapi panel plastik yang menjadi lutsinar satu-persatu apabila pemakainya berkongsi status di media sosial. Lebih banyak pemakai berkongsi makin lutsinarlah baju yang dipakai. Ini adalah hasil seni yang cuba mengenengahkan isu perkongsian berlebihan di laman sosial sekarang. Berapa lama anda mungkin boleh kekal berpakaian jika memakai baju ini? We would probably take 5 minutes before going all nude and stuff.



Serius Cool - Mari Melawat Muzium Cristiano Ronaldo (14 Gambar)


Ego Tahap Ronaldo


Terdapat 2 kem di dalam dunia bolasepak. Ada kem yang mengatakan Lionel Messi ialah pemain bole terhandal dunia sekarang. Sebuah lagi kem mengatakan Cristiano Ronaldo pula pemain terhandal dunia. Piala Dunia 2014 di Brazil menunjukkan setakat ini Messi mendahului saingan sebagai penjaring terbanyak diantara dua atlet hebat generasi ini. Sungguhpun begitu Ronaldo mungkin boleh angkat takhta sebagai pemain yang lebih ego berbanding Messi. Museu CR7 terletak di Funchal kepulauan Madeira, tempat kelahiran Ronaldo. Di dalam muzium ini kesemua trofi dan anugerah yang pernah diterima beliau dipamerkan kepada umum. Ini termasuk trofi kasut emas Eropah dan Ballon D'Or yang beliau menangi tahun ini. Anda juga boleh melihat patung lilin beliau dan bergambar bersamanya. Jika mahukan sesuatu yang lebih realistik terdapat tempat mengambil gambar khas yang memberikan ilusi anda benar-benar bergambar dengan Ronnie. Untunglah masih hiduppun ada muzium. Super Mokhtar Dahari sampai la takde muzium. Why? Kerana we do not honour achivements. 



Serius Cool - Santos Express Train Lodge: Keretapi Lama Kini Sebuah Hotel (12 Gambar)


Cho Choo Chootel

Di Holland terdapat sebuah kapal terbang ilusyin 18 yang diubah menjadi sebuah hotel mewah. Di negara yang sama ada kren dermaga kapal yang juga diubah menjadi sebuah hotel. Di Afrika Selatan ada sebuah lagi hotel unik uang boleh anda diami. Santos Express Train Lodge ialah sebuah hotel yang dibina di dalam 7  gerabak keretapi lama. Ia terletak di Pantai Santos, Teluk Mossel di bahagian selatan Afrika Selatan. Hotel ini mempunyai 4 gerabak yang menjadi bilik dengan 2 katil. Sebuah gerabak yang menjadi bilik ala asrama memuatkan 16 orang dan 2 gerabak khas untuk mereka yang mahukan privasi. Harga penginapan semalam agak murah bermula dari RM 37 untuk bilik asrama dan meningkat kepada RM 147 untuk suite bilik peribadi. Looks nice dan terletak berhampiran dengan pantai. 



Serius LOL - Bukti Transformers Revenge Of The Fallen Adalah Lagi Teruk Dari Filem Meleis


Michael Boom Bay

Because Michael Bay punya cerita lebih tinja dari filem David Teoh. At least filem David Teoh ada plot. But we are sure Michael Bay is still better than Yusry Abdul Halim. Vikingdom is bloody stupid nak mampos. #StabEyes


Friday 20 June 2014

Serius Cool - Project Livewire : Motosikal Elektrik Dari Harley Davidson (11 Gambar)


Vroom

Harley Davidson sinonim dengan lelaki stylo yang berimej macho. Motosikal mereka juga dinaiki geng motosikal di Amerika Syarikat seperti Hell's Angel. Jadi kami agak aneh apabila mendapat tahu Harley Davidson kini sedang percubaan menghasilkan motosikal elektrik mereka sendiri yang diberi nama Project Livewire. Spesifikasi motosikal elektrik pertama mereka ini masih rahsia tetapi mereka menjanjikan prestasi yang setanding dengan motor berkuasa bahan api fosil mereka. Beberapa motosikal Project Livewire sedang dipandu uji di seluruh Amerika Syarikat bagi melihat reaksi orang ramai dan prestasi mereka. Adakah anda bersedia untuk Harley berkuasa elektrik? Looks cool enough. 



Serius WTF - Majlis Pengkebumian Aneh Miriam Burbank : Parti Sehingga Ke Akhirat (6 Gambar)


Mati Dalam Swag

Mariam Burbank (53) gemar berhibur di kelab malam ketika hayat beliau. Selepas beliau meninggal dunia awal bulan ini, ahli keluarga beliau mahu memberikan majlis pengkebumian yang sesuai dengan imej party girl beliau. Hasilnya ialah beliau diletakkan di atas kerusi ketika majlis penghormatan terakhir. Tidak cukup dengan isu kotak rokok, beer dan scotch kegemaran beliau diletakkan di atas meja yang sama seperti memberi ilusi beliau masih hidup dan sedang menghadiri parti terakhir. Ini memang WTF. Kalau ada siri Tanah Kubur edisi Amareka agaknya macam mana endingnya? Masuk kubur sekali dalam lahad ada bunyi kelan malam? Mayat meletup keluar bir? I dunno LOL.



Serius Klasik - Mat Komando : Penjenayah Lagenda Di Malaysia


Siri TV Lama

Dahulu ada rancangan macam ini di TV3. La ni dah tak ada dan digantikan dengan program lawak bangang. Kenapa tak buat lagi padahal kami rasakan rancangan macam ni lagi menarik dan entertaining. Mari lihat cerita Mat Komando. Kami pernah baca cerita beliau. Ini adalah kronologi kejatuhan beliau. 


Serius Kreatif - Kasut Bertemakan Filem Dan Siri TV Popular (8 Gambar)


Nice!

Adakah anda mahukan kasut yang berbeza dari kasut biasa? Mungkin boleh cuba kasut bertemakan Filem dan siri TV yang dihasilkan oleh Nixxi Rose. Kasut ciptaan beliau nampak macabre tetapi is still cool.


Serius Cool - Cozy Room : Bilik Untuk Forever Alone Kekal Forever Alone (10 Gambar)


Faproom?

Adakah anda tidak mahu diganggu ketika layan anime ataupun filem nakal? Adakah anda forever alone yang tak peduli ini kekal selama-lamanya? Cozy Room ialah ciptaan dari Jepang yang dibuat khas untuk Otakus. Ianya sebuah bilik mini yang boleh menjadi caccon untuk anda lepak tanpa diganggu. Sebenarnya kami tak forever alone tetapi kalau ada man cave mini macam ini cool jugak. Harga sebuah Cozy Room ialah Yen 798 00 (RM 25 000) sebuah. Do want!



Thursday 19 June 2014

Serius - Baju Melayu Moden Oleh Andres Avenue (12 Gambar)


World

Baju kurung moden biasa kita lihat. Kombinasi baju kurung moden dengan rekaan barat juga dah lama wujud. Tetapi rekaan baju melayu kontemporari jarang kita lihat. Baju melayu teluk belanga dan cekak musang cuttingnya tidak banyak berubah. Andres Avenue ingin membawa perubahan dengan rekaan baju melayu moden mereka yang you have to agree is different. Hipster and Wak Doyokish. Dunno if this will be accepted atau menjadi bahan ketawa konservatif.



Serius Hot - Bersedih Dengan Kekalahan Sepanyol? Mari Layan Penyokong Wanita Mereka


Espana

Espana sudah hangus di Brazil. Kekalahan di tangan Chile tadi memastikan Sepanyol gagal mempertahankan gelaran mereka. Oleh itu janganlah bersedih. Mari lihat kecantikan gadis Sepanyol dan lupakan kesedihanmu wahai fake Spanish fans of Malaya.



Serius Cool - 2015 Lamborghini Huracan LP 610-4 Edisi Polis (13 Gambar)


Dubai? Meh!


Polis Dubai terkenal dengan kereta polis mewah mereka. Tetapi nampaknya polis Itali juga tidak mahu kalah. Pihak Lamborghini menghadiahkan 2 buah Lamborghini Huracan LP 610-4 untuk kegunaan polis Itali. Kenderaan ini diperkasakan enjin 5.2 Liter V10 yang mampu menghasilkan 602 kuasa kuda. Yang menarik tentang Huracan edisi polis ini ialah ianya masih belum dimiliki mana-mana individu. Polis yang menerima model awal yang akan digunakan untuk mengawal lebuhraya Itali. Untunglah!



Serius Indo - Apa Yang Dibutuhkan Indonesia? : Lagu Kempen Calon Presiden Yang Catchy


Nice!

10000 kali ganda lagi best dari lagu politik Malaysia. Gue juga butuhkan lagu sebegini. Caytch baq hang. 

Thanks @TheMamu


Serius - Kafe Baju Mandi Di Jepun : Hanya Di Jepun! (10 Gambar)


Genius Marketing

Jepun.. negara kelahiran Anime dan Manga. Ianua juga negara kelahiran Ero-Sennin dan benda aneh yang tidak boleh ditulis tanpa kelihatan seperti seorang hentai yaro. Oleh sebab itu kami tak terkejut di Jepun ada Kafe Baju Mandi untuk mereka yang mempunyai fetish dilayan pelayan berpakaian baju mandi. Ianya dibuka di Akibahara Tokyo. I do not understand Japan. Ada kafe Meido dan kafe kucing. Tidak ketinggalan juga kafe Hostess bagi lelaki dan wanita Forever Alone. Di Malaysia mungkinkah ada pasaran untuk Kafe Baju Kebaya? Rasa macam nak buka. Kalau Marche boleh ada pelayan pakai baju Laderhosen Jerman apa salahnya Kafe Baju Kebaya wujud dengan pelayan pakai baju kebaya ketat ala zaman Saloma. Admit it..... you guys also love kebayas. 



Serius Konsep - Phoenix Towers : Menara Berkembar Tetinggi Dunia (4 Gambar)


Goodbye Petronas Towers

Menara berkembar Petronas masih lagi memegang takhta sebagai menara berkembar tertinggi dunia. Namun takhta ini bakal tumbang tidak lama lagi dengan terbinanya Phoenix Towers di Wuhan China. Menara berkembar ini setiap satunya setinggi 1 kilometer dan berfungsi bukan sahaja sebagai ruang pejabat dan perniagaan malahan menjadi penapis udara sekitar kota Wuhan. Phoenix Tower akan mempunyai taman tergantung yang menapis udara kotor yang kini sinonim dengan China. Permukaan luarannya juga akan dilengkapi panel photovotaik yang mengasilkan tenaga elektrik mesra alam. Rekaan Phoenix Tower diilhamkan oleh Feng dan  Huang, dua burung Phoenix yang menjadi lagenda di China. Kos pembinaan dijangka mencecah GBP 1.2 Billion (RM 6.57 Billion) .The only way untuk Malaysia kembali sebagai juara menara berkembar mungkin dengan membina 3 menara berkembar. Barulah swag!



Serius Cool - Jyro Bike : Basikal Bergiroskop Untuk Belajar Berbasikal Tanpa Risau Akan Jatuh (12 Gambar)


Roda Empat  is Too Mainstream?

Kami mula belajar berbasikal roda dua pada usia 7 tahun. Beberapa kali terjatuh kerana tak tahu nak balance basikal. After a few scraped knees and hurt balls kami jadi pro. Budak djaman sekarang sangat ditatang mak bapak. Tak boleh sakit sikit. Oleh itu basikal Jyro Bike diperkenalkan bagi memudahkan kanak-kanak belajar berbasikal roda dua. Roda hadapan Jyro dilengkapi sistem giroskop yang memastikan basikal ini akan lebih mudah diimbang oleh mereka yang tak tahun naik basikal. Ia turut dilengkapi sistem kawalan jauh yang membolehkan mak bapak mengawal tahap bantuan giroskop kepada anak-anak mereka. Kids these days........ 



Serius Genius - Hotel Califonia : Edisi Acapella


Gooding

Nice.....how the hell dia buat bunyi gitar karen macam tu? Genius

Thanks @_Acat_

Monday 16 June 2014

Serius Cool - Evolusi Rekaan Jersi - Jersi Pasukan Piala Dunia (12 Gambar)


Cool

Jersi bolasepak wajib dibeli 4 tahun sekali bagi menyokong pasukan yang diminati. Kami sokong England sejak azali dan rekaan World Cup 2002 adalah yang kami rasakan klasik. Rekaan jersi Jerman 1994 juga klasik. Mari lihat perubahan rekaan jersi beberapa pasukan popular Piala Dunia. Awesome and Crotia jugak mengekalkan identiti sejak azali! 



Serius Konsep - Konsep Taman Noble Quran Oasis Di Arab Saudi (12 Gambar)


Noble Quran Oasis


Noble Quran Oasis ialah sebuah taman syariah compliant yang akan dibina di Madinah, Arab Saudi. Bangunan di Oasis ini direka oleh firam Mecanoo dan mengambil inspirasi dari kaligrafi ayat al quran. Ia bakal menempatkan hasil seni bertemakan quran dan pameran sejarah Ummul Kitab Al Quran. Tidak diketahui bilakah oasis ini akan dibina dan berapakah kos pembinaannya. Yang kami tahu ialah rekaan bangunan yang berbentuk kaligrafi adalah sangat unik dan tidak pernah kami lihat sebelum ini. 


Serius Cool - Vesaro Evolve Extreme : Simulator Kenderaan Dengan 3 Televisyen 55" (8 Gambar)


Simulator

Selepas MH370 terhempas, simulator kapal terbang milik juruterbangnya dirampas pihak berkuasa. Mereka mahu melihat sama ada wujud unsur jenayah dalam kehilangan pesawat ini yang sudah lebih dari 100 hari. Simulator tersebut cool tetapi tidak se cool simulator kenderaan Vesaro Evolve Extreme. Simulator ini boleh digunakan untuk PC, PS3 dan Xbox 360. Ia dilengkapi 3 TV LED LG 55" yang melengkung bagi memberikan ilusi anda memang benar-benar berada di dalam kokpit kenderaan yang bergerak laju. Jika berminat simulator ini dijual pada harga EURO 5000 (RM 21 821). Yep! Macam harga kereta sebenar.



Serius Cool - Beichuan : Bandar Musnah Akibat Gempa Bumi Kini Tarikan Pelancong Di China (21 Gambar)


Jangan Dilupa

Beichuan  ialah antara bandar yang rosak teruk akibay gempa bumi Sechuan yang melanda China pada tahun 2008. Lebih dari 8000 warga bandar berhampiran Chengdu ini meninggal dunia. Lebih 1000 daripada jumlah ini terdiri daripada anak-anak kecil. Kemusnahan yang dihadapi adalah cukup teruk sehingga 80% bangunan di bandar ini mengalami kerosakan. Ada yang ditimbus banjir lumpur. Ada yang tumbang akibat tingkat bawah yang runtuh. Pihak kerajaan China mengishtiharkan bandar ini tidak akan dibina semula kerana kerosakan yang terlalu ekstensif. Warga Beichuan yang terselamat dipindahkan ke sebuah bandar baru 12 kilometer dari Beichuan. 

Kota Beichuan yang kini menjadi bandar terbiar kini menjadi memorial gergasi kepada gempa bumi Sechuan. Pelawat dari seluruh China boleh melihat sendiri puing-puing dan kerosakan yang ditinggalkan. Terdapat juga memorial kepada mangsa yang meninggal dunia. Kami rasakan ini sangat menarik kerana sebelum ini hanya bandar kuno seperti Pompeii dijadikan tarikan pelancong selepas dilanda bencana alam. Kini bandar moden yang musnah juga boleh menarik pelawat!



Serius LOL - Cover Lagu Royal Lorde Paling LMAO


Hahaha

Sasha Stevenson...............................


Serius Indo - Wanita Melahirkan Cicak Dituduh Pengamal Ilmu Hitam Di Nusa Tenggara


Sihir! Saitan! Gokil!

Di Indonesia sebuah kampung di Oenunto, Nusa Tenggara Timur gempar apabila seorang wanita dikatakan melahirkan seekor cicak. Debi Nubatonis dilaporkan melahirkan seekora cicak sebesar anak tangan bulan lalu selepas mengandung selama 9 bulan. Beliau melahirkan anak cicak ini di ruamh beliau dan kelahiran disambut oleh seorang bidan kampung. Mak bidan terkejut selepas seekor cicak keluar dari rahim Debi Nubatonis dan bukannya seorang bayi. Apabila berita tersebar orang kampung mengamuk dan mengancam memukul Debi Nubatonis dan ahli keluarga beliau kerana disyaki pengamal ajaran ilmu hitam. 

Si ibu berjaya diselamatkan dan dihantar ke sebuah hospital berdekatan untuk pemeriksaan. "Anak" beliau juga dihantar ke hospital yang sama untuk ujian. Pihak hospital percaya ini semuanya adalah helah dan Debi Nubatonis sebenarnya mengalami apa yang dipanggil "ghost pregnancy". Fenomena ini adalah rare dan berlaku apabila ada wanita yang ingin sangat untuk mengandung sehingga menunjukkan sympton seperti mereka benar-benar mengandung walaupun tidak. Nasib baik kejadian tidak berlaku di Malaysia. Kalau tidak sudah keluar MASTIKA bro!


Sumber Mirror

Serius Peniru - Teknik - Teknik Menipu Ketika Peperiksaan Di China (12 Gambar)


Kencing!

Di Malaysia kita ada teknik bawak toyol dalam dewan peperiksaan. Ada juga teknik sorok formula belakang tandas. Pendek kata dalam bab mengelat ketika peperiksaan kita semua ada teknik tersendiri. Kami tak pernah mengelat dalam exam coz we are so damn stupid and no amount of toyol can help our sorry ass. Anyway di China teknik mengelat ketika peperiksaan memasuki universiti adalah agak canggih. Ada telefon disorok dalam baju. Ada mikrofon yang diletak dalam telinga dan radio disorok di dalam pemadam. Ini mengingatkan kami kepada teknik menipu ketika exam Stephen Chow di dalam Fight Back To School. LEGEND!



Thursday 12 June 2014

Serius Fakta - Kenapa Raver Menghisap Puting Dan Memakai Cermin Mata Hitam Tengah Malam Buta


Derp!



Serius Hot - Anna Faith Carlson : Cosplayer Princess Elsa Frozen Paling Terkenal (14 Gambar)


HOT

Gambar beliau disebarkan ke seluruh ceruk internet dengan caption "ini ialah Princess Elsa versi real". Damn right she does. Gadis ini sebenarnya Anna Faith Carlson dan beliau kini bercosplay sebagai Princess Elsa sebagai kerjaya. Anda boleh follow Anna di Instagram beliau disini. Yeah. Let it go...... let it go...... follow on Instgram and wonder who she is anymore!



Serius Klasik - Brazil 1998 : Iklan World Cup Paling Kami Suka


Klasik Gila

Ini iklan Nike bertemakan World Cup yang paling kami minati. Sure later adverts lagi stylo tetapi line up iklan ini sangat legend.Ronaldo, Romario, Carlos, Denilson etc etc. Siap ada cameo oleh Eric Cantona. Yeah WORLD CUP!


Serius Kreatif - Poster - Poster Piala Dunia Yang Menarik Dari Dave Will (13 Gambar)


Coupe Du Monde

Sebelum ini kami ada paparkan poster rasmi setiap Piala Dunia yang berlangsung. Hari ini mari lihat poster bertemakan piala dunia rekaan Dave Will. Karya bertemakan Liverpool beliau pernah kami paparkan sebelum ini. Setiap poster di bawah boleh dibeli di laman beliau. Poster Zidane menanduk Materazzi adalah legend!



Serius Cool - Basikal Lasak Bersadur Emas Bernilai RM 3 Juta (8 Gambar)


SWEG

Zaman sekarang orang suka menunjukkan kemewahan. Di Instagram semua benda Allah yang dibeli didokukemkan untuk tontonan umum dengan caption "Eh eh murahnyew I beli jam Richard Mille ini RM 300K. Dapat diskaun masa di Paris". Or some shit like that. Jika anda benar-benar kaya tak sedar diri dan mahu membazirkan wang anda like a wasteful bastard kami sarankan anda membeli basikal The House of Gold di bawah. Ianya bernilai USD 1 Juta (RM 3.2 Juta) dan seluruh permukaan logamnya disadur dengan emas 24 Karat. Hanya 13 basikal ini akan dihasilkan so ianya memang edisi terhad. Setiap basikal memerlukan 750 jam untuk disiapkan. Apa lagi. Go ahead and spend your money like tomorrow society will fall like in The Last of Us. ELLIEEEEEEEEE!! 




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails