Friday 28 February 2014

Serius LOL - Penerima BR1M Yang Tidak Berterima Kasih Kepada Kerajaan!


Tarik balik!

Tak malu! Ambik duit Barisan Nasional lepas tu  tak nak bersyukur! Tarik kerakyatan! Pulangkan duit sekarang! #S


 



Carcass : Ukiran Restoran Berskala Sebenar Menggunakan Kayu (10 Gambar)


Seni!

I don't know what this is but I know it is art! Carcass ialah ukiran kayu sebuah restoran makanan segera yang dihasilkan oleh Roxy Paine. Kesemua alatan yang digunakan di dalam sebuah restoran makanan segera dihasilkan pada skala sebenar dan seperinci yang mungkin oleh beliau. Awesome!



Brabus 800 Ibusiness : Kenderaan Mewah Untuk Penggila Apple Sebenar (19 Gambar)


Geeky Goodness!

Kami kerap kena bekerja on the go kerana dalam dunia tech journo kepantasan itu penting. Malangnya kereta kami tak user friendly untuk bekerja ketika bergerak dari satu event ke event yang lain. Kalau kami kaya kami akan consider Brabus 800 iBusiness di bawah. Ianya sebuah Mercedes Benz G Wagon yang diberikan sentuhan tuning oleh Brabus. Selain enjin dengan 800 kuasa kuda dan kemasan lebih agresif, Brabus 800 iBusiness ini dibina khas bagi pemilik yang mahukan pejabat bergerak. Ia dilengkapi Mac Mini dengan skrin 15.6" yang diletakkan pada bumbung.Terdapat dock untuk iPad,iPod dan iPhone disamping sisten audio bertaraf tekno feng tau memekak tengah malam. Harga masih belum ditetapkan tetapi sekiranya anda mahu kereta berkuasa tinggi yang pimping sebenar inilah kereta yang anda nantikan selama ini.


\

Serius LOL - Tsun D.E.R.E - Lagu Rap Otaku


Damn Good!

Nice rap bro! ........ 

Thanks @Maskawaih



LEGO Power Brick : Powerbank Berbentuk LEGO Yang Cool (8 Gambar)


Untuk peminat LEGO sebenar!

Powerbank kini menjadi aksesori essential pengguna peranti pintar kerana bateri yang sedia ada tidak mampu bertahan sepanjang hari. COI+ Lego Power Brick mungkin powerbank yang paling cool pernah kami lihat kerana ianya kolaborasi dengan Lego. Ia mempunyao kapasiti 4200 mAh dan turut disertakan beberapa keping Lego yang membolehkan anda mengubahnya menjadi sebuah docking station buatan sendiri. Powerbank yang cool beans ini dijual pada harga USD 49 (RM 160) sebuah. DO WANT!



Cologne Central Mosque : Masjid Terbesar di Jerman (12 Gamabr)


Islam Di Jerman

Cologne Central Mosque ialah masjid terbesar di Jerman yang mampu memuatkan 4000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini mempunyai sejarah pembinaan dan rekaan yang menarik. Pada tahun 2008 apabila permohonan membina masjid ini diumumkan ia menerima tentangan dari pihak Neo Nazi yang menganggap adalah tidak wajar sebuah masjid orang Islam dibina di tengah kota Cologne. Pada pendapat mereka masjid tebesar di Jerman tidak boleh dibina di dalam bandar yang majoriti penduduknya Kristian. Tentangan juga diberikan terhadap pembinaan 2 menara masjid setinggi 55 meter ini kerana dianggap mahu menyaingi ketinggian 2 menara pada Katedral Cologne (yang berketingian 157 meter)

Dato Bandar Cologne meluluskan pembiaan Cologne Central Mosque dengan menggunakan alasan umat Islam mempunyai hak asasi manusia bersolat di dalam masjid milik mereka. Masjid ini unik kerana rekaannya yang tidak konvensional. Jika anda lihat masjid ini kelihatan berlapis - lapis dengan banyak permukaan kaca. Ini diinspirasikan oleh rekaan masjid Ottoman di Turki yang mempunyai banyak kubah. Arkitek yang merekanya pula adalah Paul Böhm, arkitek yang terkenal dengan rekaan gerejanya!

Majoriti kos pembinaan masjid ini dibiayai oleh kerajaan Turki dan juga derma dari masyarakat seluruh Jerman. Dana juga dikumpul oleh Gereja Katolik St. Theodore sebagai tanda solidari dengan hak bebas beragama di Jerman. 

Sungguhpun sudah siap dibina masjid ini masih menghadapi pelbagai masalah. Bulan ini sahaja ia sudah diserang sebanyak 3 kali oleh pihak Neo Nazi. 

So at the end of the day apa yang kita boleh pelajari dari cerita pembinaan Colone Central Mosque?

Kalau anda adalah minoriti jangan bina rumah ibadat di kawasan majoriti. Tutup mulut. Jangan bantah dan hormati hak agama majoriti dan pendapat golongan extremis setempat. Kalau berani melawan dan bina juga terimalah serangan bertubui-tubi kerana berani melawan status quo yang ada.

OH WAIT........ I am kidding. This is just me commenting on how Malaysian Brown Power Movement who will do anything to stop non Muslim houses of worship to be built in Brown People majority areas. We saw it in Shah Alam and we heard about it in Putrajaya. The Germans did great by ignoring the bigoted so called defenders of Christ and allowed the Muslims to have their rights to have a big mosque

Question is...... Why a muslim country like Malaysia not doing the same and acknowledgeing the rights of minorities? German Kuffars more Islamic than Malaysian muslims? 



Tetikus Lambroghini : Tetikus Terpantas Boleh Anda Miliki (8 Gambar)


Vroom!

Tetikus Lamborghini di bawah pastinya sesuai kepada gear heads yang tidak mempu memiliki Lambo sebenar. Ia juga mempunyai lampu hadapan yang menyala apabila digunakan. Tak dapat the real thing dapat versi minipun jadilah!



Y:Cube : Rumah Modular Untuk Menyelesaikan Masalah Rumah Mahal Di London (10 Gambar)


Rumah Murah

London ialah antara bandar paling mahal untuk didiami kerana harga hartanah yang melampau. Golongan muda yang baru bekerja tidak mampu menyewa apakan pula memiliki rumah di bandaraya ini. Y:Cube ialah konsep apartment modular satu bilik yang cuba menyelesaikan masalah ini. Setiap unit Y:Cube mempunyai keluasan 250 kaki persegi dan boleh dibina dengan harga yang murah sekitar GBP 30 000. Sebanyak 40 unit ini boleh disusun bagi membina sebuah rumah projek perumahan rakyat. Sasaran Y:Cube ialah golongan miskin yang meneriman bantuan jabatan kebajikan masyarakat UK. Apa yang berlaku sekarang pihak JKM UK menyewa rumah yang sedia ada sekitar UK dari tuan tanah yang mengenakan sewa yang tinggi. Ini adalah sebahagian daripada projek mengurangkan kos membantu golongan miskin di Britain yang menelan belanja tidak kurang dari GBP 10 Billion setahun. 



Prank Keji Mangsa Penculikan : Membuatkan Anda Malu Dengan Malaysia


WTF

Ini ialah prank mangsa diculik dan disumbat ke dalam kereta. Reaksi majoriti mangsa prank yang semacam tak peduli amat mengejutakn. Paling mengejutkan Pak Guard yang sepatutnya menjaga keselamatan buat bodo. This is bullshit.




Thursday 27 February 2014

Serius LOL - Cara Drastik Mengelakkan Helmet Motor Dicuri


Desperate times!

Apa nak buat apabila negara dipenuhi pencuri. Kenalah fikir cara baru yang drastik. 


Flavors Orchard : Bandar Mesra Alam Di Kunming China (15 Gambar)


Pencemaran Sifar

China kini mengalami masalah pencemaran yang kronik kerana perindustrian melampau. Jerebu dari China kini "diexport" ke Jepun menyebabkan negara matahari terbit ini berang dengan China yang tidak mengawal tahap pencemaran negara mereka sehingga mereka juga terjejas. Kami pernah paparkan pencemaran air yang kronik di China sebelum ini. Jadi apakah yang ingin dilakukan China bagi memperbaiki mutu udara yang buruk ini?

Flavors Orchard ialah konsep bandar masa hadapan yang ingin dibina di Kunming China. Ianya rekaan arkitek Vincent Callebaut dan akan menjadi bandar tenaga positif pertama China. Tenaga positif bermakna bangunan di dalam Flavor Orchard akan menghasilkan tenaga lebih banyak dari yang diperlukan. Tenaga elektrik dihasilkan melalui penggunaan kincir udara dan panel solar yang terbina pada permukaan bangunan. terdapat tiga jenis bangunan di bandar ini setiap satunya dibina bagi mengoptimasikan penggunaan tenaga elektrik. 

Sebuah konsep yang menarik tetapi adalah ini semuanya sudah terlambat bagi China? Kami rasakan kesan jangka panjang pencemaran di China sudah terlalu kronik untuk dibaiki.


Brabus B63S 700 Widestar : Kereta Peronda Mewah Terkini Polis Dubai (16 Gambar)


Polis SWAG

Kami pernah memaparkan koleksi kereta mewah yang diubahsuai menjadi kereta peronda polis. Dubai masih di carta teratas di dalam ranking pasukan polis yang mempunyai koleksi kereta mewah terbesar. Polis Dubai menambah sebuah lagi kereta di dalam koleksi mereka. Kali ini mereka mengggunakan sebuah SUV mewah Brabus B63S 700 Widestar sebagai peronda. Kenderaan tahan lasak ini dilengkapi enjin 5.5 Liter Twin Turbo ini mampu menghasilan 700 kuasa kuda. Ia mampu mengejar penjenayah sekitar Dubai dengan mudah. Untunglah! Jadi abang polispun mampu memandu kenderaan yang swag macam anak VVIP di Malaysia. 

Seorang Lagi Pencuri Kena Sayur Selepas Gagal Mencuri


Padan muka!

Take that scumbag!


Serius LOL - Iklan Menguruskan Berat Badan Yang Paling Tidak Menyakinkan Pengguna


HINA!!!!!!!

Menanti NGO Silat, skod Songkok tinggi 5 marhalah dan Pemdua AMNU untuk buat laporah polis kerana iklan menguruskan badan ini menghina Umma Waheedun Malaysia! Ini lebih koaja dari Teresa Kok!


Sekolah MASTER : Sekolah Percuma Untuk Anak Miskin Diperbuat Daripada Kontena Kargo Di Indonesia (14 Gambar)


Bagus

Di Depok Jawa Barat wujud sebuah sekolah yang unik untung golongan miskin. Sekolah ini diberi nama Sekolah Master dan terletak di dalam kawasan Masjid Terminal. Ia dibuka pada tahun 2000 bagi memberikan persekolahan rendah bagi kanak-kanak yang tidak mampu membayar yuran sekolah biasa. Pada tahun 2006 bangunan sekolah baru dibina menggunakan kontena kargo terpakai bagi menghasilkan 30 bilik kelas. Sekolah percuma ini kini mempunyai hampir 3000 orang murid dan perbelanjaan persekolahan ditanggung oleh Yayasan Bina Insan Mandiri. Bagus Indonesia ada sekolah khas untuk kanak-kanak miskin. Sesenpun tak perlu bayar. Ini baru power dan islamik. Bukan macam di Malaysia ada tahfiz di Kedah tetapi sebenarnya pusat hamba kanak-kanak jual produk menguatkan senggama. Malaysia.......... we can do better than this!


Kalendar Pasukan Pertahanan Jepun Yang Comel (8 Gambar)


Jepang!


Di Jepun semua benda harus comel. Dari watak kartun hinggalah ke "alat permainan dewasa" mereka adalah comel. Jadi tyidak mengejutkan apabila kalendar pasukan pertahanan mereka juga harus kawaii desu desu desu ne!

Seiyu dan idol Jepun diminta memperagakan uniform yang dipakai oleh pasukan keselamatan Jepun bagi menaikkan minat warga Jepun untuk menyertai pasukan keselamatan. Jangan ketawa tetapi tahun lalu setelah memperkenalkan 3 watak Anime yang comel jumlah permohonan menyertai Self Defence Force meningkat sebanyak 30%. Mungkin kalendar ini boleh menambahkan lagi permohonan untuk tahun ini!



Faurecia Oasis - Kerusi Mewah Untuk Kegunaan Di Dalam Limosin (14 Gambar)


Keselesaan Melampau

Pasaran kustomasi kenderaan mewah terbesar dunia kini ialah China. Taukeh-taukeh berstatus billionwan mahukan kemewahan di dalam kereta mereka pada masa yang sama mahukan keselesaan yang paling maksimum. Kerusi kenderaan yang sedia ada sudah tidak lagi memandai untuk golongan super elit ini. Oleh itu Faurecia, syarikat kustomasi tempat duduk kenderaan yang berasal dari Perancis mengnhasilkan Oasis. Tempat duduk mewah ini dilengkapi mesin urut, posis kaki dan badan boleh laras serta sistem kawalan audio visual terbina. Ia direka bagi memastikan pelanggan mereka sentiasa selesa. Jika anda perlu bertanya harga kerusi Oasis ini.......... anda mungkin bukan the group they are targeting. Nice seats!



LOL - Bukti Kukuh Liam Lesson Adalah Seorang Bontot Jahat


Yeah! 

Jangan bermain dengan Liam "Zeus, Qui Gon Jinn and Bryan Mill" Neeson. Dia boleh membuatkan adan terkucil!


Wednesday 26 February 2014

Giethoorn : Bandar Dengan Terusan Menggantikan Jalan Raya Di Belanda (18 Gambar)


Cool gila.

Kita semua pernah dengar tentang Venice tetapi adakah anda pernah mendengar tentang Giethoorn? Giethoorn ialah sebuah bandar yang terletak di Overijssel, Belanda yang diberi gelaran Venice Belanda. Giethoorn dibuka sekitar 1230 dan bandar ini tidak mempunyai jalan raya. Kesemua penghuni menggunakan sistem terusan. Bot menggantikan kereta dan kapal menggantikan bas di bandar terapung ini. Terdapat juga 140 jambatan yang memudahkan penduduk untuk berjalan kemana-mana. Pada musim sejuk terusan akan membeku dan penduduk bertukar kepada luncur ais untuk kesana kemari. Memang bandar yang cantik. Masukkan dalam senarai tempat yang harus kami lawati!



Lito SORA : Motosikal Elektrik Berkuasa Tinggi (15 Gambar)


Rempit mesra alam!

Lito Sora (Langit) ialah sebuah motosikal elektrik berkuasa tinggi. Ini ialah sesuatu yang jarang kita kaitkan dengan motosikal elektrik. Motosikal buatan Kanada ini mampu memecut sehingga 190 kilometer sejam dengan jarak perjalanan maksimum sekitar 200 kilometer. Motosikal ini bakal memasuki pasaran dengan harga jualan CND 45 000 (RM 137400) sebuah. Sora dibina menggunakan kasis aluminium dan gentian kaca. Ia turut dilengkapi dengan sistem paparan GPS yang terbina pada bahagian "tangki minyak". Cool design!



Dokumentari Mengejutkan Mengenai Pelacuran Dan Perdagangan Manusia Di Dubai


Rahsia negara.

Pelacuran adalah diharamkan di Dubai tetapi pihak berkuasa menutup sebelah mati bagi memastikan golongan expat akan kekal tinggal di bandaraya ini. Akibat kemasukan tenaga kerja yang tinggi, nisbah penduduk lelaki kepada wanita ialah 3:1 . Dianggarkan 80% penduduk Dubai adalah terdiri daripada warga asing yang memerlukan hiburan dan teman apabila kesepian. Industri pelacuran di Dubai agak unik. Harga langganan pelacur paling murah adalah dari China manakala yang paling mahal adalah warga Arab tempatan. Tidak seperti di Malaysia dimana yang paling murah melayu tetapi paling mahal dari Ukraine. Sebuah dokumentari yang menarik.





Tabik Spring! - Posmen Pos Malaysia Yang Paling Berhati Mulia!


RESPEK!

Give him a raise. Ini baru gentleman! IN B4 "telemovie Suamiku Posmen"


Thanks @EzwanAnnuar

Berpantang Maut Sebelum Ajal : Terselamat Walaupun Kereta Ditimbuni Lautan Simen (9 Gambar)


Panjang Umur

Yin Min Tai (35) terselamat dari mati lemas ditimpa simen walaupun terperangkap lebih 40 minit selepas kereta dipandu beliau dilanggar sebuah lori simen. Kejadian berlaku di Fuzhou,China. Media melaporkan Yin Min Tau cuba melakukan pusingan U disebuah simpang tetapi digilis lori simen. Muatan simen lori tersebut melimpah keluar dan menimbus pemandu malang ini. Selepas 40 minit terperangkap beliau berjaya di bawa keluar dan hanya mengalami kecederaan kecil. Berpantang maut sebelum ajal! Kalau terlambat pastinya beliau akan menjadi seperti mangsa ledakan Versuvius di Pompeii. Yang menarik di sini ialah di China lori biasa digunakan untuk membawa simen. Sungguh COWBOY sekali! 



Berlin Boombox : Sistem Speaker Untuk Telefon Pintar Yang Diperbuat Daripada Kadbod (11 Gambar)


Ghetto Cool!

Dunia sudah semakin moden dan boleh dikatakan radio yang dahulunya sering kita lihat sudah semakin pupus. In fact di rumah kami radiopun tak ada. Buat apa beli radio kalau telefon pintar yang kecil boleh menggantikan radio yang besar. Tetapi sekiranya anda mahukan oldskool feel dan memiliki boombox seperti zaman anda masih muda (Well in our case we did grew up in the 80's so this is applicable to our old ass), anda boleh beli Berlin Boombox. Ianya sistem speaker peranti pintar yang kelihatan seperti sebuah radio lama tetapi diperbuat daripada kadbod. Anda boleh menikmati muzik seperti zaman masih tiada pubis dan adult problems tanpa perlu mematahkan tulang belakang mengangkat radio gergasi yang berat. Berlin Boombox boleh dibeli pada harga Euro 65 (RM293) sebuah. Harga yang agak mahal. But hey....... who ever said nostalgia is cheap?



Kiosk Jualan Yang Boleh Dilipat Seperti Origami! (13 Gambar)


Cantik

Sebelum ini kami paparkan kiosk jualan jajan yang dibina untuk kelihatan seperti pokok tumbang. Di Canary Wharf London terdapat kiosk jualan makanan yang boleh diinspirasikan oleh seni origami. Kiosk ini dibina menggunkan aluminium. Untuk membuka "pintunya" bahagian depan melipat seperti kertas origami. Nampak sangat elegan dan cantik. Ianya direka oleh firma MAKE yang juga berpengkalan di London. Nampak stylish! 



1Malaysia : Apabila Orang Cina Berjoget Tarian Melayu


Apa lagi melayu mahu?

Steady uncle dan aunties.............. joget jangan tak joget


Tuesday 25 February 2014

Berhati- Hati Dengan Nurseri Kanak-Kanak Yang Kejam Di Malaysia


Dayyum Son!

Jaga-jaga dengan tempat anda menghantar anak anda untuk dijaga. Nurseri zaman sekarang boleh tahan kejam dan anak bukannya dijaga tetapi menjadi seakan penghuni institusi mental! 


Serius Cool - Armatix iP1 : Pistol Pintar Dengan Sistem Kawalan Jam Pintar (11 Gambar)


Pintar Pintar Semua Pintar

Tahun 2014 dijangkakan menjadi tahun peranti pintar wearable. Pelbagai peranti pintar dihasilkan seperti jam pintar dan juga lampin pintar. Syarikat pengeluar senjata Armatix mengeluarkan iP1, sebuah pistol pintar dengan sisten kawalan jam pintar. Untuk menembak pemakai perlu mempunyai sebuah jam pintar yang akan mengesan identiti pemakai dengan pistol yang dipegang. Sekiranya ianya tidak sepadan pistol tidak boleh ditembak. Pistol juga tidak boleh ditembak sekiranya jarak diantara pistol dan jam dipakai melebihi had yang ditetapkan. Armatix berharap ini dapat mengurangkan kes kecurian pistol atau pemilik ditembak senjata sendiri sekiranya berlaku pergelutan. Sistem ini mengingatkan kami kepada pistol yang digunakan James Bond di dalam filem Skyfall. Sekali lagi fantasi menjadi realiti.



Serius Cool - Qasr Al Haj : Bank Kuno Untuk Kegunaan Bakal Haji Di Libya (12 Gambar)


Bank Yizlumik

Qasr Al Haj dalam bahasa Arab bermaksud Istana Haji. Ianya dibina 130 kilometer di luar Tripoli sekitar abad ke-13 sebagai ruang menyimpan harta bakal haji yang dalam perjalanan ke tanah suci. Terdapat 114 bilik di dalam bangunan berbentuk bulat ini. Ini adalah simbolik dengan 114 surah di dalam kitab suci Al Quran. Ruang bilik ini disewa oleh bakal haji untuk menyimpan harta yang tak perlu dibawa masuk ke Mekah dan Madinah dengan selamat. Jadi bakal haji tak perlu risau harta duniawi mereka dirompak ketika mereka beribadah kepada Allah.

Ia kemudiannya diubahsuai menjadi gudang menyimpan gandum oleh penduduk setempat dan digunakan sehinggalah dekad 1960an. Bayaran yang dikenakan bagi menyimpan gandum ialah 1/4 dari apa yang dsimpan. Gandum yang diambil kemudian diwakafkan kepada pusat pengajian Islam sekitar Qasr Al Haj. Qasr Al Haj kini menjadi tarikan pelancong yang mahu melihat bagaimana rupa bank zaman dahulu kala. 


Serius Cool - Privacy Pillow : Bantal Dengan Ruang Penyimpanan Peranti


Haha! WANT!

Biasanya sebelum tidur kami letak telefon bawah bantal. Problem is sometimes phone jatuh ke lantai pasal tidur lasak sangat. Problem nombor dua kalau letak phone di tepi tak dengar alarm. Letak bawah bantal sometime alarm tak kedengaran pasal bantal menutup. Sungguh dilema negara dunia pertama sungguh. Privacy Pillow ialah bantal dengan ruang penyimpan peranti. Ia juga boleh digunakan untuk menyimpan harta benda semasa tidur. Kalau kena rompak barang tersorok dengan baik di dalam bantal. Do want! Harga sebuah privacy pillow ialah USD 30 (RM 98) sebuah



Laporan asal Privacy Pillow

Serius Indo - Masalah Pedofilia Di Bali Indonesia


Kasihan

Masalah pedofilia yang melanda Indonesia yang melibatkan pelancongan seks di Bali. Sungguh menyedihkan kerana tiada siapa peduli serta membutakan mata! 

Serius Cool - Samsung Galaxy S5 : Peranti Terkini Kalis Alis Dan Debu (13 Gambar)


Iterasi Terkini

Beberapa jam lalu di Mobile World Congress, Samsung memperlihatkan Galaxy S5 kepada umum. Iterasi ke 5 peranti pintar ini membawakan beberapa pembaharuan berbanding model tahun lalu. Skrin kali ini lebih besar dengan 5.1" Super Amoled HD Penuh. Ianya kalis air dan debu seperti Sony Xperia Z2 dan kamera kini sebesar 16 Megapixels dengan kemampuan mengambil video UHD 4K. Selain daripada itu ia diperkasakan pemproses 2.5 GHz empat teras Snapdragon 800, 2 GB RAM, muatan dalaman 16/32 GB dan bateri sebesar 2800 mAh. Ia turut mempunyai pengimbas cap jari serta pengesan nadi pada bahagian belakang. 

Secara ikhlas S5 tidak nampak banyak berbeza dari S4. In fact kami rasakan rekaan terbaru ini mungkin kurang menarik berbanding S4 serta Note 3. Regardless kami yakin ia akan terjual macam Burger Bakar Abang Burn apabila mula dijual April ini. 



Serius LOL - Apabila "The Hulk" Melakukan "Superman" Di Atas Motor


Faaaaaaaaaaaaaa......

Dayyum son! Sebenarnya lebih laju kerana orang gemuk adalah aerodinamik!


Serius Cool - Gudang Wain Diperbuat Daripad Bot Terpakai (9 Gambar)


Kapal Gudang

Sebelum ini kami ada paparkan Alang, pelabuhan dimana kapal-kapal usang dimusnahkan di India. Hari ini mari ke Lembah Gudalupe, Mexico dimana beberapa bot lama dikitar semula menjadi gudang membuat wine. Badan bot diterbalikkan menjadi atap gudang wine yang direka oleh firma 
Claudia Turrent + AlejandroD’acosta Arquitectos ini. Sangat kreatif dan tidak pernah kami terfikir sesuatu yang seunik ini boleh dihasilkan. 



Serius Konsep - Rinspeed XchangE : Konsep Kereta Merangkap Pejabat Masa Hadapan (12 Gambar)


Bekerja dalam perjalanan ke tempat kerja.

Teknologi kereta pandu sendiri semakin hampir dengan Google menjadi peneraju teknologi driverless car ini. Rinspeed menghasilkan kenderaan konsep XchangE, sebuah kereta pandu sendiri yang boleh diubah menjadi sebuah pejabat bergerak masa hadapan. Anda boleh bekerja dalam perjalanan ke tempat kerja setiap pagi. Tiada lagi alasan tak dapat buat kerja kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Konsep yang menarik tetapi adakah anda mahu bekerja di dalam kereta walaupun ianya dipandu sendiri? Kami yakin ramai lagi rela tidur on the way to the office. I know we would! HAHA 



Serius - Kompilasi Kemalangan Jalanraya Di Malaysia


Malang No Smell

Berhati-berhati di jalan raya. Mat bermotosikal wah bergaya mencelah-celah tak ingat bahaya. Ahh. Selamat tinggal beb.




Monday 24 February 2014

Serius - Gempar : Video Terkini Katy Perry Menghina Kalimah Allah?


Gempar

Tiga hari yang lalu Katy Perry mengeluarkan video muzik terbaru beliau bertajuk Dark Horse. Video yang kini sudah ditonton lebih 22  Juta kali ini menimbulkan kemarahan sesetengah umat Islam kerana dikatakan menghina kalimah Allah. Pada minit ke 1:14 kelihatan seorang individu memakai rantai dengan kalimah Allah. Beliau menimbulkan kemurkaan Katy Perry dan disumpah menjadi pasir. Kalimah Allah turut melebur bersama beliau. Pada ruangan komen terdapat banyak umat Islam yang mahukan video ini ditarik semula kerana mereka menganggap ini adalah penghinaan terhadap kalimah suci ini. Apa pendapat anda? Adalah video ini menghina dan ini adalah antara jarum halus Illiminati. #lel




Serius Cool - Sekitar Pameran 100 Gadgets Doraemon Di Viva City Mall (19 Gambar)


Komik Menjadi Realiti

Minggu lalu kami pergi ke Pameran 100 Gadjet Doraemon yang diadakan di Viva City Mall. Pameran ini memaparkan 100 gadjet paling popular yang digunakan oleh Doraemon dan Nobita. Ada mesin cahaya masa, lampu suluh pengecil dan roti penghafal. Sebanyak 100 patung Doraemon bersaiz sebenar boleh anda lihat. Selain itu terdapat juga pameran beberapa panel komik asal lukisan Fujio F Fujiko.

Ini sememangnya pameran yang kami mahu pergi sendiri selepas memaparkan pamera yang serupa di Hong Kong tahun lalu. Pameran ini akan berlangsung sehingga hujung bulan Mac. Harga tikert ialah RM25 seorang untuk orang dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. 



Serius Peniru - Jenama Makanan Ringan Peniru Terbaru Di Malaysia (3 Gambar)


FAIL!

What the what? Dulu jenama produk elektronik dan pakaian yang meniru jenama ternama. Kini sudah ada 2 lagi jajan dengan nama peniru. Well this is not surprising kerana sebenarnya coklat Ding Dang yang kita makan masa kecik-kecik dahulu logonya ciplak Doraemon!

Thanks Encik Darkzy


Serius Fakta - Sejarah Dan Makna Logo Syarikat Kenderaan Ternama Dunia


Kini anda tahu!

Edukesyenel time!



Serius - Silat Jurus Angin : Senjata Dari Malaysia Yang Bakal Menyelamatkan Palestin, Syria dan Afghanistan!


Sebarkan!

Ini silat jurus angin yang mampu mengalahkan musuh dari jarak jauh. Musuh juga tidak dapat menyentuh anda kerana ada angin menolak mereka apabila mereka cuba menyerang anda. Sepakan dan tumbukan dari jarak jauh juga dapat dihantar. Ini sememangnya jurus yang paling bagus kita export ke pejuang-pejuang Islam di Palestin, Syria, Chehnya, Kashmir, Xinjiang dan Afghanistan. Hantar wirawan melayu islam ini ke kawasan yang dikawal kereta kebal Merkava Zionis. Tampar kereta kebal sampai kemek. Bila ada askar Zionis menembak buat muak cool face dan mengesampingkan peluru raifal Tavor mereka seperti daun yang gugur. Kemudian bebaskan kawasan yang dirampas hanya dengan menghantar mujahid silat ini kesana. Selepas itu ajar Silat Jurus Angin kepada pejuang-pejuang Islam lain. Tak perlu lakukan plane hijacking atau meletupkan diri lagi. Kekebalan dengan kekuasaan Allah ini ialah penyelamat umat Islam yang tidak patut kita simpan di Tanah Melayu sahaja. Inilah masanya Melayu menjadi pejuang Islam sebenar! SEBARKAN!




Serius Kreatif - Lukisan Potret Watak Filem, Animasi Dan Video Game Ilya Kuvshinov (10 Gambar)


Nice!

Ini ialah potret watak-watak ternama dari filem, animasi dan permainan video oleg Ilya Kuvshinov. Cool gila potret Matilda dari filem Leon. No you are not a pedo for liking Natalie Portman in this film. She is old now!



Serius Genius - Kipas Laptop Paling Power Untuk Cuaca Panas Sekarang


Bagus!

Cuaca panas gila sejak seminggu dua ini. Mencecah 33 darjah selsius dan menyebabkan kelangkang basah tahap arwah. Kejadian laptop overheat berlaku dan cooler biasa tidak lagi memandai. Kawan kami rafflethazzle ada idea yang genius! DO WANT!


Serius Cool - Samsung Gear 2 : Jam Pintar Generasi Kedua Samsung (8 Gambar)


Gear!

Hujung tahun lalu Samsung Galaxy Gear memasuki pasaran Malaysia. Ia merupakan percubaan sulung Samsung untuk menghasilkan jam pintar yang boleh dipadankan dengan peranti pintar Galaxy keluaran mereka. Hari ini Samsung memperlihatkan generasi kedua jam pintar ini yang diberi nama Samsung Gear 2

Kenapa bukan lagi Galaxy Gear? Ini adalah kerana jam pintar ini tidak lagi menggunakan sistem operasi Android tetapi menggunakan Tizen. Terdapat dua versi Gear 2 yang bakal menemui pengguna ialaitu Gear 2 dan Gear 2 Neo. Perbezaan yang ketara ialah Neo tidak dilengkapi kamera sebesar 2 megapizel pada tubuh jam. Ini sebuah lagi perbezaan yang ketara Gear 2 berbanding "abangnya" yang keluar tahun lalu. Kamera pada tali jam dipindahkan ke bahagian atas tubuh jam. Pada Gear 2 Neo sebuah pemancar infra merah terbina diletakkan yang membolehkan ia menjadi sebuah pengawal jarak jauh televisyen.

Dari segi spesifikasi Gear 2 dan Gear 2 Neo dilengkapi pemproses 1 GHz dua teras, 512 Megabyte RAM, muatan dalaman 4 GB dan skrin sebesar 1.69 inci. Buat masa ini Gear 2 hanya compatible dengan peranti Samsung Galaxy. Jika anda ada peranti Android lain lupakan niat anda untuk memilikinya dan belilah Pebble Smartwatch instead! 

Samsung Gear 2 dan Gear 2 Neo akan mula dijual April hadapan. 



Serius Konsep - Motosikal Lotus C 01 (13 Gambar)


Very Cool

Lotus Motorcycles memperlihatkan rekaan motosikal C 01 mereka minggu lalu. Ia diperkesakan enjin 200 kuasa kuda dan direka oleh pereka terkenal Daniel Simon yang pernah kami paparkan hasil kerja beliau. Nampak sangat sleek dan futuristik. Tidak diketahui bilakan syarikat permotoran lagenda ini akan mula menjual C 01. Persoalan dari kami ialah kalau Lotus dah buat motor adakan Proton juga akan jual motor? Hmm......



Serius Cool - Manusia Pertama Melakukan Loop The Loop Berjalan Kaki


Win!

Hebat... melawan graviti, Barulah jadi macam Mirror's Edge!


Wednesday 19 February 2014

Serius - Teknik Penyembelihan Daging Kosher dan Halal Diharamkan Di Denmark


Halal yang Haram


Kerajaan Denmark hari ini mengharamkan penyembelihan haiwan yang mematuhi hukum Kohser dan Halal. Menurut laporan The Independent, keputusan mengharamkan penyembelihan yang mematuhi hukum syariah Islam dan Yahudi ini diambil bagi mematuhi hak asasi haiwan Eropah yang mewajibkan haiwan yang disembelih harus dipengsankan terlebih dahulu. Ini dilakukan dengan menggunakan stun gun pada otak haiwan. Hukum agama Islam dan Yahudi mewajibkan haiwan yang disembelih sedar ketika dipotong urah merihnya dan ini melanggar undang-undang Kesatuan Eropah.


Pihak Rabbi di Denmark mengutuk keputusan yang mereka labelkan sebagai Anti Semitisme manakala NGO Halal Denmark mengatakan ini melanggar hak asasi mengamalkan agama Islam mereka. Pihak kerajaan Denmark turut berkata dalam hal ini hak asasi haiwan untuk mati tanpa terseksa harus diutamakan dari hak orang Islam serta Yahudi untuk makan daging yang dibenarkan agama mereka.


Ini merupakan insiden kontroversial dari Denmark dalam masa seminggu. Minggu lalu seekor zirafah dibunuh dengan menggunan stun gun, disembelih dan diberi makan kepada singa sebuah zoo. 


Nampaknya no more Halal meat for you in Denmark! 



Via Independent
Thanks @BluredFrank

Thursday 13 February 2014

Serius - Cuti Sehingga Minggu Depan


Sorry

My wife is in the hospital due to compications with our baby. I am hoping everything will be ok because we already lost one baby a year ago and this is getting really scary. So I am taking the week off to take care of my wife. Sorry for this but I am sure most of you will understand why I need to take care of my family first.

Thanks for understanding. 


Wednesday 12 February 2014

Tuesday 11 February 2014

Serius LOL - Bad News Buat Pelajar Universiti dan Cheapskates Yang Suka Menyemak Di McDonalds


NOOOOOOOOOOO


Good times are over anjing anjing betina kaki cheapskates sekalian. Bertabahlah!!! Now GTFO dari restoran lepas makan la tinja!


Serius Cool - Sekitar Pembukaan McDonalds Pertama Di Vietnam! (14 Gambar)


Me Lovin It Long Time!

Setelah 39 tahun Saigon jatuh ke tangan tentera Viet Cong menandakan kekalahan Amerika Syarikat , akhirnya sebuah McDonalds akhirnya dibuka Vietnam. McDonalds pertama di Vietnam ini dibuka sabtu lalu dan ia mendapat sambutan yang sangat hangat dari warga Bandaraya Ho Chi Minh sehingga berlaku kesesakan. Ribuan warga kelas pertengahan yang kini semakin ramai jumlahnya di Vietnam beratur sejak jam 8 pagi bagi mendapatkan BigMac dan McNuggets di McD yang dibuka di Jalan Bien Dien Phu. McDonalds ini juga merupakan restoran pandu lalu pertama di Vietnam. Nampaknya warga McD juga dah termakan jarum halus golongan kapitalis! Hanya Korea Utara menjadi benteng terakhir!



Serius - My Beautiful Woman : Sebuah Lagi Iklan Thailand Yang Manlytears


Tears Was Shed

Thailand dan iklan yang meruntun jiwa. Stop hiding under the table onion chopping ninjas!

Dedicated to my wife. I love you and this really makes me want to hug you right now. 


Serius - KRI Usman Harun : Mengapa Kapal Ini Membuatkan Singapura Dan Indonesia Bertelagah? (12 Gambar)


Sejarah Time!

Kapal Republik Indonesia Usman Harun ialah kapal corvette kelas Nakhoda Ragam terkini yang dimiliki Republik Indonesia. Kapal ini menjadi penyebab pertelagahan di antara Singapura dan Indonesia sejak minggu lalu.

Kenapa Indonesia dan Singapura bergaduh kerana sebuah kapal? Ceritanya berkait dengan serangan pengganas Indonesia ketika zaman konfrantasi Malaysia dan Indonesia.

Kapal corvette KRI Usman Harun ini pada asalnya dibina untuk Tentera Laut Diraja Brunei. Tiga buah kapal dibina oleh BAE Systems untuk Brunei tetapi apabila ianya siap pada tahun 2003 Brunei enggan untuk memasukkannya kedalam inventori tentera laut mereka. Brunei berkata kapal yang dibini ini tidak memenuhi kehendak dan spesifikasi mereka. BAE Systems pula berkata kapal yang dihasilkan adalah mengikut kehenda pembeli dan Brunei enggan menerima mereka kerana kos operasi yang tinggi dan kekurangan anak kapal untuk melakukan operasi.

Pada tahun 2007 mahkamah menetapkan Brunei harus membayar kepada BAE Systems kos pembinaan bernilai GBP 600 juta. Brunei akur tetapi kapal ini diserahkan kepada sebuah firma di Jerman untuk dijual kepada sesiapa yang berminat.


Pada tahun 2012 Indonesia bersetuju membeli ketiga-tiga kapal reject shop ini pada harga murah GBP 120 juta. Ia akan memulakan operasi mengawal perairan Indonesia tahun ini. Disinilah kontroversi bermula!

KRI Usman Harun mendapat nama dari Wira Negara Indonesia Harun Said dan Usman Hj Mohd Ali. Kedua- dua orang wira ini melakukan serangan pengganas di Singapura pada Mei 1965. Mereka adalah ahli skuad Komando Marin Indonesia yang ditugaskan menimbulkan kekacauan di Malaysia ketika Konfrantasi 1965.

Harun Said dan Usman Hj Mohd Ali mengebom McDonald House di Singapura mengakibatkan 3 kematian dan 33 kecederaan. Dua orang pengganas ini berjaya ditangkap dan kemudian digantung sehingga mati pada tahun 1968 setelah didapati bersalah.

Kematian mereka diratapi Indonesia dan jenazah mereka disambut dengan istiadat penuh ketenteraan. Mereka juga diberikan pengkebumian penghormatan negara sesuai dengan status mereka sebagai Wira Negara Indonesia. Bendera dikibarkan separuh tiang dan jasad mereka disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.

Singapura menganggap tindakan Indonesia menamakan kapal yang bakal berlayar di perairan sekitar Singapura ini sebagai tidak wajar. Di Singapura ahli politik dan rakyat sebulat suara menyeru kerjaan Singapura supaya tidak membenarkan KRI Usman Harun untuk memasuki perairan Singapura walaupun untuk seketika.

Indonesia pula berkata mereka mempunyai hak untuk menamakan kapal milik mereka sempena nama "Wira Negara" mereka. Pada hemat mereka Singapura tiada hak membantah penamaan KRI Usman Harun

Yang menariknya di Malaysia kita cool face. Padahal ketika serangan dilakukan Singapura masih lagi sebahagian daripada Malaysia? Kita tak peduli ke kapal dinamakan sempena 2 terroris yang menyerang negara kita boleh melayari Selat Melaka? DISCUSS


Serius WTF - Fesyen Lampu Dan Besi Viktor and Rolf (15 Gambar)


Art!

Ini ialah fesyen "Lighting Rig" oleh Victor and Rolf. Yep.... ini ialah FESYEN tahap antarabangsa. And yes it is still dumb as hell. For once fesyen Wak Doyok nampak lagi berilmiah dan serebral dari fesyen di bawah.



Serius - Kak Jah : Cerita Seram Yang Patut Didengari Waktu Malam!


Wooo

Layan malam la baru rasa cuak. Layan waktu siang tak 

Thanks @Shamhardy



Serius Fakta - 10 Momok Filem Yang Paling Banyak Membunuh!


Haha!

Siapakah momok filem barat yang paling banyak membunuh? 



Serius Cool - Stokke Steps : Kerusi Yang Membesar Dengan Bayi Anda (12 Gambar)


Nak!

Dilemma membeli barang bayi yang kami sedari ialah bayi membesar terlalu pantas dan barangan yang dibeli kini tidak boleh lagi dipakai si manja. Stokke ialah sebuah syarikat yang berpengkalan di Norway yang mempunyai penyelesaian yang kreatif. Barangan keluaran mereka "membesar" bersama anak anda. Aksesori dibeli apabila anak semakin besar jadi apa yang dibeli tidak akan terbuang. Stokke Steps ialah kerusi bayi yang boleh dipakai dari lahir hingga berusia 3 tahun. Sangat cool beans! Nak beli satu untuk my own daughter!



Monday 10 February 2014

Serius Indo - 22 Kenderaan Mewah Disita Kerana Kes Korupsi (12 Gambar)


Bagus!

Indonesia ialah antara negara yang mempunyai masalah korupsi yang kronik. Tidak seperti Malaysia yang kita tahu bersih dari segala jenis korupsi kolaj biru ataupun putih. Ahli politik Indonesia juga korup dan menyeleweng. Tidak seperti di Malaysia dimana ahli politik bekerja untuk rakyat dan hidup marhaen tanpa sekelumit kemewahan. True story bro!

Di bawah ialah kenderaan-kenderaan mewah yang dimiliki Tubagus Chaeri ‘Wawan’ Wardana’ yang disita oleh Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia .Tubagus Chaeri Wardana ialah adik kepada Gabenor Banten Ratu Atut Chosiyah yang kini turut juga ditahan kerana kes korupsi.  Tubagus Chaeri Wardana adalah suspek kes korupsi melibatkan pembelian alatan hospital, rasuah ketika pilihanraya dan pengubahan wang haram. Isteri belia yang juga merupakan seorang Datuk Bandar juga antara saspek yang ditangkap. Pihak berkuasa Indonesia menyita 22 kenderaan-kenderan yang dimiliki dua individu ini. Ada yang dijumpai di rumah kediaman rasmi dan ada juga disorokkan di rumah pekerja mereka. Sungguh licik! Nilai kenderaan yang disita dikatakan sekitar USD 3 Juta. Mewah!

Best betul Indonesia.Ketika barang disita media boleh melaporkan dengan bebas. 



Serius Sadis - Cacat Seumur Hidup Kerana Implan Buah Dada (10 Gambar)


Sadness!

Linda Perez (18) ialah seorang ibu tunggal yang berasal dari Miami Florida. Ogos tahun lalu beliau memilih untuk melakukan pembedahan pembesaran buah dada di sebuah klinik kecantikan. Malangnya ketika prosedur dilakukan berlaku komplikasi dan beliau koma selama dua bulan. Selepas sedar daripada koma Linda kini lumpuh dan tidak mampu berkata-kata. Ibu bapa Linda kini menyaman klinik kecantikan yang menjalan prosedur pembesaran buah dada ini kerana dikatakan bertanggungjawab atas kecacatan anak mereka. Pihak klinik pula berkata apa yang berlaku adalah kesalahan pesakit yang tidak mencatatkan kesemua masalah berkaitan kesihatan sebelum pembedahan dijalankan. Terdapat rekod yang menunjukkan Linda mempunyai alergi terhadap beberapa jenis anastetik ketika melahirkan anak beliau 4 tahun sebelum ini. Kes masih berjalan dan tidak diketahui siapa akan menang. Kesimpulan dari kes ini ialah kalau dah cantik nak bedah apa lagi? Cc kepada artis Malaysia yang "mengamalkan ambil wuduk dan dzikir bagi mendapatkan hidung mancung dan kulit tegang".



Serius LOL - Zombeavers : Zombi Memerang Menyerang!


LMAO.

Still a better love story than Twilight!


Serius - Senarai Hukuman Disiplin Yang Kini Diharamkan Kementerian Pendidikan Malaysia


Untung Giler

Senarai hukuman yang kini tidak lagi boleh dilakukan bila budak sekolah tidak berdisiplin. Lucky kids!


Serius Cool - Pisau Pistol Squall Leonhart Kini Realiti (9 Gambar)


Stab and Shoot!

Di dalam game Final Fantasy 8, hero Squall Leonhart menggunakan pedang yang boleh menembak seperti pistol. GunBlade kini muncul di beberapa lagi permainan buatan SquareEnix dan adalah antara senjata fantasi yang paling cool. Di Russia ada senjata yang seakan serupa yang direka untuk kegunaan pasukan gerak khas mereka. Arsenal GunBlade ialah pisau pistol revolver yang boleh menembak sebanyak 6 kali. Ia berkaliber 0.22 dan dikatakan hanya 200 bilah pisau ini dijual kepada orang awam. Kalau nak beli ia dijual pada harag USD 3000 (RM 9999) sebuah. 



Serius Cool - Iklan MyEg Yang Diharamkan Kerajaan Malaysia!


Amoiii

Iklan lelaki melayu gatal ngroat amoi MyEg ditayangkan setiap kali ada perlawanan bola Liga Perdana Inggeris di Astro. Tapi tahukah anda iklan asal MyEg ini diharamkan oleh kerajaan kerana dikatakan menunjukkan Malaysia dipenuhi pendatang asing tanpa permit? Kami rasakan konsep asal lagi logikal. Inilah sebab kenapa iklan yang ditayangkan sekarang nampak macam disjointed dan tak masuk akal. Now you know!


Serius Konsep - Renault KWID : Kenderaan Lasak Dengan Peswat Drone Persendirian (16 Gambar)


Send in The Drones

Di Pameran Kenderaan Antarabangsa Delhi 2014 Renault memperlihatkan konsep kenderaan lasak hibrid Renault Kwid. Ia mampu membawa 4 orang penumpang dan diperkasakan enjin 1.2 liter Turbocharger dan motor elektrik. Rekaan dalaman Kwid diinspirakan dari rekaan sarang burung dan sebuah drone kawalan jauh diletakkan pada bahagian atap. Secara teori drone ini boleh digunakan untuk memantau kawasan persekitaran kenderaan. Sesungguhnya Kwid sesuai digunakan oleh Polis Syariah yang akan muncul di Malaysia kelak. Senang nak skodeng dan mengawal moral manusia manusia walaupun tidak dipinta.


Serius Cool - Robot Mengawal Lalulintas Di Kinshasa Kongo (11 Gambar)


Terminator!

Kongo ialah negara yang suatu ketika dahulu bergolak akibat perang saudara tetapi kini semakin canggih. Di tengah-tengah ibu kota Kinshasa dua buah robot digunakan bagi mengawal lalu lintas. Robot ini bukan sahaja mampu mengawal trafik tetapi ia juga mampu mengambil gambar pemandu yang gagal mematuhi arahannya. Dua buah robot berkuasa solar ini dicipta oleh jurutera  Isaie Therese. Nampak kelakar tetapi if it works why not? Mari nantikan robot lalulintas terbesar di dunia di Melaka. You just know Melaka tak boleh kalah. Kah kah kah 



Saturday 8 February 2014

Serius - 12 O'Clock Boys : Rempit Versi Amerika Syarikat (15 Gambar)


Rempitz

Masalah Mat Motor sudah wujud sejak zaman mak bapak kita lagi. Zaman dahulu lain motosikal Triumph. Kemudian digantikan dengan geng motor Scrambler macam dalam filem Gila-Gila Remaja. Kini digantikan dengan motor kapcai. See how the bikes are getting cheaper and less cool? Di Amerika juga ada geng mat rempit. Di Baltimore ada geng mat rempit yang akan berkonvoi menggunakan scrambler dan Quad Bike. Mereka memanggil diri mereka The 12 0'Clock boys dan akan berkonvoi beramai-ramai sambil melakukan aksi penghapusan spesis manusia bodoh di atas jalan raya setiap hari.  So guys...inilah dia rempit gaya Amareka! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails