Wednesday 7 June 2017

Serius Sadis - Gambar Apartmen Sempit Penghuni Miskin Di Hong Kong (11 Gambar)


Wow

Sewa rumah di Hong Kong amatlah mahal sehingga golongan kurang berkemampuan terpaksa menyewa "apartment mini" sebesar 40 meter persegi. Di sinilah mereka berehat selepas bekerja sepanjang hari. Paling sadis kerana ruang yang terhad, tanda terpaksa digunakan sebagai dapur memasak. Di bawah ialah siri gambar yang diambil oleh Benny Lam yang menunjukkan pemandangan di dalam bilik kecil dari pandangan penghuninya. 



Serius Neko - Baju Zirah Untuk Kucing Dan Anjing (8 Gambar)


Nekomurai

Baju zirah dipakai oleh Samurai ke medan perang bagi mempertahankan diri dari menjadi arwah. Samurai tidak lagi wujud tetapi baju zirah mereka kini dihasilkan untuk kucing dan anjing di Jepun. Harga jualan untuk sepasang baju zirah mini ini bermula dari Yen 4040 (RM 158) sepasang


Tuesday 6 June 2017

Serius Genius - Dry Steppers : Baju Hujan Untuk Melindungi Sneakers Dari Kekotoran


Keep Em Fresh!

Mengumpul sneakers ialah hobi anak muda yang berduit dan tidak mempunyai tanggungjawab seperti orang dewasa yang mempunyai seorang anak seperti pemilik website ini. Sneakers dikumpul dan harga akan meningkat sekiranya disimpan dengan baik. 

Bagi mengelakkan kasut berharga menjadi kotor, Dry Steppers dihasilkan. Ia adalah baju hujan untuk kasut dengan rekaan sneakers popular seperti Yeezy pada bahagain luar. Tiga rekaan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga USD 19. 99 (~RM 86).




Serius Cool - Apple iMac Pro Dilancarkan Dengan Harga Mencecah RM 21000 (7 Gambar)


Power

Apple iMac Pro akhirnya diperlihatkan kepada umum selepas ia disahkan kewujudannya beberapa bulan yang lalu. Sesuai dengan nama Pro, komputer desktop ini mensasarkan golongan profesional yang memerlukan komputer berkuasa.

iMac Pro dilengkapi skrin 27" dengan resolusi 5K, pemproses sehingga 18 Teras, memori sehingga 128 GB RAM dan storan SSD sehingga 4 TB. Kad grafik AMD Radeon Pro Vega 56. Ini ialah iMac yang paling berkuasa pernah dihasilkan Apple. Ia juga hadir dengan peranti input dengan warna eksklusif Space Gray. Bagi yang berminat iMac Pro akan dijual Disember hadapan pada harga bermula USD 4999 (~RM 21337) untuk model paling asas.


Serius Cool - Figura Aksi Deadshot Will Smith Dari Filem Suicide Squad (10 Gambar)


Assassin!

Tiba giliran Deadshot pula untuk menerima sentuhan figura aksi Hot Toys, Figura pada skala 1:6 ini mempunyai wajah yang sejibik seperti Will Smith lengkap dengan topeng serta beberapa aksesori lain.Antara yang disertakan ialah raifail, pistol, magazin peluru dan diorama. Harga masih belum diumumkan tetapi pasti menyebabkan dompet menjadi ringan. I am too poor for this!a


Serius Kreatif - 12 Rekan Poster Filem Alternatif Yang Minimalis


Nice!

Poster filem yang cantik dapat menarik perhatian penonton. Tetapi kadang kala rekaannya terlalu komplicated seperti penyanyi cilik dari Kanada bernama Avril. Oleh itu poster minimalis alternatif di bawah direkan oleh Movie Poster A Day. Ya satu poster baru direka oleh mereka setiap hari sejak 2016. Anda boleh ke laman Facebook rasmi mereka menerusi pautan di bawah artikel ini.


Monday 5 June 2017

Serius Cool - Stratolaunch : Kapal Terbang Terbesar Di Dunia Dilancarkan (12 Gambar)


Terbesar

Manusia sejak azali mempunyai kegilaan untuk mengejar status paling tinggi dan paling panjang. Rekod sentiasa bertukar ganti dan setiap kali ia berlaku, teknologi baru diperkenalkan. Stratolaunch ialah pemegang rekod sebagai pesawat dengan sayap paling panjang di dunia. Pesawat tubuh berkembar ini dibina bagi tujuan melancarkan satelit ke angkasa lepas.

Projek Stratolauch adalah buah fikiran Paul Allen, salah seorang pengasas Microsoft. Pesawat ini mempunyai sayap sepanjang 117 meter. Ia memecahkan rekod 70 tahun yang dipegang oleh Hughes H-4 Spruce Goose. Ruang kosong di antara dua tubuh berkembar Stratolauch digunakan untuk membawa roket. Roket ini dilepaskan di udara sebelum meneruskan perjalanan ke angkasa lepas bagi membawa pelbagai jenis kargo.

Pesawat aneh ini diperkasakan oleh enam enjin Pratt & Whitney yang digunakan pada pesawat Boeing 747-400, dilengkapi 28 tayar dan mampu membawa kargo sehingga 230,000 kilogram. Ia masih belum boleh beroperasi sepenuhnya dan dijangka akan memulakan ujian melancarkan roket pada tahun 2019.



Sunday 4 June 2017

Serius WTF - Apabila Gigi Tidak Digosok Selama 20 Tahun


WHYYYYYYYYYYYY

Wow. Wow. Menonton video ini membuatkan kami ingin menggosok gigi 20 kali sehari walaupun sedia maklum gosok gigi bukan Ramadan adalah makruh. Teruk betul gigi brader dari UK ini. Macam mulut Captain Jack Sparrow. Jangan tengok kalau nak hilang selera berbuka puasa.


Serius Konsep - Rekaan Ibu Pejabat Google London Dipelihatkan Dengan Taman Di Atas Bumbung (6 Gambar)


Google.Com

Google ialah syarikat yang bermula sebagai enjin carian dan kini menjadi Eye of Sauron yang melihat setiap perlakuan anda di Internet. Mereka akan membuka sebuah ibu pejabat baru di dalam bangunan khas di Kota London yang menggantikan ibu pejabat sedia ada. Projek ini telah dimulakan sejak 2013 tetapi rekaan asalnya ditolak oleh Larry Page kerana dikatakan bosan. Oleh itu firma Heatherwick dan BIG dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan rekaan baru.

Ibu pejabat baru ini akan dibina berhampiran stesen kereta api King's Cross dengan luas lantas sekitar 93000 meter persegi. Ia bakal menempatkan 7000 kakitangan Google. Jika rekaan bumbung hijau bangunan ini nampak seperti pernah dilihat sebelum ini, ia adalah kerana Heatherwick menggunakannya pada rekaan taman jambatan yang dibatalkan di London beberapa tahun yang lalu.


Serius Cool - Rolls Royce Sweptail : Kenderaan Mewah Rekaan Klasik Bernilai RM 55 Juta (13 Gambar)


Swag Lyfe

Rolls Royce ialah jenama kenderaan yang sinonim dengan pembaziran, hedonisme, liberialisme, kronisme dan "melayu baru mewah berjaya TN50 berkereta jenama negara". Basically all that bullshit that you can never afford. Mereka menghasilkan sebuah kenderaan edisi khas Roll Royce Sweptail dengan rekaan bahagian belakang seperti buritan kapal. 


Ia mengambil inspirasi dari kenderaan mewah awal kurun ke-20 dengan kemasan kayu. Hanya sebuah Sweptail dihasilkan dan ia dijual pada harga RM 55 Juta yang akan menyebabkan SPRM pantas menghidu pengubahan wang haram yang anda lakukan.

Serius Cool - Seoullo 7017 : Taman Tergantung Di Seoul Yang Diubahsuai Dari Sebuah Lebuhraya Bertingkat (13 Gambar)


Move Over Babylon

Taman tergantung Babylon ialah antara tujuh keajaiban dunia purba. Tumbuhan hijau dibina di atas Ziggurat memberikan ilusi terdapat taman tergantung di kota purba tersebut. Ia masih boleh dilihat di Iraq walaupun  sudah berusia ribuan tahun. Sekiranya anda tidak mampu ke Iraq kerana ia masih lagi negara yang bergolak kerana kemasukan tentera barat yang menyebabkan keganasan sekretarian. anda boleh ke Seoul Korea Selatan.

Taman hijau tergantung Seoullo 7017 baru sahaja dibuka kepada pejalan kaki. Taman sepanjang 1 kilometer ini dibina di atas bekas sebuah lebuhraya bertingkat yang ditutup pada tahun 2006 atas sebab keselamatan. Pada asalnya lebuhraya ini sepatutnya dirobohkan tetapi penduduk setempat tidak mahu proses meroboh akan menyebabkan kesesakan. Oleh itu firma senibina MRDV mengubahnya menjadi taman hijau tergantung yang boleh digunakan pejalan kaki. Amazing stuff. Ini bukan projek penghijauan pertama Korea Selatan. Sebelum ni jalan raya di Seoul diubah suai menjadi sungai yang jernih. Kita hanya boleh bermimpi projek mesra alam seperti ini akan wujud di Malaysia.


Serius Cool - Little Seashell : Tadika Moden Dengan Rekaan Ceria Di Sydney (10 Gambar)


Awesome

Tadika kanak-kanak di Malaysia biasanya terletak di rumah atau lot kedai. Majoritinya dalam keadaan yang sedih seperti neraka. Tetapi apa boleh buat, kalau ingin hantar anak ke tadika mahal poket anda harus tebal seperti muka Donald Trump.

Littel Seashell ialah sebuah tadika yang terletak di Sydney Australia. Tadika moden ini mempunyai rekaan yang cerita dan moden. Terdapat taman permainan yang besar di dalam ruang tadika sebesar 786 meter persegi ini. Cukup luas untuk anak kecil berlari dengan selamat.

Serius Cute - Lily Collins Untuk Lancome (9 Gambar)


BAE

Lily Collins, bae yang semakin bae setiap tahun. Ini ialah gambar dari kempen kecantikan yang melibatkan beliau untuk Lancome.I have no other excuse to post these photos up other than she's cute as hell and that is a good enough reason amirite?


Serius Cool - Taman Tema Pandora : World of Avatar Dibuka Di Disney World (10 Gambar)


Toruk Makto

Filem Avatar yang ditayangkan di pawangan pada tahun 2009 membuka lebaran baru dunia perfileman. Ia mempopularkan semula filem 3D dan sejak dari hari itu kita membayar lebih untuk menonton wayang sambil memakai cermin mata 3D "yang amat cool dan selesa". Filem ini sudah berusia tujuh tahun dan Toruk Makto telah berjaya menghalau manusia dari planet Pandora. Taman tema terbaru Pandora : World of Avatar baru sahaja dibuka di Disney World Resort Florida

Terdapat gunung terbang dari Hellujah Mountains dan flora & fauna eksotik dari planet Pandora. Selain daripada itu terdapat juga filem 3D yang membenarkan pelaway menaiki haiwan terbang dan perjalanan menyusuri Na'Vi River lengkap dengan rokot animatronik yang creepy bak neraka. Taman tema telah dibuka. Kini tiba masanya untuk kesemua manusia menjadi Toruk Makto. 



Serius Cool - Figura Aksi Wonder Woman Oleh Hot Toys (11 Gambar)


Amazonian!


Princess Diana of Themyscira ialah nama sebenar Wonder Woman. Filem terkini dari DC ini sedang ditayangkan di bioksop berhampiran dan di rumah-rumah pemboikot rejim Zionis menerusi Kodi Player seluruh dunia. Untuk menyambut penayangan ini, figura aski Wonder Woman edisi latihan khas telah dihasilkan oleh Hot Toys. Wajah figura aksi ini amat realistik dan terdapat aksesori busur, panah, pedang dan perisai. Tiada maklumat mengenai harga jualan setakat ini.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails